Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Obsesi terhadap engkau,hujan

Dia pantas memaklumi aku. Hujan bermakna tunggu sekejap sebelum menyambung perjalanan.  Aku pasti lama sudah aku berteduh kawan. Aku sudah terlalu obses dengan rintik-rintik hujan. Terlalu asyik menikmatinya. Aku terlupa jalan pulang. "Atau sememangnya kau tidak ingin pulang?' Kami sama-sama tediam. Aku tahu dia masih menanti jawapan yang tulus. Ketulusan itu sangat menyakitkan kawan. Kredit : http://www.lurvely.com/photo/3817544476/Rainy_Days_and_Mondays/  

Hujan menjadikan kita kadang sepi dalam riuh rintiknya

Hujan gugur langit bertranfomasi alangkah indah jika ada engkau di sini  Mutakir ini telah aku tutup segala pintu mimpi yang menghubungi  serpihan  rindu Gundah resah menjentik rasa pasti barah dosa membunuh kita nanti Walau kita tahu hujan menjadikan kita  kadang sepi  dalam riuh rintiknya sumber foto : pakcik gugel ps: Dicatat kala langit mendung (hujan belum turun) dan kebosanan asyik tulis laporan.

Mereka dan sepasang tangan ajaib

 i. Sepasang tangan ajaib gred A akan merubah yang ada kepada tiada dan yang binasa kepada sempurna walau tidak secara total barangkali. Begitulah dia. Apabila diwar-warkan dia akan melawat kawasan tertentu, maka dalam masa kurang sebulan ada jalan berlopak akan berturap. Semak-samun bertukar menjadi hijau dan lapang. Surau usang disolek cat baru.  Sepatah kata untuk dia. Datanglah ke lokasi saya. Semoga bangunan bocor sana,tembus sini akan segera dibaiki tanpa mengikut karenah 'beruk' krasi.  Tanpa alasan kekurangan peruntukan atau dana perlu mengikut prosuder yang ditetapkan. ii. Sepasang tangan ajaib milik saya tidak lagi bermakna, apabila saya gagal melunasi tanggungjawab dan impian. Sentuhan tidak lagi menjadi keajaiban. Sungguh saya berhak untuk merasa kecewa. Entah bila saya mampu bangun dan meneruskan mimpi. iii. Dia punya sepasang tangan yang mampu menulis biasa-biasa sahaja. Tiada isu-isu besar seperti LGBT, murtad dan aurat atau isu-isu p