Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Di antara Pap Smear Dan Sakit Telinga

Bunyinya agak sama. Kedua-duanya untuk mengesan penyakit. Dan saya asyik pergi membuat pemeriksaan telinga. Wal hal saya memang mahu melakukan ujian Pap Smear. Masalah saya, setiap kali setiap kali ke klinik. Asyik terjumpa doktor lelaki.  Maka saya yang bijak pandai lagi pemalu segera menukarkan bahagian yang saya patut buat pemeriksaan. "Sakit apa kak? Eerr...err..rasa letih  pulak pagi ni. Nak pitam pun ada. MA klinik pandang saya atas bawah atas bawah ( Nampak macam okey je makcik ni..)   "Apa boleh saya bantu makcik ? Tanya doktor muda berbangsa India. Err,,eer..makcik sakit telinga :p Mungkin kita patut kongsi entri LydSunshine di entri ini. Tak tau nak tulis panjang-panjang macam dia. Ps : Agak-agak ni kira bohong jenis apa  : p

Kangen

Pagi ini, aku terbangun sebelum Subuh. Aku mencari-cari sesuatu. Sesuatu yang mengingatkan aku kepada kamu. Aku bancuh sewacan kopi. Hirup perlahan-lahan. Sambil menyelongkar dapurku. Dan ketemu seuncang teh hijau. Sudah lupus tarikh. Aku simpan. Entah apa-apa tujuan. Aku tidak pasti. Hendak aku katakan cenderahati, banyak lagi yang aku punya. Menyimpan seuncang orcha, adalah tersangat penting pada aku. Sepenting menyorokkan rasa itu. Aku ingat kau pernah kata "The disabled body itself is an art.". Dan aku masih ingat .  Aku kata kau memang gila. Kemudian kita pun menjadi manusia yang sama gila. Dan kegilaan ini harus kita hentikan brangkali. Barangkali. Sejurus kemudian aku dengar kau kata " Anne, jangan hentikan kegilaan ini. Tolong..." Ah! Gila.

Selamat Datang. Si Tepok Kecil

Angin berhembus lembut. Namun senafas udara yang dizahirkan cukup menghangatkan suasana. Daun pintu ditolak perlahan. Anne sedikit kaget. Angin sekali lagi menghembuskan senafas udara hangat. Sekali lagi menujah lembut daun pintu. Kepanasan meruap-ruap dan menampar wajahnya tanpa silu.   Anne mahu tidur. Jika dapat biar malam menjadi sepanjang dua puluh empat jam. Biar tertimbus semua kenangan pahit dalam tidur itu. Biar semuanya kaku dan beku tanpa nafas. Namun, dia tahu itu bukan kehidupan. Itu kematian. Kematian belum pasti tenang dan mengamankan rasa. Bangkit! Ya..dia harus bangkit dan buktikan yang dia bukan seperti mereka katakan. Di dapur, si ibu kucing mengiau keresahan. Anne bangun melihat anak kucing tepok yang baru seminggu dilahirkan di dalam  rumahnya. Hati Anne menjdi hiba amat meliha si comel kecil memandang manja ke arahnya. Mata si kecil comel itu seolah berbicara "Sahaja Tuhan takdirkan ibuku melahirkan aku di di dalam rumahmu. Barangkali sek

Separuh hari kekurangan kata-kata telah selesai

Ejen insuran asyik call nak promote produk mereka, Entah dari mana-mana dia dapat nombor saya. Pengakuan  Hari ini saya banyak dosa. Saya marah orang. Peliknya saya, kalau marah orang, saya menangis. Saya kena marah pun saya menangis. Menunggu hujan teduh , ( Macam tajuk karya-karya agong :p ) Saya sudahkan kerja yang berdateline 5 Januari, Gagal siap juga. Kerja yang ada sangkut paut dengan orang lain memang susah siap apabila orang yang diharapkan enggan berkerjasama. Sakit hati. Makan hati. Nota kepada Encik Boss : Jangan asyik "bambu" saya dalam meeting. Minta cepat-cepat KPM lantik warden yang bukan di kalangan para guru.  Tidaklah terbeban tugas mereka dan menjejaskan reputasi kerja saya juga. Banyak la hang punya reputasi . Mungkin itu salah salah solusi kepada kelewatan saya.  ( Macam la Encik  Boss engkau baca hihi..) Sabar. Sabar. ( Doa pada Tuhan semoga orang itu faham kesulitan saya ) Escapism Teringat pada seseorang. Saya pun

Catatan-catatan kosong tentang diri

Ada banyak faktor untuk saya percaya bahawasanya halaman saya sudah tidak lagi ditatapi ramai orang. Trafik dan komentar mungkin salah satu petanda. Saya semakin menjadi suka hati, untuk menulis suka-suka hati saya. Bila masa pulak kau tulis hebat-hebat wahai makcik he he he.. Jam 4 petang. Saya mencuri sejam dari waktu kerja saya dengan membaca halaman kawan-kawan. Halaman Hana Tajimakira misalnya atau halaman MakBonda dan Puan TM kita yang terabai salah satu blognya itu. Saya sangat letih. Sejak kembali bekerja selepas kemalangan yang membuat saya rasa hampir hilang nyawa, saya buatnya dengan bersungguh-sungguh sehingga terlupa saya ini ada isu kesihatan yang serius.  Kerja 2012 belum selesai. Kerja bulan Januari pun begitu juga. Kerja bulan Februari bakal menyusul. Mengisi maklumat pelajar dalam data Sistem Maklumat Asrama amat memenatkan jiwa raga. Mahu mengeja nama generasi baru  adalah di antara benda-benda yang buat saya jadi sangat-sangat geram. Itu belum dikir