Hujung minggu. Ketika orang bercuti dan memasak untuk suami, saya asyik mengemaskini data SMA short form kepada Sistem Maklumat Asrama.
Naik turun tangga dan berpusing tiga empat kali dua blok bangunan untuk memastikan semua kerosakan dan kecacatan bangunan telah dilaporkan. Takut-takut jika blok bangunan ini runtuh dan segela malapetaka lain yang berlaku, tiada jari-jari runcing menuding ke muka saya.
Sedikit makluman, sewaktu saya mula bertugas blok bangunan ini memang telah rosak teruk sejak siap pembinaannya. Dari jauh nampak cantik. Sudah dekat tahulah. Longkang retak, kaki lima retak, sana bocor dan sini tembus. Entah bagaimanalah projek ini boleh lulus.
Cakap banyak nanti, 'ke dalam'. Jadi bak kata Nabil "Lu fikirlah sendiri" Bercakap banyak apatah lagi yang benar adalah berdosa. Apatah lagi kuli kecil seperti saya.
Sesudah habis berkeliling bangunan, masuk pejabat dan mula mengemskini data inventori.
Rasa hendah muntah. Mabuk angka-angka dan nilai ringgit pembelian dan sebutharga perabot serta harta modal yang lain.
Harga bukan main. Tapi ada barangan yang sudah menunggu untuk direkodkan di dalam senarai perlupusan.
@@@@
"Hei, perempuan! Tugas engkau membuat laporan. Bukan membuat spekulasi"
Penunggu bangunan agaknya.
Nota:
Harap berjaya mengemaskini blog, satu hari satu entri.
Ulasan
Jom ngeteh kak. :)
Ngeteh..jom. mana mau Kopitiam Bangi atau Old Town?
Eh..tu ngopi kan haha!
Penagih kopi betul :)
tak ada retak2, anai2 atau apa-apa.
dan, ianya percuma..!kan kak?
semak betul!
Sabar je laa ya ^_^
salam kenal