Langkau ke kandungan utama

Sekadar sebuah certa.

Katakanlah anda memiliki hidung yang tidak sempurna. Semua orang sentiasa fokus kepada ketidaksempurnaan itu tanpa mereka menyedari anda memiliki sepasang mata yang cukup cantik menawan

Dan ada seseorang yang baru anda temui, mengatakan kekurangan anda tanpa berlapik berkias. Berhadapan, secara terangan-terangan seolah anda adalah sebuah android.

Bohonglah, kalau anda tidak marah, berkecil hati dan rasa terhina amat. Lebih menjengkelkan, orang itu pertama kali anda temui.

Ah! Sukarnya menjadi saya.

Saya sedang cuba memaafkan orang yang menjengkelkan diri saya pagi tadi kerana di kedua-dua tourial semalam saya bertemu dengan mereka yang nampak akan kecantikan mata anda dan melupakan kekurangan yang ada pada hidung tersebut

'(senyum)

Jadi bergembiralah dengan lagu ini.

Ulasan

tasekM berkata…
aku juga rasa.
sungguh sukar menjadi aku...





.
Aku berkata…
fitrah manusia kat...
Tuhan beri penglihatan kepada kita, dan Tuhan suruh lihat ciptaan dan bersyukur...
insanmelankolik berkata…
manusia..kadang-kadang mereka tidak begitu pasti dengan apa yang mereka lakukan.. jadi..biarkan saja..

Catatan popular daripada blog ini

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.  
Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia.
Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook.
Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan.
Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza.
Masing-masing ada ego. 
Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu berdosa amat, barangkali a…