Langkau ke kandungan utama

"Hei perempuan tugas kau bukan membuat spekulasi"

Hujung minggu. Ketika orang bercuti dan memasak untuk suami, saya asyik mengemaskini data SMA short form kepada Sistem Maklumat Asrama.

Naik turun tangga dan berpusing tiga empat kali dua blok bangunan untuk memastikan semua kerosakan dan kecacatan bangunan telah dilaporkan.  Takut-takut jika blok bangunan ini runtuh dan segela malapetaka lain yang berlaku, tiada jari-jari runcing menuding ke muka saya. 
Sedikit makluman, sewaktu saya mula bertugas blok bangunan ini memang telah rosak teruk sejak siap pembinaannya. Dari jauh nampak cantik. Sudah dekat tahulah.  Longkang retak, kaki lima retak, sana bocor dan sini tembus. Entah bagaimanalah projek ini boleh lulus. 

Cakap banyak nanti, 'ke dalam'. Jadi bak kata Nabil "Lu fikirlah sendiri" Bercakap banyak apatah lagi yang benar adalah berdosa. Apatah lagi kuli kecil seperti saya.

Sesudah habis berkeliling bangunan, masuk pejabat dan mula mengemskini data inventori. 

Rasa hendah muntah. Mabuk angka-angka dan nilai ringgit pembelian dan sebutharga perabot serta harta modal yang lain.

Harga bukan main. Tapi ada barangan yang sudah menunggu untuk direkodkan di dalam senarai perlupusan.

  @@@@

"Hei, perempuan! Tugas engkau membuat laporan. Bukan membuat spekulasi" 

Entah dari mana-mana suara itu datang.

Penunggu bangunan agaknya.
 Nota:

Harap berjaya mengemaskini blog, satu hari satu entri.



Ulasan

akirasuri berkata…
Tak pe kak, dekat dunia boleh lah dorang jadi Maharajabos, dekat 'sana' barulah dorang tahu siapa lebih Bos!

Jom ngeteh kak. :)
Lily Abdullah berkata…
Hmm..betul tu.

Ngeteh..jom. mana mau Kopitiam Bangi atau Old Town?

Eh..tu ngopi kan haha!

Penagih kopi betul :)
Nizam.Ariff berkata…
cantik kulit blog... suka.

tak ada retak2, anai2 atau apa-apa.

dan, ianya percuma..!kan kak?
tasekM berkata…
aku pula semak dgn angka2...

semak betul!
sepa berkata…
1hari 1entri... go! kak, go!... kasi cabar si Dino.! :)
Kak Jejars berkata…
Bila deal dengan manusia memang camni laa romannya...

Sabar je laa ya ^_^


salam kenal

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...