Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cerebral palsy

Dunia Palsi Serebrum

Dunia kita adalah  sunyi dalam riuh yang e nggan luruh Beginilah dunia kita diam, walau ada se juta cerita sejuta resah tidak terzahir lesu menanti,jemu meminta moga ada yang mahu mendenga r Dunia kita seharusnya dunia ceria  dan berwana dalam tari dan gerak kadang perlahan , s epara kaku dan ber jeda   H arus tahu bag a imana dan bila untuk tersenyum tert awa   kunci kepada baha agia di atas  nikmat cinta anugerah Tuhan paling berharga bergelar nyawa Dunia kia adalah dunia jarang dimengertikan  sebahagian dari mereka . ps: Entri terlewat sempena Hari OKU  Sedunia 2012

Netty si bidadari

Jam 5.00 pagi  Suhu berskala 24 darjah Celsius membuatkan tubuh Netty sedikit menggigil. Dia berharap, jika kekecewaan yang bergelodak di dalam hati adalah titisan embun. Kesdihan ini adalah air. Kepedihan ini adalah salji. Kemarahan ini bukan api, sebaliknya hujan. Semuanya akan mengalir ke taman-taman. Mengalir ke tasik, sungai dan laut. Membasahi pohon-pohon tandus. Jika ada yang sakit dan kehausan, biarlah air yang bertakung di kolam mata cantiknya  menjadi penawar. Netty masih kepingin memiliki jari-jari yang cantik dan sempurna.  Kesempurnaan dalam pengucapan dan suara yang merdu.  Petah berbicara. Tanpa semua itu, sayap-sayap yang dimiliki langsung tidak mengundang makna. MyNiceProfile.com

Orang Kelainan Upaya: Antara imej di media dan realiti

Disclamair : Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "Orang Kurang Upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.   Istilah cacat, kelainan upaya serta lain-lain istilah kadang menjelakkan digunapakai sekadar istilah mempelbagaikan perbendaraan kata kamus dewan. Hakikatnya, istillah-istilah ini tidaklah membawa golongan ini ke mana-mana tanpa empati dari masyarakat. Betolak kepada persoalan imej OKU di media-media arus perdana, di dalam sesetangah situasi memperlihatkan ada kecenderungan 'melupuskan' ketidakupayaan dan kepayahan yang dilalui oleh golongan ini.  Kesukaran-sukaran yang diharungi oleh mereka seolah mahu ditutup rapi. Karenah birokrasi untuk mendapatkan hak 'didiamkan'. Jika perlu 'disenya...

Belajarlah memahami

Kamu, ambil sekeping kertas dan tulis 50 patah perkataan. Mudah?  Pusingkan badan kamu .Mudah ? Siapkan satu surat dalam masa tidak sampai 5 minit. Mudah bukan ?  Jika semua soalan  yang aku tanyakan di atas jawabannya 'ya'. usah banyak bunyi dengan aku. Foto dicuri dari FB Kak Ja. Terima kasih. ps : Jawapan kepada status seseorang di Facebook.

Menukarkan tribulasi kepada nikmat siri 2

Life is like a book everyday has a new page with adventures to tell, lessons to learn, and tales of good deeds to remember have a good episode. ~Maman via email empat tahun lalu ~ Tebalnya buku kehidupan. Saya berkongsi sebahagian bersama. Sejujurnya, masih berusaha menukar tribulasi kepada kenikmatan. Sebagai pesakit saraf yang agak kronik, ubat-ubatan akan menjadi teman sepanjang hayat. Insiden tersalah suap ubat beberapa kali berlaku. Kadang, dalam situasi kelam kabut kesilapan boleh terjadi dan setakat ini syukur belum sampai tahap perlu muntah dan masuk hospital. Situasi 1 Saya pernah tertelan dua biji Diazepam. Akibatnya, saya khayal-khayal dan tertidur sepanjang hari. Situasi 2 Bulan lepas,ketika mengambil bekalan ubat di HKL saya bersua dengan seorang lelaki Cina yang mengamok sakan kerana petugas farmasi enggan membekalkan Diazepam kepadanya. Moralnya, situasi tersebut mungkin terjadi kepada saya kerana Diazepam merupakan ubatan...

Rebel cara aku - Siri 2

Pergi kerja tepat lapan pagi. Balik tepat lima petang, Pasang azam aku tidak akan kerja hujung minggu lagi. Dem! Semalam kontraktor baiki PA Sistem datang jam lima petang.  Hu ha hu ha..aku kena balik jam enam Semalam bos minta buat sijil penghargaan untuk para penyumbang dan bekas ahli jawatan kuasa tahun 2011. Siap ! Tapi ada sesiapa ingat tukang buat sijil penghargaan yang dimarahi bos depan orang ramai dua hari lepas?  Ada sesiapa ingat masa dan tenaga yang aku telah sumbangkan ? Plop!  "Tuhan ingat " Entah dari mana tiba-tiba Khadijah muncul Benci la engkau adik. Kenapa cakap kau sentiasa  betul dan benar.

Laut apabila surut ia kelihatan umpama padang pasir

Tekanan kerja untuk tga bulan terakhir ini begitu hebat.  Kadang nafas sesak. Tercungap keletihan.  Imsomia Mengigau dimarahi ketua jabatan Mengigau dibuang kerja Igauan-ingauan buruk tentang pertukaran paksa. Ah! Yang bukan ingauan. Memang ada 'tangan-tangan' jahat dari luar minta saya ditukarkan. Konon saya tidak layak untuk jawatan ini. Tolonglah! Beri saya ruang. Muka bumi Tuhan ini sangat luas.  Seorang manuzia tidak sempurna fizikal dan segalanya ini hanya mahu satu titik untuk diri. Tolonglah! Tolonglah jangan buat saya muntah dan ludah ke muka kamu.

Cerebral Palsy

General Cerebral palsy refers to a group of disorders that affect a person's ability to move and to maintain balance and posture. It is due to a nonprogressive brain abnormality, which means that it does not get worse over time, though the exact symptoms can change over a person's lifetime. People with cerebral palsy have damage to the part of the brain that controls muscle tone. Muscle tone is the amount of resistance to movement in a muscle. It is what lets you keep your body in a certain posture or position. For example, it lets you sit up straight and keep your head up. Changes in muscle tone let you move. For example, to bring your hand to your face, the tone in your biceps muscle at the front of your arm must increase while the tone in the triceps muscle at the back of your arm must decrease. The tone in different muscle groups must be balanced for you to move smoothly. There are four main types of cerebral palsy - spastic, athetoid, ataxic, and mixed. Spastic : People wi...