Langkau ke kandungan utama

Surat Kepada Kerajaan 1Malaya

Kerajaan 1 Malaya


Melalui
Kementerian Kesihatan Malaya

Tuan,

PENGEKALAN STOK UBAT-UBATAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saya sungguh dukacita di atas pengurangan dos ubat-ubatan saya, terutamanya Diazepam dan vitamin-vitamin yang biasa saya perolehi secara percuma seperti Vitamin B, Multivitamin dan Folic Asid.

3. Saya berada dalam keadaan yang amat tertekan, kerana terpaksa berkerja dalam kesakitan dan ditempatkan di sebuah bangunan yang juga merupakan 'projek sakit'.

4. Diharap pihak tuan memahami permasalahan saya dan lebih-lebih lagi istilah 'projek sakit' yang saya maksudkan. Kerjasama pihak tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.Terima Kasih.

s.k :1. Encik Kontraktor

Surat ini adalah cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan.
Surat ini adalah tulisan penulis blog. Nama dan alamat pengirim juga tidak diperlukan.
Sila abaikan surat ini sekiranya pengurangan dos ubat-ubatan dibuat atas faktor bukan ekonomi.


Amacam surat gua? Ada orang terasa makan cili tak? Bulan Ramadhan, kenalah berbahasa molek-molek sikit.

Ulasan

Brader Black berkata…
Tak cukup cili lagi tu kak.
Celah2 gigi je tu.
tasekM berkata…
kak, sungguh ka depa kurangkan ubat...? tak patut sungguhhhh...



.
puding roti berkata…
hihi. lucu bc 1st komen tu.

kakak kakak sy pernah hntr surat kt majlis, syarikat mengeluar produk,developer. diaorg bls tp tak bg kepuasan hati. sy pernah tepon pejabat adun dan jugak pulis, tp bkn 999 tp no balai. tak repot cuma borak2 dan mengadu. herannya rs lega juga. tp dlm ms yg sm rs gagal sbb kita 'kenit'. lps pd tu, kalo sy tak puas ati dgn apa2, sy senyap je, tak hntr surat lg. sy sedih sbb sy mudah berputus asa :(

panjangnya. pastukan mcm terpesong. cikit
Lily Abdullah berkata…
Jo,
Kalu gua tambah lagi s.k. nya baru cukup cili kan?

contoh: KPM, PPD, JPS, JKR bla..bla..bla..

:D

Tas,
Betul dik oi! Sekarang aku kena jimat makan separuh je Diazepam
haha!

Adik Puding,
Kang kalu akak tulis betul2 ada yang kena pecat. Akak laaa...kita cuma orang kecil dik. Gaji ciput dengan tanggongjawab besar.

Apa2 hal nanti,kitalah bakal dijadikan 'kambing hitam'

Adessss!
sinaganaga berkata…
Tak cukup pedas lagi ni! He he.
Lily Abdullah berkata…
Bang, gua tak tau tulis macam En Jones haha!

Lu sihat bang?
Makbonda61 berkata…
Pn Mar,karangan surat kiriman anda lulus,saya bagi A- boleh poskan sekarang.
Lily Abdullah berkata…
Kak Has,

Hari-hari dok tengok surat gitu gaya, mesti dapat A la kak hehe..

Eh, bukan akak cikgu Sejarah ke?

Selamat bersahur kak.

Saya masih menulis. Terkial-kial mencuri waktu; walau bukan di laman ini lagi. :)
Amiene Rev berkata…
puasa adalah penawar yang berbeza daripada kebiasaan.
Nizam.Ariff berkata…
dah la sakit, projek pun sakit...

Apa yang sihatnya ek?
Ismail Fitry berkata…
Salam,

Membalas kunjungan :)

Nice blog anyway. Nanti nanti saya datang buat kunjungan lagi...
en_me berkata…
salam ramadhan akak lily itteww..
kad0k. berkata…
masih berbahasa kak..:)
Lily Abdullah berkata…
Kadok,
ye..ye..masih berbahasa, tapi kadang orang tak faham. Dia suka bahasa sepak terajang.

Me,
Salam Ramadhan dan selamat berhhari raya :)

Aimein,
Lama berpergian :)

En Mael,

T.kasih di ats kunjungan balas. Selamat berhari raya di rantauan.

WL ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada rakan2, rakan2 blogger yang pernah bersua @ tidak serta pembaca senyap blog ini.

Tidak lupa kepada sifu2 saya dan rakan2 AVA.

Tq
Pa'chik berkata…
oit oit... hang tak rasa lagu kuceng mengiau peti sejuk ke??? :P
Lily Abdullah berkata…
Hang jangan tak tau pakcik, kucing boleh tukar jadi harimau, kalau dia betul2 marah. Malas la, aku nak marah2 bulan baik ni.

Bulan lain kang kucing dalam peti sejuk mungkin keluar. Dari mengiau kepada mengaum dan menerkam.

Tak pun aku santau je :D

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.