Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Salin baju blog saja? kah lah kah

Sebenarnya banyak yang aku nak cerita - cuma entah dari mana nak mula. Mungkin tentang kucing buruk aku yang bertambah lagi 8 ekor. Pasal kerja, tidak banyk berubah,  Cuma aku salah tulis resit untuk dihantar ke audit.  Kesilapan demi kesilapan. Orang pun bosan. Okay itu dulu. K bye

Sometimes I hate myself

Dalam pekerjaan aku, banyak tugasan. Ada kawan-kawan pejabat nasihatkan tidak perlu nak stres sangat - buat saja ikut kemampuan. Kata mereka. Nak mengaplikasikan kata mereka adalah sangat susah - aku ni OKU, jadi aku kena tunjuk aku 'kena lebih' atau sekurang-kurangnya setara dengan orang lain. Mesti boleh dan kena boleh.Wajib boleh Maka aku - semenjak kembali bekerja- aku kerja sungguh-sungguh. Untuk apa? Barangkali untuk niat yang salah. Mengharap manusia yang tidak pernah iktiraf kerja aku, mengiktiraf kerja aku. Bukan untuk naik pangkat, naik gaji atau APC. Bagi orang gomen kerja lebih atau kerja kurang gaji statik saja. Namun aku tetaplah tidak berdaya mendapat pengiktirafan.  Yang selalu orang sebut-sebut - tidak boleh itu, tidak mampu ini - dari tempat kerja, PPD sampai ke Jabatan (entah2 kementerian) - itulah yang menjadikan aku fames. Tak sesiapa pun sebut effort aku. Itulah manusia. Kadang aku rasa nak duduk berkurung dalam ofis, tapi kerja ak

Selamat pagi imsomia

Setiap kali engkau datang aku tahu kau tidak akan bahkan tidak pernah meminta keizinan pun.   Namun setiap rintik yang jatuh – sentiasa aku perhatikan tanpa jemu.   Rintikmu nan cantik seakan manik terus membasahi bumbung dan meruapkan panas aspal, Aku sedar kau tidak akan pernah tertarik pun untuk membasahi tubuhku. Terkecuali aku sama ada sengaja atau tanpa sengaja membiarkan engkau menyirami aku.  Aspal, tanah lapang, bukit bukau, gunung menghijau dan laut membiru jualah yang engkau tunggu. Sentiasa begitu bukan? Aku kerdil amat di dalam setiap rintikmu yang gugur. Setiap kali engkau menghampiri, aku bertanya-tanya. Kenapa denganku, apa yang indah denganmu sehingga berterusan aku menyukaimu.   Obses, lebih tepat.. Padahal belum tentu kau masih mengingatiku, semuanya sudah terlampau lama sekali, bukan? Aku salah pabila menganggap engkau menyakitkan. Harusnya aku bersyukur bahwasanya ini adalah anugerah Tuhan. Ini adalah keajaiban. Hati tidak bertaman setiap hari Seharu

Luah rasa di Fecabook - pro dan con

Suatu hari - seorang kenalan meluahkan isihatinya difesbuk. Luahan itu pula tentang kisah rumahtangga. Beliau mendapati dirinya dicurangi.  Aku rasa kasihan pada kenalan tersebut - bukan sebab dia dicurangi pasangan - tapi luahan rasa beliau menjadi isu di tempat kerja. Malah menjadi senda jenaka. Aku tengok semula FB aku - aku pun selain gemar menulis cerita fiksyen di fesbok gemar juga meluah rasa. Namun apa yang berlaku dalam rumahtangga aku - aku tak pernah tulis. Aku kadang lepaskan geram pada pekerja yang aku selia saja, kadang pada sikap pelajar yang aku rasa tak reti hormat aku dan kadang aku 'kenem2' orang atasan aku. Bertitik tolak dari insiden tersebut (kenalan aku yang tulis kisah dicurangi) aku mula secara perlahan--lahan berhenti update status fesbok. Kalau aku kemaskini pun - sesuatu yang bersifat umum. Semoga aku kekal konsisten dengan niat aku. Aku mahu delete akaun. Tapi dalam hati masih sayang. Berhati-hati dengan apa yang kita ko

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan. Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya. Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH! Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis. Ya- airmat

Hi awak, saya sudah update blog

Hi awak Akira Suri dan lain-lain Saya sudah kemaskini blog. Sementara menunggu pelajar datang. Katanya nak bayar yuran makan. Haus gila saya . Mesin tekan-tekan air depan  pejabat sudah kehabisan air. Hendak ke dewan makan, saya menunggu orang datang. Ada ibubapa datang mendaftar anak masuk asrama lagi pagi ini. Jadi saya kena layan. Laporan kerosakan saya kena layan. Semalam pemantau dari JPN datang saya kena layan. Lantaran datangnya on the spot. Pagi tadi ,ada pelajar asrama sangkut baju dekat kipas dan bilik gosok pakaian. Saya kena layan. Suruh isi borang salah laku. Kesalahan kecil - akibat besar tau. Buat dia kejung kena renjatan eletrik, siapa mahu jawab. PK HEM? Pengetua ? Cikgu warden? Semua akan kata mereka tiada masa kejadian Maka saya, saya dan saya perlu menjawab. Okay rasa nak pelempang orang . Boleh ? Hmmm.... tarik nafas. Tulis blog dan istighfar banyak. Pagi tadi saya sesak nafas lagi. Semalam buat blood test orang hospital kata potasi

Kembali

Kembali menulis blog adalah salah satu kerja 'gila' yang aku buat. Ketika orang lain sibuk dengan fesbuk, twet dan insta. Bertambah lagi 'kegilaan' tersebut , apabila aku tulis ketika aku dalam keadaan yang sangat sibuk, Sibuk aku ini sepatutnya aku alih ke data SMA, menyediakan maklumat instrumen pemantauan, menyediakan data untuk guru data masukkan data APDM murid asrama atau data disiplin SSDM. Tapi aku tulis blog semula. Aku mahu lari sebentar dari kegilaan kerja. Tapi aku yakin aku tidaklah keseorangan dalam 'kegilaan' ini. Okay sambung kerja untuk suap makan diri dan 15 ekor kucing Oh lupa. Tuhan terima kasih untuk kelangsungan nafas. Seorang suami. Ibu dan keluarga serta rakan sekerja dan majikan yang baik. Tidak lupa 15 ekor kucing 'buruk' (di mata orang lain) - semua comel di mata aku.

.

Tuhan, saya kira saya perlu menulis pagi ini. Bukan di fesbok. Tapi di suatu sudut yang tidak lagi dipedulikan orang. Tuhan, sejuta kali saya 'in denial' kenyataan tetaplah kenyataan. Saya semakin tua. Hari depan sudah singkat dan yang paling hampir hanyalah bau kematian. Saya masih bangun pagi. Bekerja gigih. Pulang paling kurang setengah jam lewat dari waktu mengetip kad perakam waktu. Semua itu sekadar penafian - bahawa tubah saya sangat menderita sakit. Penafian bahawa dengan semangat gigih - semua kesakitan fizikal akan sembuh. Saya tidak mahu merasa kalah dan gagal. Saya tidak peduli pasal kerja lebih masa. Saya tidak ppeduli pasal sakit saya. Janji kerja saya selesai.Namun pada hakikatnya.- ia tidak pernah dan tidak akan.  Bahkan saya perlukan pertolongan jua pada akhirnya. Tuhan - malam ini saya mahu hanya bersunyi-sunyi denganMu. Dan berkongsi dengan sesiapa yang masih datang. Masih menziarahi halaman ini. Terima kasih Tuhan untuk kelan