Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2007

Hari ini......

Hari ini, selepas Subuh awal-awal lagi saya sudah mula menjenguk blog Pak Kadir . Bagus topik Pak Kadir hari ini . Tentang bloggers juga...Saya langgar lagi larangan suami dan janji saya. Saya beri ulasan juga. Hah..hah..hah..isteri mithali lagi solehah konon. Saya sudah cuba...tapi seperti yang saya maklumkan sebelum ini rasa ingin tahu mengatasi segalanya. Harap-harap selepas ini, suami saya tidak akan mengugut untuk memberhentikan kabel internet kami :)). Tertanya-tanya juga kenapa kerajaan UMNO khasnya nampak sangat takut pada bloggers. Bukankah mereka ada media arus perdana yang sentisa memberikan publisiti yang cukup menguntungkan mereka? Tak faham saya....saya cuba untuk memahami....tapi masih tidak faham lagi apa yang tersirat & tersurat? Suami balik....saya kena berhenti..sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis walaupun bahasa saya tidak seindah bahasa Pak Kadir

BLOGGER VS KERAJAAN

salam..dua tiga minggu kebelakangan heboh orang bercakap pasal blogger. Sejak Nathaniel Tan ditangkap. Saya keliru..sungguh-sungguh keliru. Siapa betul..siapa salah..siapa fitnah siapa....Pening kepala saya fikir apa akan terjadi kepada Malaysia tercinta setelah 50 tahun merdeka ni. Sekiranya berlaku perang saudara macam Iraq atau Afghanistan ke mana saya nak lari....mungkin saya terpaksa tunggu & dikebumikan di tanahair sendiri....Sebab saya bukan jutawan macam Ananda Krishnan atau Robert Kuok si raja gula. Juga bukan politikus macam Takhsin atau mana-mana politikus Malaysia yang ada duit berjuta-juta ( walaupun usianya masih muda ). Suami saya marah...katanya jangan masuk campur hal orang politik. Jadi saya sebagai isteri yang solehah (heh..heh...heh) terpaksa ikut nasihat dia. Saya sudah buat keputusan tidak akan membaca lagi blog-blog yang berunsurkan politik. Tapi jiwa saya tetap kacau. Rasa ingin tahu saya mengatasi segala-segalanya. Tapi saya janji - saya tidak akan memberi

INI LAGI SATU CERITA........

Kadang -kala untuk membuatkan manusia sengal (pinjam perkataan Naha) faham apa yang kita inginkan kita tidak perlu karang ayat panjang berjela...hanya perlu buat sesuatu yang tidak pernah dibuat orang. Maka orang sengal ini pun fahamlah apa yang kita mahu. Malangnya ada juga yang masih sengal + bangang(maaf kasar sikit bahasa saya). Minggu lepas macam selalu saya balik kerja naik LRT. Saya demam,letih dan lapar. Seperti biasa saya kena berdiri. Sia-sia saja ada sign board "Tempat ini dikhaskan untuk OKU,wanita hamil & warga tua. Adakah anda prihatin?" Satu pembaziran. Macam tu lah lebih kurang bunyinya. Dalam bahasa bekas penjajah kita pun ada. Kalau-kalau mereka tidak lagi faham bahasa ibunda sendiri - maklum la semua nampak terpelajar. Saya tengok sahaja tempat duduk yang dikhaskan untuk saya. Ada warga emaskah? Tiada. Wanita hamil?Juga tiada...OKU tidak juga. Yang sedap-sedap duduk di tempat khas tersebut ialah sepasang kekasih yang asyik makhsyuk dilamun perasaan (a

SUATU HARI YANG PANJANG......

Hari ini seperti selalunya..rutin harian saya bermula seawal jam 5 am. Tapi pagi ini saya bercuti...hilang lagi pendapatan saya RM30 sehari..apa nak buat. Terpaksa bercuti untuk menduduki peperiksaan. Hari yang malang lagi...waktu pulang motorsikal suami rosak...maka tersangkutlah kami dekat Kampung Pandan. Sebelum ini saya tidak pernah naik bas..tiba-tiba hari ini terpaksa naik kenderaan Rapid KL tu....sakitnya hati saya...sepanjang jalan sehingga sekarang hati saya masih menyumpah-nyumpah pemandu bas yang bernombor pendaftaran WNP 6927(maaf kalau tersalah tengok...maklumlah tengah bengang) milik Rapid KL. Bas tersebut kami naiki dari Bukit Bintang ke Bangkok Bank kira-kira jam 5.22 pm. Wahai pemandu bas yang bangang & sengal..maafkan kami kerana kami betul-betul tidak tahu cara-cara menaiki bas.Kami sangka kad OKU kami sudah cukup untuk mendapatkan tambang separuh harga atau menaikinya secara percuma. Tidak bolehkah awak beritahu kami secara berhemah..tidak payahlah menenking-n

TENTANG KAMI

Tahun lalu, setelah tiga kali berturut-turut ke pawagam, akhir dapat juga saya menonton filem kegemaran saya “CINTA”. Memang menarik. Bagi seseorang yang berjiwa seni seperti saya, tiada perkataan yang dapat saya gambarkan tentang filem tersebut. Lalu saya rumuskan “CINTA” adalah filem paling ‘manis’ yang pernah saya tonton. Terasa begitu dekat dengan hati saya. Keindahan dialognya begitu bersahaja dan menusuk jiwa. Antara dialog yang paling indah bagi saya ialah sewaktu Datuk Rahim Razali(Cikgu Elyas) mengucapkan “Isteri bukan hakmilik , tapi satu anugerah”. Seakan tersedar dari mimpi, dialog tersebut membuat saya,terfikir akan sesuatu. Benarlah…pasangan kita bukan hakmilik kita secara total,tetapi dia adalah anugerah Tuhan yang paling istimewa untuk kita. Ada orang tidak pernah memilikinya hingga ke liang lahad. Ada pula Tuhan anugerahkannya hanya untuk beberapa tahun atau puluhan tahun. Setengahnya pula, samada sengaja atau tidak,telah mempersiakan anugerah istimewa Tuhan yang sat
Dengarlah cerita saya. Dari A-Z . Selepas itu anda boleh membuat penilaian sendiri. Adakah benar anda penyayang dan perihatin terhadap orang kurang upaya. Sekadar berkongsi suka & duka. Benarkah anda prihatin? Saya akan menulis pengalaman peribadi & juga pengalaman rakan-rakan senasib. Saya akan terus bercerita dan bercerita, anda akan membuat penilaian. Adakah anda benar-benar perihatin?

CERITA TENTANG KAMI

Mari kita dengar cerita. Tentang pengalaman saya sebagai orang kurang upaya(OKU). Banyak perkara telah berubah...seiring dengan perubahan dan kemajuan negara. Namun nasib OKU tidak banyak berbeza..jika ada pun terlalu minima. Jadi sama-sama kita renungkan pengalaman saya. Saya juga akan menulis pengalaman rakan-rakan saya. Dipendekkan cerita nasib kami hampir sama & pengalaman yang dilalui tidak banyak berbeza. OKU samada berkerusi roda,kekurangan anggota atau apa saja....layanan sesetengah pihak terhadap kami tidak banyak berbeza.