Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Menukarkan tribulasi kepada nikmat

Ubat-ubatan hanya salah satu opsyen supaya kita boleh bertahan, tidak terbaring dan menyusahkan insan yang kita sayangi.  Hanya opsyen untuk kita bangun pagi dan tunjuk kuat pada dunia Dan katakan " Hello. aku masih bertahan" Semalam. Sama seperti rutin.  Menanti giliran mendapatkan ubat adalah sesuatu yang amat membosankan. Saya menjeling bapak polisi di sebelah saya. Riak wajahnya serupa saya. Sedang kebosanan. Di belakang saya, kedengaran suara merdu seorang lelaki melagukan Ayatul Kursi dan Surah Ummul Kitab berselang seli. Hati saya bagai dijentik-jentik dan ditarik-tarik untuk melihat wajah si empunya suara. " Ustaz Don? " Saya tersenyum dan tergelak-gelak dalam hati. Cuma dalam hati.  Semakin saya tahan, rasa ingin tahu membuak-buak di dalam diri. Maklum, duduk-duduk bersama pesakit dari klinik psikitari. Saya menoleh. Dia seorang warga asing. Wajahnya seperti dari negara Timur Tengah. Tangan dipasang gari. Oh! Betapa...

Sprinkles

Hujan. Dengan suhu 26 darjah Celsius. Mata terasa berat.  Urat-saraf sakit-sakit. Rasa macam mahu kunci pintu dan tidur dalam pejabat Haih! Oh! Tidak sanggup hendak pilih opsyen bersara 60 tahun. Kata kakak PK HEM nanti orang menyumpah sebab asyik bercuti sakit.

Tunjuk sikit pejabat engkau Lily

Meja tulis Meja taip-taip Tak cukup meja Pun tak cukup meja Eh! Lupa pula nak snap yang bahagian tertutup tu Atas pun tidak bersussun Tak cukup kabinet, atas kerusi pun jadi Sini pun boleh saja Pejabat yang kedudukannya agak terpencil, jauh dari pejabat bos dan tidak dikongsi dengan sesiapa boleh menjadi sorga. Boleh menyemakan pandangan . Jangan sekali-kali mengaku engkau malas berkemas. Kalau Khadijah datang,mesti dia geleng kepala seratus kali. Kalau encik-encik dari PPD datang, saya akan keluar dahulu.  Tunjuk mana-mana lokasi kerosakan. Jika diberitahu ada pemantauan jabatan, saya berkerja lebih masa dua hari dua malam. Sebetulnya saya tersepit, mahu siapkan kerja atau mengemas. Tunggulah, cuti Krismas nanti saya cuba megemas. Eh! Ngeri pulak. Yang tertinggal cuma abang-abang jaga.

Monday Blues

Dalam mood Monday Blue s.  Badan terasa sakit-sakit. Tetap kena pergi melunasi amanah. Cuti tahunan berbaki lima hari lagi Semalam. Tidak dapat mengemaskini eentri,  Tertidur panjang, Sakit. Badan lemah longlai.  Entah bagaimana tersalah makan ubat, Nasib baik masih bernafas, Mahu pergi. Nanti saya cerita. Ps: Jika kamu terlihat bayang saya di FB, itu bukan saya.  Encik Suami sedang melakukan pemantauan  ha ha. :p.   Jika saya, akan saya kemaskini status.  Jika tidak pun, saya akan berbual kosong bersama Cik Nana atau paling kerap perbualan kosong bersama Remy. Mari hayati lagu yang ditujukan buat diri sendiri.

"Hei perempuan tugas kau bukan membuat spekulasi"

Hujung minggu. Ketika orang bercuti dan memasak untuk suami, saya asyik mengemaskini data SMA short form kepada Sistem Maklumat Asrama. Naik turun tangga dan berpusing tiga empat kali dua blok bangunan untuk memastikan semua kerosakan dan kecacatan bangunan telah dilaporkan.  Takut-takut jika blok bangunan ini runtuh dan segela malapetaka lain yang berlaku, tiada jari-jari runcing menuding ke muka saya.  Sedikit makluman, sewaktu saya mula bertugas blok bangunan ini memang telah rosak teruk sejak siap pembinaannya. Dari jauh nampak cantik. Sudah dekat tahulah.  Longkang retak, kaki lima retak, sana bocor dan sini tembus. Entah bagaimanalah projek ini boleh lulus.  Cakap banyak nanti, 'ke dalam'. Jadi bak kata Nabil " Lu fikirlah sendiri" Bercakap banyak apatah lagi yang benar adalah berdosa. Apatah lagi kuli kecil seperti saya. Sesudah habis berkeliling bangunan, masuk pejabat dan mula mengemskini data inventori.  Rasa hendah muntah. Mabuk angk

Laut apabila surut ia kelihatan umpama padang pasir

Tekanan kerja untuk tga bulan terakhir ini begitu hebat.  Kadang nafas sesak. Tercungap keletihan.  Imsomia Mengigau dimarahi ketua jabatan Mengigau dibuang kerja Igauan-ingauan buruk tentang pertukaran paksa. Ah! Yang bukan ingauan. Memang ada 'tangan-tangan' jahat dari luar minta saya ditukarkan. Konon saya tidak layak untuk jawatan ini. Tolonglah! Beri saya ruang. Muka bumi Tuhan ini sangat luas.  Seorang manuzia tidak sempurna fizikal dan segalanya ini hanya mahu satu titik untuk diri. Tolonglah! Tolonglah jangan buat saya muntah dan ludah ke muka kamu.

Comel

Hari ini semua kawan-kawan sepejabat memuji saya sangat comel dan kelihatan muda. Abang jaga dan kakak cleaner pun cakap benda yang sama. Apakah selama berkerja di sini saya sangat tidak comel ? . . Oh..saya faham. Saya pakai gigi baru. Hiks! Remy, kakak kau lebih comel dari kau sekarang okay.  Memang comel.  Macam Julia Rais atau Julia Robert  :p ps. Jangan suruh saya muatnaik foto diri, Pergi tengok foto-foto lama di Bukumuka

Ombak Rindu : Sudut pandang seorang perempuan yang pernah bergelar 'loser'

Saya sudah membaca novel ini berulang kali. Kepingin pula menonton naskah yang diangkat ke layar perak. Sepekara yang saya suka tentang filem ini adalah sinemetografinya. Maya Karin tidak sesuai langsung melakonkan watak perempuan kampung dengan wajah 'minah saleh'nya itu.  Peminat drama Korea atau filem Hindi pasti akan menyukainya. Saya mengerti perasaan 'menyukai' itu. Mungkin saya seorang 'loser' yang baru beberapa tahun keluar dari kepompong. Filem bagi saya, cuma hiburan. Barangkali escapism. Macam kita menulis cerita fiksi di blog atau media cetak. Nota untuk diri : " Perempuan, berhentilah berpayung! " Selamat menonton!

Kadang tidak semua cerita boleh kita kongsi kawan

.. ..maka aku diam dan pendam amarah sakit dan pahit. memakan diri bagai sekam dibaham api.

Tuah

Bukan semua bertuah seperti saya dan anak-anak Bukan semua bertuah memiliki anak-anak Bukan juga semua bertuah masih memiliki ibu ~ Tamtam~

Yes sir!

Yes! Apabila kau memilih untuk menjawat jawatan seorang kuli, maka kau jangan banyak songel. Usah banyak bertanya itu ini. Jangan mempertikaikan arahan Walaupun ianya sangat tidak masuk akal Contoh :  Kena hantar semula laporan-laporan yang kau sudah hantar berbulan lepas dan tidak pernah terlupa menghantarnya Yes sir! Dem! kau ingat aku tiada kerja lain nak buat (sekadar dalam hati) *Tarik nafas panjang-panjang dan sambung kerja

Mahu Tumpang Glamer Sekaki

Sejak ter'jatuh cinta' dengan Encik Kamera saya selalu melompat-lompat ke laman-laman foto.  Saya sudah lama belek-belek blog  Uncle yang satu ini. Entah apa yang cool sangat  saya pun tidak faham.  Saya suka pergi dan tengok diam-diam. Tapi, saya syak dia pakai minyak pengasih. Entah berapa botol agaknya dia tuang sehari. Saya syak saja okey!

Wordless Wednesday

  Hujan pun rahmat juga kan?

Mimpi berasak-asak di dalam perutmu,keretapi

Tiba-tiba kau bisa jadi rindu kepada sesuatu yang sangat kau tidak suka seketika dulu Misalnya, berebut dan bersesak dalam keretapi pada pagi Isnin yang dingin Rasa mahu lari meninggalkan semua yang ada sekarang juga. _FIN_ p.s. Maaf nanti saya jawab komentar-komenntar. Sudah terlewat.

Kangen lagi

Pagi itu cerah seperti sekarang. Langit sangat cantik dan biru sekali. Kami, dua orang perempuan berbexa budaya dan agama berbual tentang cinta dan kehidupan berumahtangga.  Entah bagaimana, tiba-tiba dua orang perempuan asing dan baru saling mengenali bercerita tentang hal peribadi yang cukup intim. Hal yang sebegitu jarang diperkisahkan kepada rakan sekerja, jiran tentangga, suadara-mara apatah lagi bos kita. Tapi kami dua orang perempuan asing boleh berkisah tentangnya. Kazue, dalam Bahasa Inggeris 'Loghat BBC'nya bercerita panjang. Tragedi yang menimpa dan mengucar-kacirkan zaman remjanya. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Anak itu kesan sampingan dan tidak dirancang. Namun selepas bayi itu dilahirkan dia sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik.  "Aku bercerai pada tahun kedua perkahwinan. Dia pemabuk dan kaki pukul" Dalam mada sebak Kazue mmberitahu aku. Matanya berkaca. Seolah kesengsaraan itu baru berlaku semalam walau ia telah 19 tahun berlalu.

"Maaf ! Ini hari bodoh saya, puan pengetua " Anne Lily

Penggera telefon tangan mencanak-canak menyanyikan lagu Bruno Mars. Anne tahu dia harus bingkas mandi, menyediakan apa yang perlu seperti yang tersurat dalam rutin. Anne bangun, menyelak selimut segera ke kamar mandi. Badannya sakit dan tangan mengebas. Juga rutin di waktu pagi dan menjelang dinihari.  Sesudah bersolat, Anne kembali ke katil. Encik Suami terpinga-pinga melihat Anne kembali menarik selimut seraya bertanya. " Awak cuti lagi ke?" 'Yup! Sila jangan cemburu dengan mem awak. Masak pun saya cuti hari ni.." Anne buat muka penuh riak. Encik Suami terdiam. Tiada kuasa melayan. Dia sudah terlambat.  **** Encik Suami sudah berangkat sejam lalu. Mata Anne enggan juga pejam walau dia cuba menyambung tidurnya. Seperti ada sesuatu yang  tidak kena. Anne cepat-cepat mengemas apa yang perlu. Secawan kopi dan sekeping roti sudah siap untuk dijadikan alas perut.  Sesudah menelan mak nenek ubat-ubatan segera dia mengadap pc. Mengemaskini blog dan mengadap Faceboo

Suara hati

<p><br>N</p> Nice :)

Ah! Cuma seekor lalat.

Pagi itu dingin. Hujan renyai enggan berhenti sejak malam tadi.  Hati Amy panas. Ratusan ekor lalat memasuki kediamannya. Dia jengkel. Lalat berterbangan dan hinggap di sana sini. Manakan bisa bersabar dengan serangga kecil yang hina lagi menjijikkan itu. Amy menutup semua tingkap. Dicapainya racun serangga. Disembur sekeliling. Sekelip mata ratusan ekor lalat terjelepuk jatuh dan mati. Amy terasa sungguh puas dan gembira. Berjaya membunuh beratus serangga yang menjijikkan. Segera dia mencapai penyapu dan penyodok sampah. Dikumpulkan bangkai lalat yang ratusan itu, Dia merenung bangkai lalat yang ratusan di dalam bekas penyodok sampah. Ada yang masih berjuang; mengeletik mengelupur barangkali sedang memohon nyawa disambungkan. Dari rasa amarah, timbul insaf dan belas. Amy seolah terasa Malaikat Maut sedang berlegar di sekitarnya. "Oh! hati kenapa begitu lembut dan menaruh belas. Itu kan cuma seekor lalat?" *  *  * Lalu bagaimana dengan kamu dan kamu? Memperkosa gadis

Lagu untuk kita yang telah terlupa bahawa sesekali pengucapan juga perlu

....dan kerana itu Anne Lily cuba memasak rendang untuk kamu. Walau dia sangat tidak suka dan tidak pandai memasak. :p Salam Aidiladha! ..... seharusnya kita sedar cinta menuntut pengorbanan. Tapi bukan untuk yang bukan-bukan dan tidak direstui Tuhan.

Ketagihan

Hari ini saya bercuti. Sampai Ahad. Hari Selasa perlu berpergian lagi. Dengan pakaian yang sama, ubat-ubatan yang stoknya semakin bertambah. Sakit dan kelelahan yang tidak pernah berkurang. Saya tabahkan hati. Nyata saya kian mati. Saya malu kerana harus kalah pada tubuh yang sakit dan lelah. Saya mula mengesyaki. Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri, Ketagihan! Kegilaan terhadap 'penerimaan' orang. Harus berhenti dan mencari diri!  .... and door is always open .

Analogi

Sakit  Rasa yang tidak mampu diungkapkan dengan kata. Kadang tersenyum. Menyimpan rusuh dan derita dalam diam. Pagi Sudah mula menampakkan separa senyuman. Mata masih enggan pejam. Otak ligat berfikir bagaimana mengatur timbunan tugasan ketika matahari celik keesokannya Laut Menyukai kamu. Tapi fobia dengan pasang surutmu. Gelora yang tidak terjangka. Lalu, aku hanya duduk memandang. Mencari garis sempadan di antara engkau dan langit. Namun yang kelihatan hanya kabus. Berbalam-balam. Sangat menyukai kamu. Tapi sekadar mampu berdiri di gigi air masin, menguis pasir. Sekali dipaksa terjun dan berenang terasa nafas sesak. Menggigil bukan kerana kedinginan. Tapi kegugupan melawan ombak kadang menggoyah harapan. Bertahanlah wahai diri yang kerdil dan tidak pernah terlepas dari khilaf!

Wordless

Cerita Macam-macam

Enam puluh tahun Terketar-ketar naik tangga buat pemeriksaan bangunan. Pukul 8 masuk dewan makan dan naik baran bila yang ditimbang tidak mencukupi dan barangan gagal memenuhi spesifikasi. Naik darah tengok claim Makcik Rozie puluhan ribu RM sedang perkhidmatan yang ditawarkan macam .........(isi tempat kosong dengan perkataan anda sendiri) Encik/Puan/Cik Boss asyik mahu semua kerja dipercepatkan. Sedangkan diri dan keupayaan makin  slow . Cerita lain "Bulan ni gua stress kak" kata adik kerani kewangan tukang kuli kira gaji. Yes,gua faham dek! Maunya kau tidak tertekan mengira gaji orang naik ribu-riban. Gaji kita naik hihihi..:p Cerita berkaitan. di sini ...dan mungkin jugak di sini .  Yes! gua faham. Alangkah baik jika pasir boleh ditanak Nota kaki WL: Entri-entri terkini kadang ditulis mengikut perasaan yang tidak begitu stabil. Lepas baca, sila abaikan.

Catatan Dinihari

Akhirnya saya terpaksa bersetuju dengan komentar Tok Rimau di dalam salah satu entri saya. " No pain, no gain " Agaknya itulah puncanya tulisan saya semakin tidak berjiwa. Tambahan pula berhadapan dengan situasi kesibukan yang semakin menggila. Malam-malam buta masih mahu ke ofis. Hujung minggu saya ponteng kelas kerana memenuhi tuntutan kerja.  Sudah hilang rasa. Menulis itu perlukan masa. Masa untuk merasai dan berfikir.  Saya sudah kehilangan rasa. Masa juga. Masa yang ada dihabiskan dengan memenuhi  tuntutan dan tanggongjawab kerja. Berpusing sebentar, Makcik Rozie akan hilangkan 2 kilogram anggur. Terlalai sekejap, 3 kilo daging akan berkurangan. Air minuman bercoklat nampak bumbung. Makcik Rozie memang sungguh David Copperfield! She's a good magician. Kadang kita cuba sebaik mungkin untuk mengikut peraturan dan menjunjung arahan. Yang menjadi dilema, kadang arahan tidak konsisten dengan peraturan. Tersepit sesak di tengahnya. "Saya boleh buat penge

Lagu untuk hari dan minggu-minggu yang sesak

Isnin mampir. Selasa mahu berpergian. Enggan. Nanti sampai surat cinta tunjuk sebab. Fikir positif sahaja. Barangkali ada pengalaman manis untuk dikongsi. Berjauhan seketika. Lari dari rutin. Mungkin bagus buat diri. . . Selepas berpergian. Banyak laporan menanti. Aduh!

Dari kedua telapak tangan kosong yang ditadah ke langit

Sumber  Foto Aku adalah aku di mana pun tempatku berada. Berusaha menjadi diri sendiri di tengah bicara kosong dan dusta mereka Hidup terasing di tengah kecintaan para ektrimis duniawi Sedaya cuba menafikan rasa di dalam lubuk hati dan naluri untuk selalu berkata jujur. Terbalut rapat hedonisme yang telah menjadi kunyahan harian. Kemunafikan yang meluncuri bibir dari waktu ke waktu. Aku, barangkali juga kalian terpaksa hidup dalam pembohongan, demi menutup bangkai serakah. Demi menjaga hati orang,terkorban prinsip dan pegangan diri. Kadang waktu ! Menghancurkan segala. Dimulai dari kehormatan diri hingga segala kekayaan hati.  Sehingga tiada lagi yang tersisa kecuali setitis embun di tengah lautan tinta. Hati pun bertranformasi. Berubah wajah. Sekeping hati kini, adalah batu karang yang ditutupi lumpur dan lumut.  Laut, seperti yang kita maklum tidak sebiru yang kita duga. Kita sebegitu berani menerjang ombak besar nan perkasa. Padahal diri hanyalah selonggok bebatuan tan

Kacang Botol Makcik Rozie

                                                                 Sumber foto  Ini kacang botol makcik Rozie yang 'segar' Sumber : Chantiqs Ini yang 'segar' di mata saya. Cantik,segar atau apa-apa sahaja punya tafsiran yang berbeza.  Dan,pekerja Makcik Rozie pun berkata "Nak segar petik dari pokok la kak!" Membela majikannya. Nasib baik di situ tiada cili segar. Nasib baik sungguh!

Lagu untuk anak-anakku Syazati dan Ezzah

Harus kamu ingat,tidak semua yang kamu pandang indah itu indah. . . . Berhati-hati sayang! Jangan sebarangan mencuba

September dan sebuah catatan terbuka untuk Ayako

Barangkali ketika teman-teman sekerja melompat menjerit ceria kerana mendapat surat pengesahan jawatan,aku rasa itu biasa-biasa sahaja Ayako. Tidak sama rasanya keceriaan ketika penonton betepuk sorak dan siulan penonton selepas satu persembahan pentas. Juga tidak sama keceriaan ketika tulisan-tulisan terpampang di dada akhbar dan majalah. Aku barangkali sepertii kamu meremukkan mimpi untuk survival. Barangkali untuk sesuatu yang lebih diredhai Tuhan. September ini Aya, bulan untuk mengenang daun yang gugur, Harapan yang semakin kabur dan mimpi yang bertabur. Tercicir di celah-celah kesibukan dan kesakitan yang tidak semakin surut. Pagi ini aku terjaga dan tiba-tiba merindui rasa kedinginan yang membuat aku tertidur enak di dalam keretapi "O haiyo " Aku seolah terdengar suaramu pagi ini. Senyuman dan lesung pipitmu yang manis!

Puisi dari Jalan TAR

Semoga kamu terus bising sesak sarat dek warga asing Dalam kebingungan aku melangkah Hati gundah berputik tanya ini tanahku atau daerah mereka  Jalan TAR dan Jalan Ampang langkah kadang sumbang dan tempang kabur, keliru, sesak dan lesu dalam resah berputik soal mana saudara, mana banjingan Sarap sampah mengotorkan wajahmu Dosa pahala bergaul jadi satu Tiada silu, tiada malu dalam hati masih berputik tanya mengapa kalis hukum mengapa kebal denda Jalan TAR sudah terlalu tua engkau sudah lama wajahmu ditaburi sampah dan hanyir ludah! Sumber foto Jalan TAR 03.08.2011

Berbicara bersama bulan

<p><br>.</p> Semalam, dia tiada sesiapa. Lantas dia memilih untuk bercerita dengan Tuhan. Kemudian, berbicara dengan bulan. dan seekor kucing tidak comel sebagai teman. . . . Pagi baru menyusul lagi mencipta episod baru untuk hari ini. Dia menerung ke dalam diri yang punya banyak khilaf. Mengaku kepada diri dan Tuhan akan penderhakaannya. Barangkali sebagaimana dia mengaku Dia pembeli buku yang derhaka Juga seorang yang penulis yang khianat dengan impiannya. Mutakhir ini, hidupnya menjadi kelam kabut Lantaran melakukan perkerjaan yang tidak sealiran dengan jiwa. Tapi dia yakin, dia telah melangsaikan tanggungjawab dan amanah sedaya mungkin. Pentas, dia merindui kamu. Tapi itu tidak akan membawa dia ke syurga hakiki. Dan sebuah sajak untuk tatapan teman-teman. Yang entahkan benar tersiar,entahkan tidak HENTIAN PUDURAYA DALAM KENANGAN   1/ Saat aku turuni tangganya, Pandangan terus tertancap ke

Sepak terajang dunia pekerjaan

Sumber foto Saya rasa kamu semua maklum, di dunia pekerjaan ada seekor kambing hitam. Jika berbangkit sesuatu masalah, si kambing hitam ada untuk kamu guna menjadi sepak terajang kamu. Tuding menuding pun berlaku dan akhirnya berbalik kepada si kambing hitam itu. Tidak mengapalah saya ada. Masih berdiri teguh dan bersabar. Kamu boleh buat sesuka kamu, kerana segagah mana pun saya  berdiri membela diri saya tetaplah seekor kambing hitam. . . Kamu tahu, mengapa saya cenderung bergaul dengan orang bawahan berbanding kamu.  Tidak lain, kerana saya bermula sebagai seorang tukang sapu  dan tukang cuci pinggan. . . Namun sesudah berada sedikit di atas, saya masih bersifat dengan sifat kekulian saya. Saya memahami masalah mereka. Namun tidaklah, sampai saya mengabaikan tanggungjawab hakiki saya, menjaga kebajikan pelajar dan pihak majikan. . . Anak-anak sekarang, konon sangat bijak tetapi sebenarnya manja dan mengada-ngada. Kalau kamu mahu tahu, saya pun pernah tinggal di asrama dan