Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tauladan dan sempadan

Selagi kita bernama manusia....

Semalam adik-adik saya di puat latihan ini berkonvo. Saya tidak menghadiri majlis tersebut, tapi kata suami iannya berlansung dengan meriah sekali walaupun tidak semeriah konvokesyen di universiti. Dan mereka pulang bersama segulung sijil kemahiran masing-masing samada bidang jahitan, multimedia, IT maupun senilukis dan membatik. Mereka tidak pulang semata-mata bersama sijil; tetapi jua harapan untuk hidup berdikari, berkerja, membina keluarga dan masa depan sendiri.Namun ada juga yang tidak kesampaian hajatnya kerana kealpaan sendiri. Selagi kita bernama manusia, kita tidak mampu terlepas dari membuat kesilapan. Kesilapan yang berulang kali bukan lagi kesilapan – ia bernama tabiat buruk yang disengajakan. Dosa – kali pertama dilakukan; lebih-lebih lagi tanpa sengaja akan merisaukan perilakunya. Perasaan bersalah dan berdosa akan membuak-buak di dalam kepompong minda Diulang dan diulang akan menjadi keseronokkan. Dan keseronnokan bertukar menjadi ketagihan yang pastinya memudaratkan. ...