Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Kesibukan dan sebuah kisah rindu tanpa penyudah

Berada di kamar kecil dengan kedinginan yang tidak setara dengan kondisi kesihatan saya amat menyakitkan fizikal. Internet gagal berfungsi, jadi saya terpaksa mendfraf dahulu entri ini di dalam MS Word. Jadual saya minggu ini cukup padat. Selepas menghadiri kursus induksi di Melaka., terpaksa pula bergegas pulang menghadiri peperiksaan anjuran jabatan. Saya fikir boleh bercuti, malangnya terpaksa pula menyediakan dokumen-dokumen untuk mesyuarat di sini. Kediaman yang saya tinggalkan berselerakan dengan pinggan-mangkuk tidak berbasuh dan kain baju tidak berlipat. Saya risau, jika meningggalkan rumah dalam keadaan begitu. Risau jika, saya tidak dapat pulang lagi. Pulang ke tempat kekal abadi. Kamar ini, membuatkan saya mehjadi rindu kepada pangsapuri sempit Ayako yang saya tinggalkan. Rupanya sudah 4 tahun berlalu. Kedinginan kamar ini, membuatkansaya terasa baru semalam saya meninggalkan Osaka dan anak muda bermama Hakim itu tidak juga saya temui. Aishah, rakan sekamar saya yang b

Sekadar mahu mengapai mimpi silam

Hari ini saya bercuti sakit. Rasa macam nahu tercabut kaki dan pinggang hanya untuk mengambil sijil cuti sakit, Kalau setakat mahukan paracetamol atau piriton, di dalam peti ais saya sudah bersepah. Walau saya menunjukkan kad OKU, segala itu tak de maknanyeeee Di sini, saya terpaksa bersaing dengan warga emas dan bayi-bayi. *** Setiap Ahad, saya sentiasa kehujanan. Tapi saya tetap bersemangat untuk ke kelas kerana semester ini saya mendapat tutor-tutor yang terdiri daripada lelaki-lelaki yang berpengalaman. (senyum) Eh! Jangan salah faham. Saya maksudkan mereka tahu cara mendekati pelajar dewasa (dibaca: tua). Bukan tutor yang hanya membaca modul dan menterjemahkannya. Mereka bersedia memberikan input dan maklumat baru serta berkongsi pengalaman dan panndangan. Saya suka kelas. Walau saya tidak begitu sihat dan keletihan saya masih bersemangat mahu ke kelas. *** Saya juga terdengar cakap-cakap belakang di kalangan para guru di sini. Kata mereka, buat apa belajar, bukan boleh jadi c

Tiga Fiksi Tentang Edan

Anne dan Adam Saban hari dalam musim ini, Anne kira akan menjadi hari-hari yang panjang buat mereka. Dia merasakan tiada apa-apa lagi untuk disayangi. Mereka sekadar hidup di bawah satu bumbung kerana sebab yang entah apa-apa. Dan satu-satunya yang dirindui, mungkin perbualan-perbualan masa yang lalu. Tahun-tahun di mana dia dan Adam belum lagi sebumbung. *** Semalam Anne melihat langit masih mencacah wajah mendung. Dia masih menunggu kotak ajaib kembali kepadanya. Ternyata hampa! "Ahh..sial!" Anne menyumpah-nyumpah dalam hati. Dia tertanya-tanya. Apakah perca-perca cinta enggan kembali bercantum. Atau kotak ajaib telah berpaling tadah. Dalam deras deru hujan, Anne menanti kotak ajaib kembali. Perca-perca cinta bercantum semula. *** Dia - Adam Mereka berjiran. Bezanya Anne dan Adam tidak tinggal di blok bangunan yang sama. Tingkat rumah masih sama. Balkoni mereka bertentangan. Dan Anne selalu mengintai dia. Anne suka dia. Dia Adam! Hanya dia yang mampu membuat nafas An

Kemarahan dan airmata yang tersangkut di tangkai hati.

Hari ini merupakan hari kedua saya berada di pejabat baru. Asrama yang selama ini berpenghunikan makhluk 'bukn-bukan' itu sudah dihuni oleh anak-anak yang kepingin belajar berdikari. Mengendalikan dua pejabat serentak bukan tugas mudah. Kadang saya terpaksa mnghirup minuman sambil berjalan. Serius! Disebabkan pengalaman saya yang sifar, akaun asrama yang dibuka dikuiri Jabatan. Sudah berminggu saya naik radang dengan pelbagai perkara. Oleh kerana, saya sudah ada pejabat sendiri, melakukan kerja tanpa pengawasan saya pun mengamok dengan merenyok-renyokkan kertas-kertas terpakai. (Saya lupa DIA yang maha melihat) Bersepah-sepah memenuhi ruang pejabat. Tiba-tiba, pintu pejabat saya ditolak. Terpacul wajah Kak Milah. Bersamanya, dua orang lelaki yang memang sah pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah. "Mengamuk ke Mar?" Tanya pengetua baru saya itu. Ya! Kami memanggil pengetua kami dengan panggilan 'kakak' kerana sebelum ini kami sudah terbiasa begitu. Bukan 'p

Entri spontan tika imsomia

Mata enggan pejam. Risau dengan tugasan yang semakin hari tidak pernah berkurang. Dari kerja-kerja sekadar menulis surat-surat laporan, kini bertambah kepada kerja-kerja menulis inventori, mengira stok, mengutip yuran dan segala mak nenek kerja perakaunan. Berkerja dengan angka-angka sungguh menakutkan saya. *** Semester ini, saya punya tiga tugasan yang perlu dilangsaikan. Hari-hari yang saya lalui sungguh melelahkan jiwa dan fizikal. *** Saya akui fokus saya terhadap seni penulisan semakin menipis. Saya menulis blog supaya saya tidak kehilangan kemahiran tersebut. Saya risau, saya akan kehilangan anugerah tersebut. Sebagaimana saya kehilangan kemahiran seni lakon pentas yang pernah diajarkan kepada saya. Dikutkan hati, menulis blog pun saya sudah malas. Blog pun semakin suram. Pengunjung semakin kurang dan diam. *** Cerita sebatang pokok besar dan serumpun pokok buluh. Kediaman saya sekarang, merupakan kuarters yang dikelilingi kehijauan ladang kelapa sawit. Di belakangnya, berbuk