Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Sesat (mungkin di mana-mana)

Foto Pinjam Jika kamu berjalan-jalan, maksud saya bermotosikal atau berkereta di sekitar Kuala Lumpur dan jika kamu tersesat atau tersalah turn ; pasti kamu akan berpusing-pusing mencari jalan keluar. Kendatipun kamu telah bertahun menghuninya, percayalah kamu gagal mengecamnya. Setiap hari ada saja yang berubah. Dan hati kamu(saya lah tu ), akan menyumpah-nyumpah kepanasan. Kamu akan merasa banyak masa terbuang Kamu penat dan kehausan. Membuang tenaga Membazir minyak(walau telah turun harga, ia bukan percuma okay ) . . . Tadi. Dalam perjalanan pulang dari kampus induk universiti, saya dan dia tersesat. Akhirnya kami tiba, di kawasan yang tidak pernah kami pergi. “ Okay ! Dah sampai Melaka ni hahaha !” Dia. Bikin ‘panas’ hati saya. Tapi, sesat di Kuala Lumpur agak menyeronokkan. Banyak jalan dan bangunan baru(baharu) boleh dipandang. “Sesat di Kuala Lumpur. Dosa pahala bercampur” ~ M.Nasir~ ………………………………… Kehidupan pun begitu. Jika kamu(saya juga) rasa tersesat jauh, di tahun ini;maka...

Tanpa tajuk

Usai membaca surah Yassin, saya bingkas bangun. Cepat pantas. Umpama anak-anak kecil terdengar bunyi loceng ais krim atau mahu menonton Doraemon. “Ke mana tu ?” Tanya mak kehairanan. “Puaka Nyiang Rapik” kata saya. Sekelip mata, saya sudah di ruang depan. Bebola mata tertancap depan tivi. “ Tu yang hang dok baca Yassin tadi buat apa?” Papp !!! Saya terpukul dengan kata-kata emak. Adakah membaca surah Yassin itu rutin atau ibadah? …………………………………………………… Emak sudah balik dua minggu yang lalu. Kamar itu kosong dan sepi. Sesepi hati saya di kala ini!

"Goodbye Days" kata Yui

Dua hari yang lalu. PC perlukan servis; perlu upgrade dan antivirus tamat tempoh hayat. Dengan bicara senang mudah segalanya memerlukan wang atau dengan bicara sedikit kasar, segalanya merabakkan poket :D Kami (saya maksudkan dia), mencongak-congak wang bonus dan gaji. Hajat mau menghabiskan cuti. Cuti dia, bukan saya. Sebagai surirumah dan blogger tegar, masakan saya boleh bercuti. Nanti peminat merusuh, dakwa Puan Tasikmerah . Perancangan awal mahu makan angin ke Melaka – bandaraya warisan penjajah, kata Puan Tasikmerah juga. Dipendekkan kisah; sementara menunggu laptop dibaikpulih, kami duduk melepak-lepak makan angin dan mencuci mata di Plaza Metro Kajang. Dari kedai makan sebarang, saya terbau aroma satay yang menggiurkan. Tapi, saya berdiam-diam saja (kerana mau ke Melaka). Lamaaaaa ! Hampir tiga jam menanti. “ Aiyaa ,rosak teruk lor …bla…bla..bla....campur antivirus RM250 bla..bla..bla. Ini harga diskaun, kak” Anak muda Tionghua itu menceceh-ceceh. Bayangan Melaka semakin h...

Cantik Sempurna!

Imej Disclaimer : Entri ini ditulis sempena sambutan Hari OKU Sedunia 2008. Cantik sempurna! Hati yang redha akan mengiyakan segalanya. Semuanya! “Kamu cantik! Berlesung pipit dan kamu pandai” Puji seorang lelaki. Wajahnya serius dan hati saya terbata-bata jadinya menerima pujian tersebut. Antara percaya dengan tidak. Antara malu dan sedikit bangga; tapi saya yakin dia tidak mempunyai apa-apa agenda. Dia guru saya. Guru Bahasa Inggeris saya. Itu cerita hari-hari remaja yang saya lalui. Saya yang introvert melalui hari-hari remaja payah dan penuh gundah. Saya penyendiri dan masa banyak saya habiskan dengan buku-buku di perpustakaan. Teman saya cuma Khadijah. Cantik sempurna! Hati yang redha akan mengiyakan segalanya. Semuanya! Hari itu. Seorang teman lama saya temui. Dia mengeluh pada saya. Sama seperti keluhan-keluhan saya di masa-masa lalu. “Buruk sangat ke aku ni kak? Teruk sangatkah berada di atas kerusi roda? Hingga dia (teman saya itu menyebut nama gadis yang dicintainya; yang ...

Disember yang ribut

...................... Hari ini. December yang ribut dengan segala macam bencana. Murka alam kerana rakus haloba kita. Lumba-lumba mau bina kediaman tepi syurga. Hujan sudah berhenti, burung-burung atas pokok tinggi itu bising sambil menciritkan najis, jalan raya basah dan berlumpur. Kelam malam menyorokkan kerdip bintang, akibat daripada langit yang tersedu-sedan, meratapi nasib manusia-manusia yang tidak cita angannya kesampaian. Tapi aneh benar; di sini, kita temui keindahan dan kecindaan. Kelam malam menyorokkan kerdip bintang, akibat daripada langit yang tersedu- sedan, meratapi nasib manusia-manusia yang tidak cita angannya kesampaian. Esok; kira-kira lima belas tahun mendatang. Kita bina dan dirikan lagi. Deretan kediaman yang kononnya tepi syurga. Murka alam bertimpa lagi. Dan kita pun menangis kerna kediaman tepi syurga (kononnnya) menjadi lubang kubur anak isteri kita. Siapa salah? Kita..kita..kita. Siapa bising? Kita.....kita dan kita. ........... ps: ...

Aku berharap hari esok bisa aku namakan...

....…hari yang magis. Aku sedang bersiap-siap untuk menyediakan diri ke tempat temuduga esok. Bersiap-siap untuk menjawab soalan-soalan bodoh yang kadang kala gagal juga aku menyatakan jawapannya. Misalnya, “Siapakah nama Yang Dipertuan Agong Malaysia?” Atau. “ Please introduce yourself in English ”. Aku terpandang perfume lama itu. Dan hati terus berkata bicara. “ Perfume itu sudah berusia berbulan. Ini bermaknanya berbulan juga aku tidak memakainya." Dan aku melihat baju-baju di dalam almari. Tiada fesyen terkini pun sejak aku menghantar notis dua puluh empat jam kerana naik minyak dengan bekas bos yang memperkecil-kecilkan keupayaanku . Tapi, mungkinkah esok sejarah itu akan berulang lagi. Aku rasa perutku mula memulas-mulas untuk kesokan pagi. Rama-rama kecil berterbangan di setiap ruangnya. Mungkin aku patut mengubah penampilan. Begini misalnya. Ha! Ha! Doakan aku. Aku perlu survive walau aku tidak suka ke temuduga itu. Aku perlu suntik diri dengan dadah jenis motivasi ...

Saat hati sedang rentung

.............. Saat hati sedang rentung. Saat jiwa dan fizikal sedang sarat dengan kesakitan, menulis adalah penawar paling pantas untuk itu. Atau lidah lebih baik mengalun zikrullah Bagi aku,kedua-duanya amat perlu. PC sakit diserang virus sama macam tuannya. Internet slow macam siput sedut Telefon genggam mensabotaj aku Tangan jemari kaku untuk menconteng laman kalian. (aku berbesar aku kerana kalian masih sudi membaca entri ini.) Dan aku terpaksa menjawab soalan-soalan dalam dewan bak peti beku rumah sembelihan;suhu kamarnya tidak mesra dengan kondisi kesihatanku. Ps: Inilah jawapan-jawapan sementara untuk komentar-komentar kalian dan kenapa aku ber”hibernasi”. Kepada kekanda Naga, terima kasih kerana sms dan Amyz – terima kasih untuk kad undangan. ............................. Di luar hujan masih merintik. Minta hadiahkan aku sekaki payung kekasih. Yang berwarna-warni dan kalis api,air atau ribut salji. Atau aku perlu menanti hingga hujan itu teduh!

Nota kecil untuk kamu (yang pernah bertandang hadir)

.................. Kepingin dia menumpang payungmu dalam basah dingin hujan bermusim yang dulu Sayang Engkau cuma terpaku melihat dia berdiri dingin kaku jemari hampir kebas membeku Jika dia gadis ayu pasti kau pelawa tanpa ragu ................

Perihal hati dan hidup

.................. Tiupan angin dan pusaran puing cebisan daun kering sore tadi membawa sekali wajah Nishiawaji yang terasa baru semalam aku lepaskan gengam tangannya. Dan seperti selalu-selalu, hati aku melarat-larat dengan seribu kenangan nan membunga. Terpalit cebisan-cebisan rindu pada apartment sempit rimas Kawakita san. Dan balkoni sempitnya, ditanam dengan ros berwarna kuning dan merah kecil-kecil kuntumnya serta pelbagai tumbuhan herba. Dan disiram bila perlu. Bila ada keperluan sahaja. Balkoni sempit itu, tempat Ayako merokok dan minum-minum usai selesai segala rutin hariannya. Tempat aku merenung neon dan lampu kenderaan di waktu malam. Aku bosan waktu malamnya yang bising hiruk-pikuk kenderaan, bunyian segala macam siren kecemasan selang jam tanpa henti. Juga jeritan siren keretapi dari stesyen Awaji yang tidak pernah mau mati. Aku sedikit bosan, ada sebegitu banyak kesunyian dalam diri. Pengambilan caffeine berbentuk cecair adalah investment sama sekali gagal meredakan r...

Bengong

Saya sedang meng’gugel’ dengan kata kunci “ kaedah mengajar matematik dan sains untuk prasekolah”. Dan tiba-tiba laman-laman begini yang muncul. Nov 10, 2008 : F Slave In Latex With Mask Gets Fingered & Toyed(Latex pics) Nov 10, 2008 : Sexy Blond Girl Sucks & Rides Cock Anal Movies(Riding movs) Nov 10, 2008 : Kinky Blond Bimbo With Slim Body Posing Outdoor(Bimbo pics) Nov 10, 2008 : Blond Dancer In Lingerie Stripping Movies(Dancing movs) Nov 10, 2008 : Gorgeous Hardboiled Teen Poses Nude In Bathtub(Bathing pics) . . . . Dan banyak lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dan saya pun menyumpah-nyumpah pakcik gugel berjuta-juta kali. Ptuih ! Saya syak pakcik gugel sudah nyanyuk. Benci! Pesanan penaja: Adik-adik sila jangan gugel ya. Saya tidak bertanggongjawab di atas dosa-dosa atau jika kamu atau pc kamu dijejaki virus dan kuman-kuman.

Tuhan halalkannya untuk kita

Imej ........ Usai sahaja akad, kita jarang sekali bersetuju tentang apa pun. Tapi entah tali-temali apa yang masih mengikat kita sampai kini. November, bulan dingin nan indah. Bulan mengikat janji Bulan mengikat cinta Terima kasih Tuhan Kami terikat kerana limpah rahmanMu ........ Nothin' lasts forever And we both know hearts can change And it's hard to hold a candle In the cold November rain

".And it's hard to hold a candle, in the cold November rain"ucap Gun N Roses

Rintik hujan yang sebentar melebat, sekejap mulus telah hilang. Malam tadi dan pagi ini yang tertinggal cumalah kedinginan yang mengigit tubuh. Dari laman Encik Pinter, lagu November Rain dendangan Gun N Roses s aya mainkan berulang-ulang. Nothin' lasts forever And we both know hearts can change And it's hard to hold a candle In the cold November rain Lagu yang sungguh berjiwa. Ya.....saya akui soal menjaga sekeping hati agar ia kekal,tidak calar,tidak dipenuhi noda hitam adalah sukar benar. Menjaganya agar kita tidak terlalu terasa, bahawa kita adalah insan tunggal yang sering menderita. Menjaganya agar kita selalu mau rasa bersyukur dengan apa yang ada. ---------------------------------------------------- Afiqah gadis kecil ini cukup tabah. Saya kagum dengan ketabahan ibubapanya. Benar, kasih ayahbonda tiada penghujung walau siapa pun kita dan bagaimana pun keadaan kita dilahirkan. Saya tidak pernah bertemu gadis kecil ini. Hanya melihat foto-foto yang mamanya uploaded mel...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Kenapa lima belas;kenapa kamu tanya soalan ini?:P

Ada ribuan cerita dan saya hanya diminta berkongsi lima belas cuma oleh abang saya, Dato’ Shah Rir Khan. See! See! Abang saya dato’ tuuu ... Satu. Saya anak sulung. Itu tentunya mencipta pengertian bahawasanya saya tiada abang atau kakak. Saya cuma punya adik perempuan yang selalu berlagak macam kakak kepada saya. Dalam dunia maya pun, saya susah mencari yang layak dipanggil abang disebabkan faktor usia. Dua Saya bertemu jodoh ketika usia sudah terlajak bertingkat puluhan. Sebelum itu,ramai ‘uncle-uncle’ yang masuk meminang saya dan allahyarham ayahanda saya menolaknya secara berhemah. Jika diikutkan baran adik saya; yang suka berlagak kakak kepada saya itu, sayugia inilah seranahnya. “Mentang-mentanglah kak aku andartu dan begitu(dia maksudkan kurang upaya), suka-suka hati korang ja nak menjodohkan dia. Dia tak mati la walau tak kawin pun; dia tak ambik laki korang insyallah.” Untuk makluman, sila terjemahkan ayat tersebut dengan nada tinggi dalam loghat utara pekat. :D Jadi, adik-ad...

Alangkah

....... Alangkah bagus jika seperti kamu Makan-makan Tidur Tidur-tidur dan makan lagi Kerna kamu comel aku glemer kan kamu Alangkah indah berada di puncak. Penat melayan kamu Aku suka Hanya kamu yang aku punya Serius! Aku penat :) ......

Tiba-tiba memburu impian menjadi bebanan.

............. Katalah saya ingin memulakan semula; mengejar mimpi saya yang hilang; bukan mimpi menjadi permaisuri. Atau seorang puteri. Tiba-tiba. Entah bila. Memburu mimpi menjadi bebanan. Sejak saya terpikat dengan costumes dan gemerlap cahaya pentas. Sejak saya tahu. Saya juga boleh berada di atasnya Sejak saya tahu saya juga bisa menari dengan gaya dalam cara saya. Memburu mimpi tiba-tiba menjadi bebanan Malam ini terlalu pekat hitam. Yang saya lihat cuma kenangan berulang putar. Memburu impian tiba-tiba menjadi bebanan Saya ingin melangkah, tapi saya tiba-tiba jadi gugup dan gentar. " The fisrt step is always the hardest ". Masih terdengar bisik Ayako setahun yang dulu. .........

“Di antara dua telinga, ada memori yang kita tak mahu padam. Semuanya, dan segalanya”.

“Di antara dua telinga, ada memori yang kita tak mahu padam. Semuanya, dan segalanya”. ~ Taf Teh ~ Sebentar tadi, saya sedang duduk-duduk di beranda. Mengelamun sambil merenung hujan yang mencurah-curah. Saya bosan dan sedikit sunyi. Banyak yang ingin saya lakukan, tapi tidak tahu di mana harus saya bermula kembali. ********************************************************** Hari itu. Koizumi san, bawa saya berjalan-jalan sekitar Nishiawaji. Kami pergi Lawson dan dia tunjukkan mana-mana supermarket dan kedai di mana saya boleh mendapatkan barang diperlukan. Hari hampir Maghrib. Saya resah. Dalam hati, saya menyumpah-nyumpah diri kerana mengikut lelaki itu. Saya tahu niatnya baik, cuma mahu menyenangkan saya. Kami masuk supermarket . Dia yang tahu sedikit Bahasa Inggeris cuba menerangkan pada saya itu ini. Saya angguk-angguk. Walau saya kurang faham. “ Ano..ano ..” Koizumi san sebelum bercakap bahasa Inggeris. Dan saya semakin resah. Saya gagahkan diri untuk tersenyum. Senyum menutup ...

Jika aku punya

Kazue 1 Kazue 2 Kazue 3 Kazue 4 “Jika aku punya tangan yang bergulung, aku mau petik bulan itu buat Shimada” Kazue bersuara. Perlahan. Sambil cornea matanya menatap Aiko yang manis berambut lurus perang buatan separas bahu. “ Hmmmm! Malangnya tangan kau tidak bergulung-gulung macam getah paip bomba” Aiko acuh tidak acuh. Matanya terancap pada langit yang malap. Kazue tertawa kecil. “Kau masih boleh bersenda?” “Lalunya bagaimana? Kau mau aku bunuh diri. Terjun dari apartment sempit ini?” Matanya masih macam kolam takungan. Ada sedikit sendu di hujung suara lunaknya. “Sebelum kau mati, kau buat pembedahan plastik. Kau boleh mati cantik macam Angelina Jolie atau Catherine Zeta misalnya.” Aiko menyarankan. Saranan jenaka yang gila. “ Cis !”Kazue menampar-nampar manja bahu Aiko. Begitulah selalu-selalu mereka. Teman yang mesra. Kadang kala, lara hati mereka jadikan bahan bersenda gurau. Ketawa mereka hilang ditelan angin malam yang dingin nan basah. Bau ocha panas enak masih menusuk ron...

Ada waktu

Ada waktunya, kita hanya mampu berkata. Namun tidak bisa memaksa orang lain mendengar kata-kata kita. Sama macam menulis, tidak bisa memaksa orang lain membaca dan menyukainya. Mungkin sama macam memasak, tidak bisa memaksa semua orang menggemari masakan kita. ........

Enntah apa ceritanya

Sudah lama rasanya tidak menulis. Tumpul akal dan mati ilham rasanya. Nantinya, saya melalut yang bukan-bukan. Dan... Saya syak adik dia sudah membaca blog saya. Adik dia yang kacak itu. Saya rasa dia juga kacak. Dan jika bukan kami bukan sama-sama cerebral palsy , adakah dia akan memilih saya. Adakah..saya selalu bertanya dan dia tidak pernah menjawab. Saya tertanya-tanya walau tiga musim hampir mendatang. Kami masih berdua. ps: Tasik, kau beruntung kerana telah bertiga.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam...

Malam-malam terakhir Ramadhan

Langit jingga beransur hilang. Malam-malam terakhir Ramadhan hitam suram. Saya rindukan hari-hari yang lalu. Berbuka bersama emak, Khadijah dan anak-anak. Rindu amat! Kerinduan yang menghambat jiwa tenang berombak resah. Sunyinya hidup saya. Berbuka berdua dan kadang kala bersendirian. Tanpa zuriat dan tawa tangis anak-anak. Tapi tidak boleh selalu-selalu merungut. Nanti kufur nikmat namanya. Sunyi amat! Lalu usai bersolat, kesunyian itu menghambat saya kepada segala macam kenangan lalu bersama Khadijah. Zaman anak-anak kami. Yang pahit dilapah telan. Begitu juga yang indah-indah. Gembira bermain bunga api berdua. Dulu-dulu, bunga api belerang berbatang besi itulah abah belikan untuk kami. Abah bersifat sangat melindungi; jadi jangan kami mau mimpi bermain mercun atau meriam buluh. Walau allahyarham pong-pang , pong-pang bercerita kehebatannya bermain meriam buluh waktu zaman anak-anaknya. Khadijah, anak yang suka menbantah. Selalu-selalu juga dicuri mmbeli mercun dari kedai Pak Teh.....

Salahkah aku?

"waterlily, aku lagi membenci orang yang bersifat kelihatan tidak menghukum. Tetapi sebenarnya dia menghukum. Menghukum dalam diam.org ini tidak boleh dipanggil sbg prodigy. tetapi paranoia.Kalau tak pun, progeny." Aku terima komentar ini, kerana memuji seorang penulis yang menurut pada pandanganku tulisannya jarang bersifat menghukum. Aku kagum dengan anak muda ini. Dia blogger dan penulis juga. Salahkah aku kaguminya? Aku benci orang bersifat penghukum dan juga benci sebahagian diri aku punyai sifat-sifat itu. Menghukum tanpa jelas duduk perkara. Dan aku benci menyebut perkataan benci. Tolong ampuni aku Tuhan. Tidak selayaknya aku menghakimi sesiapa. Apatah lagi menghukum dan melebel.

Cukuplah

Cukup-cukuplah Jangan cuci luka hatimu Dengan menghadiri parti pesta busa Tari menari sumbang tanpa untung Nicotine bersambung puntung Kelab-kelab kotor liar bingar Penuh lelaki belang hidung Dan jalang separa telanjang Buat jiwamu tambah gundah bingung Sudah-sudahlah Jangan kau buru kebahagiaan palsu Menempah neraka kekal Sedang di sini syurga hanya sementara Ini Ramadhan Pintu keampunan Gerbang taubat Syurga abadi Masih terbuka Rahmat Tuhan tidak terhitung Mari cari jalan pulang Di balik samar neon yang menyilau pandang ....... Nota kaki : Persisir Kuala ber’lumpur’ Tika senja melabuhkan sayap Oh! Bukan sekadar kelab-kelab kotor liar bingar Di parlimen sana Ada mereka mabuk busa kuasa 19/9/2008

Sepasang pakaian baru

Dulu-dulu waktu kami masih anak-anak dalam umur tujuh delapan tahun. Selesai solat dan mengaji Khadijah akan bertanya pada aku. Dan saban kali aku menjawab soalannya dengan pertanyaan juga. “Apa yang kamu minta dari Tuhan?” Kami sebenarnya menggunakan dialek utara pekat. “Aku minta tahun ini kita ada pakaian baru untuk hari raya” Khadijah menjawab sejujurnya. Dan aku mengaminkan permintaanya. Bila aku menoleh ke belakang, aku lihat emak mengesat airmata. Dan sejak itu. Aku tidak pernah meminta pakaian baru dari Tuhan lagi. Sejak itu, kami cuma mahu emak gembira.

Al Fatihah Untuk Abah - siri 2

Ramadhan yang kelima belas dan seolah peristiwa itu berulang-ulang saban kali Ramdhan datang. Hancur luluh hati kami melihat penderitaan dan kesakitan yang ditanggungnya. Makan tidur yang tidak sempurna dan hospital menjadi rumah kedua. Hingga pada suatu hari seorang doktor bukan seagama yang baik budi berkata. “Tak payah lagi ke mari. Iktiarkan apa yang patut mengikut pengangan agama you ” Doktor berbangsa Cina yang fasih berbahasa Melayu itu barangkali sedikit sebanyak memahami agama dan pegangan kami. Lalu kami bawa abah kembali ke rumah kecilnya. Abah minta mahu makan segala macam. Maka kami sediakan seada yang mampu. Sekadar memenuhi tuntutan tekaknya. Perutnya sudah tidak bisa menghadam dan mencerna lagi. Segala yang ditelan, akan dimuntahkan tidak sampai beberapa minit. Masih segar dalm kenangan. Pagi Jumaat dua belas November 2004 bersamaan dua puluh sembilan Ramdhan 1425. Paginya, sesudah kami bersolat abah bersuara dan tersenyum. “Abah rasa sihat sangat pagi ni . Aba...

Malam

Malam Jam tiga Mata masih jaga Agaknya Engkau mahu merahmati aku Tapi aku biar kerahmatan itu berlalu Untuk urusan yang tanpa tentu Dan Seumpama selalu-selalu Aku kesal pilu Pabila matahari bangun Keesokan pagi Cuma syukur aku panjatkan kerna masih punya nafas.

Setahun yang dulu

Sesungguhnya foto-foto ini, melakar sebegitu banyak kenangan manis pada minggu-minggu terakhir di Nishiawaji setahun yang dulu. Minggu di mana kepanasan mulai reda dan dedaun mula menguning. Sayangnya, cuma saya tidak dapat melihat marple kemerahan gugur brserakan seperti yang saya tonton dari kaca tivi atau bila Nelson Yuriko berkisah mengenainya. Minggu-minggu terakhir, saya mengenali seorang anak muda yang berbudi berhemah. Umur awal dua puluhan. Mungkin sebaya anak bujang saya,jika saya memiliki anak-anak. Dan kebetulan hari itu, dia datang menemani kawannya, salah seorang penterjemah saya. “Kak, kalau nak ke mana-mana, beritau saya ya. Nanti saya boleh bawa akak jalan-jalan. Bukan senang nak datang ke sini.” Saya melihat ada jujur di setiap patah butir bicaranya itu. Ada jujur dalam hati murni sebagai saudara sesama Muslim sebangsa. Kami tipikal Melayu. Menghormati tamu, yang lebih berusia lebih-lebih lagi yang kurang upaya memang budaya yang tersemai sejak kecil...

Jujur

Selalu-selalu aku mendengar. Sedari umur budak hingga berpangkat emak budak. Satu statement yang cukup senonim dengan bulan Ramadhan. Kita tidak boleh bercakap bohong di bulan mulia ini. Nanti kurang pahala puasa kita. Begitulah emak beritahu aku. Abah juga. Juga ustaz-ustazah dan para guru. Mesti jujur sejujurnya! Nanti malaikat akan mencatat di sebelah kiri. Adakah ini bemakna kita boleh berfoya-foya di bulan selain Ramadhan? Jawapannya tentulah kita semua maklum bukan? --------------------------------------------------------- Tadi kelas para pelajar dewasa bermula untuk semester baru. Tutor yang sangat prihatin dan berdedikasi itu bertanya kami. “Kenapa dipilih bidang ini? “ Sampai giliran aku. Terdiam seketika. Haruskah aku berjujur-jujur? Sah! Hari ini pahala ditolak. Aku menjawab lain dari kata hati. Tapi! Aku kagum betul dengan seorang mamat ini. ‘Saya terpaksa. Saya tak ada pilihan puan.” Jawapan yang cukup jujur dan selamba. Aiseh ! Kenapa susah sangat aku mau jawab macam dia...

Moga aku masih punya ruang

Semalam. Ku betulkan silaku Sesudah mengadapMu Sambil tanganku terketar Menatap bait-bait makna Pada setiap ayat KalimahMu Air mata tiba-tiba menitis Betapa kurangnya aku mengucap syukur Dalam pengertian yang sebenar Ampunkan aku! Moga aku masih punya ruang di sisiMu Moga!

E- Surat(terbuka) Buat Nelson Yuriko

Saat ini aku kira, kamu sudah menjejak kaki di Ikeda, Osaka. Negara kelahiranmu yang kaya budaya dan masyarakatnya begitu mencintai seni. Maaf kunjungan singkatmu, mungkin tidak dapat dimanafaatkan sepenuhnya. Hari itu hujan dan kita selurusi Kuala Lumpur yang basah. Untuk makluman, aku juga pendatang di kota metro ini. Jarang-jarang keluar kecuali punya urusan penting. Maaf, jika beberapa kali kita tersesat. Hatta, lorong-lorong Central Market yang cuma beberapa kali aku kunjungi. Kau tahu Yuriko, itulah tempat yang paling aku senangi. Moga-moga kamu juga menyukainya. Jangan kau tanya mengapa pengangkutan awam sebegitu rupa. “ Why they rushed ?” Aku masih ingat soalan kamu itu. Sebagai seorang warga Malaya, tercalar imej dan sedikit rasa malu. Tapi aku berdaya menampal dengan kata gurau “ Well, this is Malaysian style !” Bertolak-tolakan, berhimpitan menaiki kenderaan awam adalah lumrah. Dan selaku warga marhein kami harus menerima saja dan seadanya Yuriko. Aku terharu dapat mengenal...

Hilang

...... Hilang taring Hilang sentuhan Hanya kecewa Yang mengigit-gigit hati Aku suka Bercampur-campur cuka Cemburu Ah! Entah! Hilang kompas Aku Malam ini Mungkin Ah! Entah! Hati Tiba-tiba Kucar-kacir Aku rasa tersisih Tiba-tiba. .....

Malas

Tiba-tiba aku rasa malas mau respond komentar-komentar kamu ya kawan-kawan. Maafkan aku. Nak karang entri baru juga malas. Aku mau berehat dan berfoya-foya sebentar. Mengelilingi Key Ell yang sakit tapi ada indahnya. :p Mungkin nanti bakal ada cerita menarik untuk dikongsi. Okey ! See you soon. p/s: Yay! Aku tau kamu juga malas nak komen entri ni kan? Abaikan saja. Anggap saja ia tidak wujud ahaks!

Merdeka dari kaca mata seorang hamba

Kata Taf Teh, blogging kadang kala adalah terapi terapi minda dan perasaan. Kita menulis dan berkongsi, tapi bukan segala cerita. Kalau, aku pasti ada perenggan palsu dan perencah ajinomoto. Tapi intipati cerita tetap ada benarnya. Umpama ulangtahun kemerdekaan yang kita sambut saban tahun. Mungkin dengan pesta-pestaan tidak masuk akal. Menghabiskan wang negara dengan percik bakaran bunga api. Ucapan-ucapan skema peminpin negara. Kemudian kita bertepok sorak kampung dan maruah tergadai. Bagi aku, tiada kemerdekaan secara total. Tiada yang mutlak Kerana kita adalah hamba Tuhan. Kamu boleh menjerit hingga pecah tekak. Tapi berpadalah. Kita ini, aku dan kamu adalah hamba Tuhan. Kita hamba yang paling Atas.

Harapan tetap ada Kazue

Imej ........... Harapan pasti ada. Hari itu terik. Musim panas mula menujukkan wajah garang bengisnya. Kulit mulus Kazue seakan mau hangus. Hatinya juga hangus, kerana cemburu. Dari kejauhan dia merenung pasangan itu. Pada suatu petang. Ketika dia dan Aiko duduk-duduk melepas lelah memanjat Osaka Castle . Loceng-loceng bergantungan di pepohon, bergemercing ditiup angin. “Mau aku kenalkan padanya” Aiko, sahabat karibnya tiba-tiba mencelah. “Aku kenal dia, Aiko. Lagi pun..kau lihat itu. Misako bersamanya bukan?” "Dia tidak kenal kau! Malah dia tidak perasan pun kewujudanmu” Balas Aiko. Mata kedua gadis itu terancap pada sepasang kekasih(dalam proses suai kenal mungkin). Shimada dan Misako. Misako yang bergincu warna cherry blossom . Sepadan benar dengan kulit tona creamnya. “ Haih ! Alangkah baiknya jika ianya Shimada dan Kazue.” pintas Aiko, teman yang selalu menemaninya. Tiba-tiba. Aiko Teman yang sudi mengesat airmata dukanya. Bergurau senda di musim lara hatinya. Aiko yang can...

Krayon

Imej pinjam Malam ini. Kirimkan aku kekasih Krayon berwarna pelbagai Biar aku warna cinta kita Bosan jika cuma hitam putih Malam ini Cuma malam ini Hidup kita berputar legar Kadang bosan tanpa warna-warni Aku mahu krayon Jangan kau kirimkan bunga.

Ghost Train punya cerita.

Imej-imej Ghost Train punya cerita. ........ Berminggu nan lalu. “Bang, kita balik kampung naik keretapi ek ? Aku. “Lambat sampai tu.” Dia. “Takpe, naik keretapi romantic wooo ! Tambang pun murah” Kata aku. “Ye l er ..ikut awak naik keretapi.” Dia ------------------------------------------------------------ Semalam. Aku called dia. “Bang cepat balik.” “ Nape pulak, awak nampak tak jam tu. Syif saya belum habis laaaa !” “Cepatlah saya takut ni” “Takut apa pulak” “ Ni, haaa ... Ghost Train dah start .” “ Oit ! oit !. Takut kalu, tak payah tengok laaaa !” “Okay ! Abih kerja balik. Tak balik, nanti pergi tidur atas keretapi kat UKM tau” Huh ! Belum aku habiskan ayat terakhir, dia off telefon. Cheh ! ------------------------------------------------------------ Pagi tadi. “Mak called tadi. Suruh kita balik Perak. Kita naik keretapi ek ?” Dia. “Tak mau..tak mau...nanti ternaik Ghost Train . Sape susah?” Aku. Cheh ! Nota kaki: Kawan-kawan, Ghost Train merupakan filem Korea, yang dit...

Kazue di suatu pagi yang gelap dan basah.

Di suatu hari yang gelap dan basah. Malam-malamnya diselebungi kedinginan yang tidak pernah dirasai sebelumnya, Kazue terpandang sebutir bintang di langit yang bercahaya dan berkelipan. Seolahnya, bintang itu menggamit semangatnya dan memohon agar dia tidak terlalu bersedih dan rindukan sesuatu yang belum layak untuk dimiliki. Bagaimanapun, cahaya di langit itu jua telah memberi ilham padanya untuk mencoret sesuatu untuk Shimada. Shimada yang dikasihi, Aku tahu tidak selayaknya aku mengasihimu atau engkau mengasihiku. Tapi hati selalunya tidak pandai berdusta sayang! Tulus ikhlas, Kazue. Nota serba ringkas itu diselitkan di celahan buku kecilnya. Tidak berani dilayangkan untuk Shimada. Shimada yang saban hari dilihat menanggalkan sepatu mengunjungi rumah Tuhan. Shimada yang saban hari dilihat memakai sepatu ketika meninggalkan rumah Tuhan. Shimada yang tersenyum riang ketika berada di padang. Shimada yang peramah juga pemarah kadang-kadang. Shimada yang selalu-selalu dicuri pandang, cu...

Melunaskan hutang piutang cyber(tag lah tu)

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere. Here are the rules to follow: 1) Put the logo on your blog. 2) Add a link to the person who awarded you. 3) Nominate at least 7 other blogs. 4) Add links to those blogs on yours. 5) Leave a message for your nominees on their blogs. Maaf! Hari ini saya malas mau menterjemah. Kakak yang manis ini telah menghadiahkan saya award ini. Lantas saya pun mau berkata dua patah cuma. “Lihatlah dunia” Terima kasih Kak Ja. Hehehe! Oleh kerana, saya sangat pemurah, maka dengan ini saya akan memberikan award ini kepada tujuh pengomen pertama entri ini. Silalah ambil dan jangan berebut okay . :p Dan ini pula tag dari adinda SHIMI. Katanya hidup ini indah. 'ANDA HENDAKLAH MENYEDIAKAN SATU UCAPAN BERANGAN' dan anda bakal mengondol anugerah ini. It should been done according to the followin...

Suatu pagi pada jam tiga

Semalam. Pukul tiga pagi. Mata aku tiba-tiba celik. Panas. Resah. Nyamok mengejutkan lena. Cis ! Nyamok ni . Aku sedikit radang. Lalu aku bangun. Mengangkat wuduk dan buat apa yang patut. Niat aku mau kembali menyambung tidur. Tapi otak aku asyik fikir mahu update blog. Macam ketagihan. Ketagihan berblog mengalahkan ketagihan minuman ber caffeine tiga dalam satu. Lalu, aku mengadap pc . Aku buka pintu balcony luas-luas. Panas. Biar angin masuk dan menghambat kepanasan keluar. Err ....rumah kuartes kecil ini, boleh panggil balcony ke? Serambi sajalah. Jam tiga setengah pagi dan di luar hujan merintik. Dengan rambut mengerbang, aku mengadap pc . Niat aku mau sambung fiksyen cinta Shimada – Kazue . Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap! Tap!Tap! Tik! Tap! Aku mula menaip. Life’s Brief Candle ....bla...bla....bla. Tiba-tiba aku perasan. Aku tidak keseorangan. Di belakangku ada seseorang. Yang juga rambutnya mengerbang. Malah lebih panjang dari aku. Berdiri tegak ...

Kazue dan ruang-ruang sunyi.

........... Ada ruang kosong dalam diri Kazue yang tagih pengisian. Dia mahu pengisian yang bererti. Kazue, anak pererempuan yang taat. Sarapan pagi sebelum bapanya keluar bekerja, jarang dilupakan. Rutin semenjak ibunya uzur. Kazue yang pengasih. Mencintai alam, muzik dan seni. Menyayangi haiwan hatta seekor semut sekalipun. Kazue yang teliti. Perempuan itu mencatat semua yang bersimpan dan terzahir dari hatinya dalam sebuah jurnal peribadi. Ada buku kecil yang tidak cantik. Ada meja kecil tepi tingkap. Di situ dia mencoret corat tentang apa-apa saja. Mana mampu dia membeli yang cantik dan berkunci macam teman-teman yang lain. Cukuplah sebuah buku kecil yang tidak cantik. Cukuplah dengan meja kecil di tepi tingkap. Sememangnya dia tidak mampu. Memiliki yang cantik-cantik. Maupun yang besar-besar. Apatah lagi yang mahal-mahal. Suatu hari sebelum Tuhan mengirimkan Shimada untuknya, Kazue pernah menulis sesuatu. Mungkin itu juga yang dipinta pada Tuhan setiap kali tiba dini hari. Di wakt...

Secebis nota kecil

........ Di suatu pagi nan dingin kerana hujan melebat seawal petang membawa ke dini hari. Seorang perempuan bernama Kazue mennyediakan sarapan untuk lelakinya Shimada. Di tepi meja, dia titipkan satu nota yang berbunyi: ~ Kepada kekasih yang Tuhan halalkan untukku. Maafkan aku kekasihku. Untuk menjahit butang dari kemejamu yang gugur pun, aku tidak mampu .~ Malangnya, nota kecil tersebut lansung tidak dipandang oleh lelakinya. Yang tergesa mau keluar berkerja. Katanya kadar inflasi naik mencanak-canak. Kuasa beli merudum-rudum turun. Dia tidak boleh mencuri tulang seperti dahulu. Nanti majikan mungkin memecatnya. Lalu bagaimana dia mau berbelanja itu dan membayar yang ini. Juga memenuhi tuntutan-tuntutan yang lain. Lalu nota kecil itu, terbang dibawa angin pagi yang semakin mencerah. Hilang! Di celahan ranting-ranting ume yang hampir putus bunganya. Beep! Beep! One massage received. “Aku memahami ketidakupayaanmu dan menerimanya sebagaimana kamu memerima aku seadanya isteriku”- Shimad...

Sepi(juga bukan ulasan filem)

....... The Lonely Guy Menonton The Lonely Guy lakonan Steve Martin dari layar berbayar Astro membuatkan aku tergelak sendirian. Aku menyukai lakonannya yang bersahaja. Dia lelaki tua yang tidak kacak. Tetapi aku suka lakonannya. Aku sukakan sense of homour dalam dirinya. Oppp ! Mungkin bukan dalam dirinya. Mungkin dalam watak-watak lakonannya. Dalam filem-filem lakonannnya. Aku sukakan auranya yang tersendiri. “Kami adalah pria-pria kesepian” “Jauh dari rumah dan ditinggalkan teman” ~.Sheila On7. ~ Aku masih mengingati lagu itu. Menonton Steve Martin dan ketawa-ketawa terasa seolah sedang mengetawakan diri sendiri. Aku kesepian biarpun dalam majlis yang banyak orang. Aku kesunyian biarpun sudah punya teman Dan malam ini Aku cuma mau mengadu pada Tuhan. “Kami adalah pria-pria kesepian” “Jauh dari rumah dan ditinggalkan teman” ~.Sheila On7. ~ Lagu itu terus berkumandang dalam tempurung mindaku. Dan malam ini Aku cuma mau mengadu pada Tuhan. Mengadu pada Tuhan! Mengadu pada Tuhan! Me...

Gadis kecil dan sekeping angan-angan separa capai

Randy Pausch dalam The Last Lecture meriwayatkan, “Sesungguhnya, yang penting dalam hidup ini ialah mencapai angan-angan kita semasa kecil (yakni, childhood dreams). “ [Taf Teh, 29:7:2008] ~ Dipetik tanpa ehsan dari entri Sinaganaga 1 Ogos 2008 ~ “Cikgu, saya mau jadi pelakon pentas”. Seorang gadis kecil darjah satu terketar-ketar menjawab soalan gurunya tiga puluh tahun yang lalu. Guru itu, garangnya macam singa beranak kecil. Dia kemudiannya tergelak. Murid-murid lain pun ikut. Airmata gadis kecil itu mula mengalir. Tiba-tiba dia rasa malu dengan pengucapan sendiri. Dia diam. Sejak itu dia jarang-jarang bersuara kecuali ditanya bersungguh-sungguh. ************************************ Pelakon pentas! Entah dari mana dia dapat idea itu. Abah tidak pernah membawanya ke pentas bangsawan hatta opera cina sekali pun. Kalau ke pekan menonton fun fair atau wayang adalah sesekali dua. Mungkin dia teruja dengan filem-filem tanpa warna-warni dari layar TV rumah jiran. Entah! Emak. Pengidap as...