Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerita tanpa gambar

Esok

Esok untuk saya tiada punya apa-apa maksud kecuali mengucapkan selamat hari guru kepada rakan-rakan. Juga saya selalu ingati tarikh lahir anakanda Muhammad. Setiap kali saya pulang ke kampung dia pasti akan berkata" Chaq, tak payah balik KL la. Dok saja dengan Mamat. Kita tengok Spongebob" Saya ketawa mengekek-ngekek. Khadijah dan emak tersenyum Engkau Muhammad, anak yang masih lurus. Dunia ini masih cantik dan indah dari lensa matamu yang suci dosa. Kalaulah hidup semudah menonton Spongebob, tidak perlulah saya bersusah payah membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah. Satu habit yang tidak baik. Kadang saya terpaksa gigih untuk berdiri sama tinggi dengan orang lain. Ah! Kadang hari cuti saya pun diganggu dengan panggilan dan aduan kerosakan. Kadang, saya tidak tahan dan ejen-ejen syaitan pun menyusup masuk. Hati saya yang radang akan berbisik-bisik. "Kenapalah bangunan ni tidak runtuh sahaja? Senang sikit kerja gua..."

Malangnya cerita ini tidak begambar

Malangnya cerita ini tidak bergambar sayang. Sejak pagi lagi. Saya tertunggu-tunggu untuk keluar bersamanya. Sejak pagi lagi. Walau badan saya rasa cukup tidak enak. Walau hati saya selubung duka. Saya semakin bimbang. Jika kesumbanya tumpah lagi. Dan janji temu kami terbatal. Aduh! Rasa macam saya yang bersamanya yang menanggung sakit itu. Kenapalah agaknya Tuhan temukan kami. Terima kasih Allah swt. Pertemuan saya dengannya sentiasa buat saya mengenang abah yang tiada lagi di sisi. Akhirnya. Dia datang. Bersama Awie dan Aya suami isteri. Bersama dua anak-anak comel milik Aya dan Awie. Kami makan-makan. Kami minum-minum. Dan ketawa-ketawa. Saya, dia, Aya, Awie dan lelaki saya. Punyalah susah si botak mau panjat tangga. (Pada pandangan saya). Mungkin lain dari kacamatanya. Nampak dia tersenyum-senyum sambil mengesot memanjat anak-anak tangga. “Jadi OKU di Malaysia ni, tak boleh bermanja-manja kak” Saya masih ingat lagi kata-katanya. Dan. Kami makan-makan. Kami minum-minum. Dan ketawa...