Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Demi bebaris puisi yang selalu kau bilang puitis

Sumber Sebutir dua plum gugur dipetik lentik jari-jari angin dan aku pungut kupas dan kunyah masam dan kecut pada hari suara sepatumu kian menjauh dari daun pintu Dalam kesenyapan aku merangkai-rangkai cerita sendiri sebuah hutan tumbuh di halaman entah di mana diletakkan tepian aku tersesat sendirian Kuhirup kopi sebelum dingin kau tahu, kopi itu kuhirup sambil tersedu-sedu     alangkah sendu bunyi sudu dan cawan beradu Tunas hijau hujan mulai berdaun lebat aku melihat bayangmu sekelibat lalu lesat ke arah tak kuingat Sore itu jarum jam terus menjauh di beranda aku beku di manakah kau? Bukit Changgang, Banting  ps : Geram. Kemaskini web asrama susah sangat nak menjadi. Kemaskini blog senang pulak. Saya syak Encik Google sabotaj saya :p

Tanpa tajuk

Seorang aku masih lagi belum berganjak dari pelantar mimpi walau jasadku telah terbuat tugasan lain Aku sang pemimpi sedang melunasi amanah demi kelangsungan hidup mencuri seminit dua waktu melampirkan gian meneruskan larian di litar kehidupan ps: contoh kerja - laporan pematauan,laporan kerosakan, mengelidah dapur orang, analisa peperiksaan. penarafan itu ini.. Aduh! aku wajib  bersangka baik sama Tuhan Sila abaikan tulisan bodoh ini. Nanti aku padam dari entri.

Hujan,pelangi dan sepotong puisi

Sumber Di halamanku Hiroshi, langit kembali mengulurkan hujan senja tadi. Seperti   selalu, berjuta neuron mengirimkan kisah yang cuba kita dimakamkan sebagai kenangan di musim   ume gugur tujuh musim yang   lalu. “Musim hujan selalu saja kembali seperti ini“ Lantas aku   serius mengatakan kesedihan akan berkembang biak.   Aku merungut tentang kesulitan yang beranak-pinak. Engkau lelaki dengan tubuh yang pernah disinggahi peluru terus menyanggah bicaraku. Katamu musim hujan bukanlah kesedihan yang total. Engkau bersuara lembut. Cuba meyakini diriku. Katamu lagi, hujan adalah kesedihan yang merindukan warna pelangi. Warna pelangi adalah keriangan dan keceriaan. Keriangan dan keceriaan adalah puisi. Puisi paling puitis. Semakin hari, perkara yang paling aku geruni pasti berlaku jua. Wajahmu   semakin samar dari ingatan. Jika aku gagal menulis tentang kamu Hiroshi, pasti senyum dan tawa   kamu akan terus terpadam. Aku enggan membiarkan ia terjadi. Kera