Tajuk entri yang berbunyi sungguh klise. Tiba-tiba sahaja terasa sangat asing menulis di sini. Dan sedikit rindu juga barangkali. Atau Bestrari.net sekat kau punya laman Facebook (ya..itu pasti.) :D Rindu kepada kamu orang asing - yang tiba-tiba melalui medium ini kita menjadi konon-konon sangat mengenali. Kita bergurau senda. Usik-mengusik macam kita kenal lama. Sedang bersama kawan-kawan lama pun kita tidak bersenda dan bercerita sebegitu rupa. Orang Asing - benar kita pada mulanya adalah orang asing. Tiada sesiapa kenal sesiapa pada mulanya. Itu barangkali yang menjadikan aku kadang tanpa segan silu bercerita macam-macam pada kamu. Lebih senang berkongsi kisah duka bersama orang asing. Kita saling mendengar (membaca) kisah-kisah luka, bersenda-senda dan pergi begitu sahaja. Orang Asing - Aku yang asing ini - merindui kamu. Sore ini, aku seperti yang kamu kenal dahulu. Masih suka meredah rintik hujan. Masih suka mencicip kopi panas. Masih bercakap ...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi