Langkau ke kandungan utama

Tanpa tajuk

Seorang aku
masih lagi belum
berganjak
dari pelantar mimpi

walau jasadku
telah terbuat tugasan lain

Aku sang pemimpi
sedang melunasi amanah
demi kelangsungan hidup
mencuri seminit dua waktu
melampirkan gian
meneruskan larian
di litar kehidupan



ps: contoh kerja - laporan pematauan,laporan kerosakan, mengelidah dapur orang, analisa peperiksaan. penarafan itu ini..

Aduh! aku wajib  bersangka baik sama Tuhan

Sila abaikan tulisan bodoh ini. Nanti aku padam dari entri.

Ulasan

tasekM berkata…
tak payah padam kak...

:)



.
Nizam.Ariff berkata…
kak, bukan semua orang dapat mengerjakan kerja yang dia suka kak... kita buat je la asalkan kita dapat rezeki tu, kak...
p_kadok berkata…
akak sehat?
Tas,
Aku tak padam. Biarkan je,,

Zam.
Ye betul. Terimalah hakikat..

Kadok,
Akak sihat & beransur pulih :)

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…