Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Sekadar sebuah certa.

Katakanlah anda memiliki hidung yang tidak sempurna. Semua orang sentiasa fokus kepada ketidaksempurnaan itu tanpa mereka menyedari anda memiliki sepasang mata yang cukup cantik menawan Dan ada seseorang yang baru anda temui, mengatakan kekurangan anda tanpa berlapik berkias. Berhadapan, secara terangan-terangan seolah anda adalah sebuah android. Bohonglah, kalau anda tidak marah, berkecil hati dan rasa terhina amat. Lebih menjengkelkan, orang itu pertama kali anda temui. Ah! Sukarnya menjadi saya. Saya sedang cuba memaafkan orang yang menjengkelkan diri saya pagi tadi kerana di kedua-dua tourial semalam saya bertemu dengan mereka yang nampak akan kecantikan mata anda dan melupakan kekurangan yang ada pada hidung tersebut '(senyum) Jadi bergembiralah dengan lagu ini.

Lelah

Di luar sana hitam pekat. Lampu-lampu di sekeliling kediaman tetap setia menyapa. Namun cahayanya tidak cukup terang buat saya. Saya dihambat kesunyian yang menjadi-jadi. Hasilnya cuma satu entri blog. Di kaca tv, wajah si hero 24 kelihatan berbalam-balam. Ah! lelah memilih perkerjaan yang tidak sealiran dengan jiwa. Kerana yang benar-benar saya ingini bukan sekadar kerja. Saya mahukan kerjaya. Ah! Ampun Ya Allah. Saya tamak

Perihal Jatuh

Salah satu masalah kesihatan akibat ketidakupayaan saya adalah gagal mengimbangkan badan seperti orang lain,. Dengan lain bicara, saya mudah terjatuh. Sejak keadaan kesihatan saya berada di tahap yang kurang memuaskan akibat pertambahan usia masalah mengimbangi badan semakin ketara. Seingat saya, sewaktu kecil saya juga kerap terjatuh. Sampai kini pun, saya memang tidak boleh berdiri atau berkerja mengikut kemahuanh hati. Semalam, saya jatuh lagi. Dahi lebam. Darah mengalir laju, sampai membasahi baju T yang dipakai. Mulanya saya ingatkan jatuh yang biasa-biasa sahaja. Paling tidak terseliuh kaki dan menyebabkan saya tidak boleh berjalan beberapa hari. Saya panik. Apabila mendapati darah mengalir tanpa henti. Jiran-jiran baru saya datang dan membantu membawa saya ke hospital. Terus disorong ke wad kecemasan. Siap dipasang drip dan tekanan darah diambil. "Ah! Kepala aku. Habislah..," Fikir saya. Kepala adalah segala-galanya. Kita bisa hidup tanpa kaki. Tapi yang hidup tanpa k

Beku

Dia berharap. Moga ada kalimah-kalimah indah muncul di dalam setiap mimpi-mimpinya. Malangnya dek kerana kelelahan berkerja dicampur dengan kesakitan-kesakitan fizikal dia tidak pernah bermimpi lagi. Atau dia mungkin terlupa akan mimpi-mimpi itu. Lalu dia mendongak ke langit. Kecerahan langit buat dia kembali tersenyum. Ah! Kalau pun hujan tentu ada musimnya.

Dunia Anak Wayang

Saya tidak banyak tahu tentang dunia kamu. Namun apa yang saya perhatikan malam tadi, asing benar dengan dunia kekampungan saya. Tidak mahu menulis panjang lebar. Nanti orang bilang saya polis moral. Mudah-mudahan, saya tidak tergolong di dalam golongan yang sering menyumpah keaiban dunia seni yang kamu perjuangkan Saya sekadar mahu memuji. Memang kamu anak wayang sejati! Maafkan saya! p.s. sekadar catatan peribadi selepas menonton secara 'live' program 'Pilih Kasih' di studio RTM Senawang

Rindu

Rindu mungkin atau mencari kekuatan untuk kembali menyambung tulisan yang tertunda, Lalu selepas peperiksaan semester akhir bertempat di Shah Alam, saya pun merayau-rayau ke pasaraya; bahagian menjual makanan popular negara matahari terbit - sushi. Ah! Betapa saya rindukan Nishiawaji. Bau lorong-lorangnya, bau pangsapuri sempit Kawakita san dan pokok-pokok ros dan pokok herba yang di tanamnya. Selamat Tahun Baharu 2011.