Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Cerita yang pelbagai

Lantaran kesibukan berkerja, belajar dan rutin harian seorang isteri saya semakin jarang menulis dan mengemaskinikan blog. Tugas sebagai 'makcik penyelia asrama ' bukanlah semudah yang saya duga. Kalian tahu, menulis blog atau cerpen adalah lebih mudah daripada menaip surat-surat rasmi dan memasukkan data-data inventori. Lebih mudah berkerja sendirian daripada berinteraksi dengan sekumpulan manusia yang menerima saya sebagai insan 'normal'. Sejujurnya, saya lebih suka diri saya diterima 'seadanya' bukan insan istimewa atau sebarang label pun. Akhirnya, saya terpaksa mengakui kebenaran. Saya memahami kenapa Morita san mengatakan saya tidak sesuai bekerja di pejabat. * * * "Boleh menulis? Boleh membaca ?" Ayat klise yang selalu dajukan kepada saya dan Encik Suami. Saya maklumi, bukan maksud mereka untuk menghina. Saya fahami, kebanyakan individu seperti kami yang mereka temui merupakan ' slow learner' . Tapi jauh di sudut hati, saya merasa

Nota kecil kepada enggan mengerti tentang saya

Hello awak! Jangan berbicara begitu dengan saya. Banyak perkara yang awak tidak tahu tentang saya. Kalau saya berpantang makan itu ini kerana mahu menjaga kesihatan saya; apa pula yang merugikan awak. Hello awak! Awak mencerca-cerca saya di belakang dengan mengata macam-macam. Awak cakap kalau sudah tahu diri sakit kenapa masih mahu berkerja. Apalah yang awak tahu tentang saya. Ini bukan sekadar pekerjaan. Bukan sekadar periuk nasi. Ini belanga rezeki kami sekeluarga. Sekurang-kurangnya emak saya tidak perlu beratur panjang di pejabat kebajikan lagi. Ini maruah saya! Oh! Apalah yang awak tahu pasal maruah. Kerja asyik mencuri tulang. Datang jam sembilan kemudian 'hilang'.

Rindu

Sunyi, kala senja cuma terdengar lengkingan anjing liar yang menyeramkan. Hendak mengepos satu entri tanpa foto pun sangat sukar. Autosaved tidak menjadi. Apatah lagi untuk maemasuki kelas-kelas online. Atau menulis sepatah dua di halaman kawan-kawan maya. Jadi bila tidak dapat menulis saya akan menjadi pembaca pasif. Malam ini, dengan lafaz Bissmillah, saya mahu ke kelas sastera. Terima kasih!

Cerita-cerita ringkas buat yang ingin tahu tentang saya

Satu Saya tiada kemudahan mengekses internet di rumah. Hari ini saya sedikit lapang dan saya pun mencuri ekses di tempat kerja. Sungguh tidak beramanah kan? Dua Saya sudah berpindah. Semakin jauh dari ibukota. Terasa macam kembali ke kampung halaman. Cuma bezanya tiada sawah padi. Pemandangan di waktu senjakala dan malam memang indah. Tetapi menyeramkan bulu roma. Bayangkan suatu malam, sesudah solat Maghrib saya terperasan sehelai selendang panjang berwarna putih jarang berterbangan dari atas, melayang-layang. "Oh! Itu seledang jiran dari tingkat atas" Hati saya cuba memintas ketakutan yang datang. Walau saya tahu, jiran dari tingkas atas belum berpindah rumah. Yes! Tiga "Pinjamkan , akak mata Mar sekejap" Pinta Kak Mis pada saya suatu petang. Saya sangkakan dia mahu meminjam cermin mata saya. Rupanya dia mahu saya membacakan sesuatu untuknya kerana dia juga tertinggal kaca mata di pejabatnya. Kebetulan saya juga tidak memakai kaca mata pada hari itu. Tapi, saya

Saya, Khadijah dan nostalgia seekor katak

Sebulan Ramadhan dan 5 bulan menyewa di rumah Wak yang baik hati, percayakah anda saya cuma ditemani sebuah laptop yang sudah rongak askaranya. Sebuah tilam bujang, totoo, sehelai tikar buluh, dapur gas yang kadang (selalu) kehilangan fungsinya, senaskah Al Quran pemberian Kay dan saya berkongsi rumah dengan seekor katak puru. Ya! Seekor katak puru. Mulanya, saya jengkel dengan kehadirannya. Selalulah saya menghalaunya dengan menggunakan penyapu. Lama-kelamaan, saya biasa dengan kehadirannya. Selalu-selalu,saya mengadu dengan Khadijah betapa jengkelnya saya terhadap katak itu kerana kadang kala ia berada di bawah tilam saya. Dan Khadijah seperti selalu-selalu akan melawak dengan saya "Bela sajalah kak!". Dikuti dengan kekeh tawanya. Khadijah kata saya sudah lupa. Ya! Barangkali juga. Saya sudah lupa, saya pernah tinggal di rumah bawah beralas tanah. Asal kejadian saya. Abah (allahyarham) dan emak membina pangkin kayu supaya kami bereempat dapat duduk bersila menjamah makanan

Surat Kepada Kerajaan 1Malaya

Kerajaan 1 Malaya Melalui Kementerian Kesihatan Malaya Tuan, PENGEKALAN STOK UBAT-UBATAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Saya sungguh dukacita di atas pengurangan dos ubat-ubatan saya, terutamanya Diazepam dan vitamin-vitamin yang biasa saya perolehi secara percuma seperti Vitamin B, Multivitamin dan Folic Asid. 3. Saya berada dalam keadaan yang amat tertekan, kerana terpaksa berkerja dalam kesakitan dan ditempatkan di sebuah bangunan yang juga merupakan 'projek sakit'. 4. Diharap pihak tuan memahami permasalahan saya dan lebih-lebih lagi istilah 'projek sakit' yang saya maksudkan. Kerjasama pihak tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian.Terima Kasih. s.k :1. Encik Kontraktor Surat ini adalah cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan. Surat ini adalah tulisan penulis blog. Nama dan alamat pengirim juga tidak diperlukan. Sila abaikan surat ini sekiranya pengurangan dos ubat-ubatan dibuat atas faktor bukan ekonomi. Amacam surat gua? Ada or

Memang tercipta untukku

Sepanjang tempoh April sehingga hari-hari terakhir Julai banyak perubahan drastik terjadi dalam hidup saya. Saya kembali berkerja. Kemudian berpindah dan berjauhan dengan orang tersayang. Telefon rosak, ketiadaan kabel internet untuk seketika, kehilangan kucing yang menyerikan hidup saya, kamera digital rosak dan entah apa-apa lagi. Apabila sudah punya sambungan, internetnya pula sering terputus-putus dan lembab macam siput. Kadang. saya sakit dan kepenatan di malam hari. Rasa takut, asing, sunyi dan terpinggir. Jiwa saya kacau. Meronta-ronta mahu ke bengkel penulisan. Mahu kembali menulis. Dan saya sentiasa singgah di blog sifu-sifu saya membaca diam-diam. Dalam senyap sunyi. Di sini, dan inilah cinta saya. Saya penat mengejar waktu. Cuba sedaya upaya mencari jalan pulang. Pulang ke pangkuan cinta hati saya. Menulis!

.

Ada kala terpaksa lupakan mimpi-mimpi seketika walau telah nampak bebayang kejayaan terpaksa dilupakan demi demi Oh! Aku sedang belajar menyukai yang baharu Ah! demi..demi... Ah! Nampak benar aku sedang juga sedang stress sampai hendak menjawab komen pun tidak terdaya hendak meletakkan tajuk entri pun akal macam mandul

Malam ini moga kau berada di taman syurga

Teman mayaku, terima kasih untuk segala coret catatmu, untuk aku belajar melawan sukar yang selalu membuat aku kadang rasa tertewas terima kasih telah membuatku menjadi diri sendiri, terima kasih telah mengajarkanku banyak hal tanpa kau sedari ketabahanmu menjadikan aku iri Betapa masih banyak situasi aku selalu kalah dengan emosi Kau takkan membaca catatanku lagi Selamat pulang ke sisiNya kak D semoga di dunia lagi satu kau aman tanpa kesakitan sedang jalanku entah bila penamat Kak D (1967-2010) Al- Fatihah!

Entri tanpa arah tujuan

Selalu saya berpesan kepada diri untuk tidak menulis jika tiada arah tujuan. Tapi malam ini, sambungan internet saya masih 'sihat' jadi saya menulis beberapa perkembangan tentang diri dan blog ini. Entri pertama saya di sini, bertarikh 10 Julai 2007. Inilah tujuan asal saya menulis. Oleh itu, janganlah hairan kenapa saya marah-marah dan masih menceceh-ceceh pasal isu-isu oku. Malah tiada pernah terdetik langsung di dalam hati untuk menjadi penulis keratif. Sebahagian entri sudah dipadam dan dipindah ke blog tertutup. Pengikut bertambah. Komentar berkurang. Apa ertinya; sekadar klik sebagai pengikut barangkali. Tiga musim menulis di sini, saya rasa cukup berpuas hati. Saya gembira menulis di sini. Namun saya lebih gembira sekiranya ia tercetak di kertas. Saya kepingin melangkah jauh, namun tangan dan jejari saya semacam dirantai gari. Oh ya, saya mungkin berpindah lagi bulan hadapan. Sama seperti saya memindahkan url blog saya dan menggunapakai identiti baru. Tetap ditemui dan

Teruskan senyuman. Usah berkecil hati untuk perkara remeh kawanku!

Sewaktu saya membaca entri adik di sin i, saya tidak pasti apa perasaan sebenar saya. Mahu marah atau ketawa terbahak-bahak. Aduh! pentingkan diri betul. Tidak cukup lagikah merebut hak minorti. Dari peluang pekerjaaan, wang bantuan sampai ke tempat parking pun hendak direbut. Tidak cukup dengan itu, tempat duduk dalam kenderaan awam yang sedikit itu pun hendak dirampas juga. Saya sudah bosan menulis perkara yang sama. Yang membaca tentu, lagi-lagi bosan. Itu tidak termasuk 'perang-perang siber' antara oku dan pegawai kebajikan. Bosan sungguh! Alahai kawan, jangan bergaduh macam budak-budak. Buruk dan lagi buruk kita ini golongan kurang upaya. Jangan maki-maki kerana perkara remeh. Contoh: Dia tolak kita sebagai kawan di FB misalnya. Itu hak dia. Bukan 'mati' pun jika dia tidak approved kita. Sudahnya apa, dia print screen kata-kata dan maki caci kamu kepada dia dan letak di blognya. Peminat-peminat dan kawan-kawannya 'sedap-sedap' mengutuk kita. Siapa yang m

Maaf!

Aku kadang terlupa. Setiap orang yang kita kenali, bukan semua layak dipanggil 'kawan'. Maaf!

Catatan dari hati rusuh

Selamat tidur selamanya. Terima kasih, untuk selama dua tahun ini. Engkau mengisi kesunyian seorang perempuan tanpa bayi. Aku menangis bukan kerana lepulanganmu. Tetapi terpaksa memilih yang terbaik untuk kita. Di atas nasihat doktor, aku terpaksa memilih untuk membuat engkau 'tidur' untuk selamanya. Kata doktor, paling lama engkau bisa betahan hanya untuk tiga bulan. Dan, penyakitmu akan membahayakan manusia serta kucing-kucing lain Gilanya aku! Membaca surah Yassin untuk pemergian hanya seelor kucing. Bukan! Bukan untukmu. Tetapi untuk menenangkan hatiku yang rusuh amat di kala ini. Selamat pulang ke sisiNya, kaki tidur! Aku mencatat kisah kepulanganmu dalam sebak dan linangan airmata. Selebat hujan yang turun di luar di kala ini. Dan, aku tidak menduga sambungan talian internet hari ini adalah untuk mencatat kisah kepulangan engkau. Tuhan, bantulah aku. Mengawal rusuh di hati ini. Aku punya banyak tanggongjawab untuk dipikul keesokan pagi. Selamat pulang ke sisiNya, kaki t

Rindu

Kembali yang entah. Barangkali, not-not dan nombor telah menelan kata-kata indah.Hanya ini. Kata ayahanda, jika aku tahu menulis; mahu aku bukukan kisah duka mencari sesuap rezeki untuk kamu anak-anak. Ayahanda,kisah kita sudah tidak releven dengan isu-isu semasa. Aku menulis dan mungkin sudah masuk recycle bin editor media perdana. Maka ku tulis di sini sahaja; untuk aku supaya tidak terlupa sejarah. Nyanyian hujan dalam sajak Nyanyian hujan adalah seberkas kenangan silam bersama gadis-gadis kecil menadah kumpul air mata di dalam dulang sengsara bonda menadah air minuman dari pili jiran tetangga mereka menyuap nasi bertemankan sepat kering dikongsi dua Nyanyian hujan adalah nyanyi hiba gadis-gadis kecil dimarahi guru, buku tulis jelaga asap pelita Tika rumah tetangga terang bercahayakan lampu dan tivi berwarna mereka berkasut koyak, kuyup kebasahan meredah jalanraya Nyanyian hujan adalah nyanyi duka seorang abah berat bahunya, memikul beban kehidupan serba

Fiksimini yang bertukar wajah

Ini sahaja yang dapat saya kemaskinikan. Mencuri waktu dalam kesibukan. Sebetulnya saya tidak gemar mengggunakan kemudahan di tempat kerja untuk tujuan peribadi. Tapi saya terpaksa. Hanya rakan blogger terdekat sahaja yang tahu ke mana saya mnghilang. Terima kasih untuk sifu Azmah Nordin, Puan Nisah Haron dan rakan-rakan AVA yang tidak jemu menyokong. Terima kasih sekali lagi untuk pengunjung blog dan Majalah MW yang menyiarkan cerpen saya untuk kali kedua walau terdapat cantasan sana sini mungkin kerana kesuntukan ruang. Terima kasih untuk Fadhilah Ma'arif, rakan AVA yang memaklumkan saya menerusi email.

Terakhir atau barangkali banyak lagi

Terima kasih Tuhan, di sini aku terasa diriku 'ada' Secangkir Kopi Dingin,kosong tidak sehangat dulu ku sajikan untuk kamu mahu pergi dalam gelap bercelaru bukan membawa rajuk aku mungkin akan kembali sibuk mengatur kembali hidup sudah beberapa kali ku atur jarang sekali menjadi seperti ku mahu

Lima puluh enam ke empat puluh

Dia duduk-duduk di hadapan TV. Sambil menonton rancangan The Biggest Loser . Di tangan kanannya, ada sebiji burger separuh gigit. Tangan kiri menatang segelas Coke. Sebotol Coke di atas meja sudah tinggal separuh. Dia berdoa!

Sakit gigi

Rasa macam nak kurung orang dalam tandas awam  pun ada! PS:Bahasa aku 'baik' sikit dari bahasa dia kan? . . . Y ang , yu jangan kurung ai ye! . . Ok, tau,tau yu ramai peminat.

Rebiu Karipap-karipap Cinta

Apa yang anda bayangkan bila disebut 'karipap'. Sejenis kuih kegemaran ramai. Ada juga yang membayangkan unsur-unsur teeeet . Terpulang kepada anda. Saya baru selesai mengunyah "Karipap-karipap Cinta' hasil air tangan Vovin atau nama sebenarnya Nazri M. Annuar. "Karipap"yang saya perolehi dari bengkel AVA 11 April lalu. Lambat sikit nak megunyah, hatta karipap sekali pun. Al maklum, makcik sakit gigi. Susah hendak mengunyahnya. Saya membaca. Sambil ketawa mengekek-ngekek macam pontianak. Oleh kerana saya ponteng gotong royong membersihkan kawasan tempat tinggal saya(alasan: sakit gigi); maka tiadalah keberanian saya menghilai kuat-kuat. Walau hati saya, bagai digeletek-geletek bila membaca hasil tukangan Vovin ini. Gambar dan sinopsis di sini Karipap-karipap Cinta membuktikan bahawa cinta memungkinkan apa sahaja. Termasuk melakukan kerja-kerja gila tidak terjangkau dek akal. Vovin juga berjaya melunasi satira senario politik semasa menerusi watak Dato&

Sudah hilang seri

Tidak tahu mahu tulis apa sudah hilang seri sudah kurang ummpphh! Rehat sebentar hujan hari-hari yang basah begini barangkali tergelincir jika terus berjalan Dalam cahaya yang samar barangkali tersesat jika teruskan perjalanan

Menulis

Umpama menggubah sejambak bunga saya perlukan mata-mata kalian untuk melihat apa-apa yang terkurang dalam gubahan saya . . . , kadang saya tenggelam dan lemas sesat dan tak ketemu diri PS: Sukar mengorek sampah dalam mata sendiri.

Dilema

Kata teman-teman, dua cerpen saya dan entri-entri blog sangat ber'trademark' Jepun. Saya cuba lari dari mempunyai 'trademark'. Pelarian saya agak kurang menjadi. Mungkin kerana saya 'obses' dengan kebudayaan dan keindahan negara matahari terbit. Morita san, guru bahasa tidak berbayar saya telah berpindah beberapa bulan yang lalu. Sebelum berpindah, ditinggalkan saya CD dan buku kecil. Sekadar untuk mempelajari asas-asas bahasa ibundanya. Dia berpesan lagi. Menyuruh saya menyambung pelajaran dengan Watanabe san. Tapi macam selalu-selalu, saya perlu pergi tepat jam satu hingga jam dua. Ketika para petugas Muslim, balik berehat dan bersolat. Aduh! Bagaimanalah saya mahu pergi. Watanabe san itu lelaki. Saya ini perempuan. Dan saya tidak nampak sesiapa yang boleh dibuat kawan peneman. Supaya niat murni saya, tidak menjadi bahan gossip dan fitnah. Doraemon pun cakap Melayu. Bagaimana hendak belajar dengan Doraemon? Alangkah baiknya jika saya ada poket Doraemo

Magis yang saya cari mungkin sedikit sebanyak saya temui semalam

Ini cerita sehari sebelum bengkel semalam. Malam itu, saya tidak tidur kerana cuba menyiapkan beberapa perenggan Bab 2. Saya hanya tidur sesudah bersolat Tup ! Sebaik sahaja sahaja, saya membuka mata jam di telefon sudah menandakan angka 10 am. Saya bangun dalam keadaan serabut, terus mandi, bersiap ala-ala kadar sambil meminta suami menghantar saya ke tempat biasa. Di dalam hati, saya amat marah kerana dia tidak mengejutkan saya. "Cuba awak tengok tarikh tu betul-betul.." Saya pun membelek semua kalender yang ada. Ha!ha!!ha! Salah tarikh beb ! "Tu lah, jadi musang lagi. Kalau sakit, diri sendiri yang susah. Awak tu bukan sihat!" Encik Suami saya membebel-bebel. Benar! Hari Sabtu itu, saya demam dan sakit gigi yang gila-gila. Sakit urat saraf tidak usah cerita lagilah. Malamnya, seawal pukul 9 pm, saya sudah tidur, Macam mayat. Apatah lagi dengan kesan Diazepam dan lain-lain ubat untuk mengawal 'uncontrol movement' saya. * * * Saya ke bengkel dengan keadaa

Tuhan, kirimkan saya magis

Akhirnya, saya akui menulis bukanlah kerja enteng. Ia memerlukan latihan panjang; fokus dan komitmen yang cukup berdaya tinggi. Sesungguhnya, menulis di halaman blog jauh berbeza dari menulis yang sifu saya istilahkan karya berlian. Saya semakin hilang fokus. Hilang kata-kata indah. Dengan bicara lain semangat/motivasi terasa turun ke kaki langit. Tersangkut di bab dua. Sudah saya paksa diri. Asyik buka tutup folder. Asyik sunting dan sunting. Ah! Tolonglah saya Tuhan. Berikan saya jalan keluar. Menulis adalah nyawa, yang buat saya rasa suara saya didengari. Tuhan, kirimkan saya magis! Atau saya harus mencari magis.

Bukan untuk sesiapa

KEMBIRIKAN EGOMU Sebentar tuan kembirikan egomu turun dari tahta mencemar duli ke sini lihat kami Ketika longkang kami tersekat dan lubang air tersumbat ada sesiapa ambil tahu Maaf tuan guna otak kamu berbalut kertas ijazah/phd itu tengok-tengokkan kami yang buta, capik dan terteleng-teleng Maaf tuan lupakan sebentar tajam penaku kerana lidahku tidak celupar sepetah kamu bila berjanji ambil peduli tentang kami Tuan Jangan kau asyik megira laba perut kami juga kelaparan ada hutang yang perlu dilangsaikan kami pun mahu segar bernafas.

Ketika kita belum bersedia untuk banyak peristiwa tentang kedewasaan

Saya betul-betul hilang akal untuk mencoret sesuatu di laman. Sudah lama tidak berfiksi. Jadi saya terbangkan enteri dari blog tersorok ke mari. Sekadar-suka-suka berkongsi cerita awal remaja. Insiden begini mungkin tiada kaitan dengan adik-adik dan anak-anak zaman sekarang di mana ibubapa lebih bersikap terbuka dan maklumat diperolehi di hujung jari. KAWAN MERAH. Usianya ketika itu baru sebelas tahun. Kata emak dia sudah besar. Emak juga berpesan jangan lagi bermain ‘aci ligan’ atau ‘sorok-sorok’ dengan Azmi. Dia angguk walaupun tidak faham. Emak pesan, jangan dekat dengan mana-mana budak lelaki. Jangan berlari-lari ke sawah kontang dan bermain layang-layang dengan Mohsein lagi. Jangan itu dan jangan ini. Lama-lama dia naik bosan tahap gaban. Dia tahu kenapa Setiap bulan ‘kawan merah’nya datang. Dia benci kawan barunya itu. Entah datang dari planet-planet mana. Dia benci! Sunguh-sunguh! ‘Kawan merah’ yang datang s

Kata kunci

Sudah dua minggu tidak mengemaskinkan blog. Jika rumah atau pejabat pastinya penuh sarang labah-labah, sarap-sarap sampah. Mungkin juga tahi cacak. Tadi saya memeriksa akaun Nuffnag. Dan kata kunci yang saya temui amatlah menggeletek hati. Di antaranya termasuklah yang berikut Jowopinter Qusnan Munazarif. Silalah bersuara seperti dahulu kerana ada orang sampai ke blog ini kerana mencari kamu ha!ha! waterlily blog 19 gambar rumput kerbau 2 gambar konvokesyen plpp bangi 2006 1 lukisan bunga water lili 1 apa bunga kesukaanmu?lily 1 cerpen pelangi 1 krayon maskara 1 bahan siaran tentang cinta 1 waterlilysicksadcity 1 jowopinter q. munazarif

Doakan dia

Semalam. Sepanjang perjalanan dari hospital Putrajaya, airmata saya tidak mahu berhenti mengalir. Hati saya luluh melihat penderitaan yang ditanggongnya. Saya sempat bertemu Akirasuri yang membaca blog kami berdua secara diam-diam. Cantik dan manis orangnya. Kami bersama melawatnya. Kami,saya dan dia tiada sebarang pertalian darah. Entah apa yang mennjadikan kami akrab. Mungkin kerana kelainan upaya ini. Di atas, foto saya dan dia- diambil penghujung Disember lalu ketika anak-anak Khadijah datang melawat saya. Di hari menjelang Krismas, di dalam bangunan pencakar langit milik si kaya-raya. Di mana kami, tidak mampu makan-makan di dalamnya. Akhirnya kami menjamu selera di sebuah gerai Kampung Baru. Dan, kami lepak-lepak di Pasar Seni. Tempat kegemaran kami. Kini dia terlantar bertemankan drip dan morfin. Hati seorang kakak manalah yang tidak luluh. Muha Aziz bertabahlah! *Saya hilang mood hendak buat apa-apa. Tapi saya sudah janji akan siapkan novel itu. Mudah-mudahan urusan k

Empat puluh tahun menghirup oksigen percuma

Sajak/puisi saya tidak pernah tersiar, walau sudah berpuluh saya hantar. Saya anggap mungkin bukan rezeki dan kemampuan saya. Jadi, sempena ulangtahun ke 40 kelahiran saya bersiaran di sini sahajalah. Kepada Pemberi Jiwa Aku sedar itu dan ini Kediaman dunia sudah menghalau pergi Kediaman akhirat memanggil-manggil ke sisi Malaikat Maut semakin kerap menziarahi PS: Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengiringkan ucapan via FB dan sms.

Siaran semula Cerpen"Pelangi Cinta Watanabe"

Bukan mahu berbesar diri, tetapi cerpen "Pelangi Cinta Watanabe" saya disiarkan kembali di halaman ini semata-mata menghormati permintaan sifu saya - Sifu Azmah Nordin. Moga-moga yang tidak sempat membacanya dan rakan-rakan sekelas maya saya memperolehi munafaat dengan siaran semula di sini. Saya juga berharap ada kritikan yang membina; maklumlah saya budak tua yang sedang bertatih dengan pena. MALAM itu dingin. Gelap kehitaman menempel pekat di dada langit. Bagai contengan rona hitam yang dipalit-palit tanpa tujuan di atas kanvas siang tadi. . Gelap dan pekat kehitaman memyiram mana-mana posisi yang diingini. Kedinginan begitu menyentak tubuh. Ninnie cuma bersendirian. Dia seolah mendengar langit gelap berbisik, “Dia telah membuatmu menangis, adakah kau mahu terus mencintainya?” Ninnie bungkam. Dia masih mendongak ke langit yang gelap. “Wahai bintang, apakah kau meninggalkan langitmu malam ini?” Angin berhembus semakin perlahan dan kedinginan semakin teras