Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

“So many books, so little time.” ― Frank Zappa

Banyak la kau punya cengkadak alasan kan Lily? Itu belum kira Kecubung dan ada beberapa buah lagi di dalam almari.  Yang dipinjam dan dibeli. Buku-buku dalam foto pertama adalah hadiah dari Hana Tajimakira semasa kami ngopi bersama tempohari. Hadiahkan lagi ye ? Eheh tamak la engkau Lily. Bila nak mula marathon ni? Buku mana dulu? Suggestion please ! Alah..balik-balik kau ulang Laskar Pelangi jugak.

Dunia kucing saya

Budak Blackie ni bulunya kian botak. Banyak fikir kut :p Hari cuti. Tidak jadi buat OT. Baru tahu,  di rumah bersama sebakul warga Afrika  agak memenatkan. Masa inilah mereka nak demand. Biskut-biskut tak mahu layan. Tidur pulak, tempat yang kita tak izinkan. ps; Mereka kehilngan ibu kira-kira 2 minggu lepas. Tamtam kucing yang saya pelihara tidak sampai setahun.

Entri ke 401

Rasa nak tutup blog. Sudah bosan barangkali. Hujung minggu dan cuti tahun baru Lunar diraikan dengan berkerja. Sebuah cerpen indie untuk kamu yang belum pernah membacanya. KABUS  (Versi indie) Jam 10.00am. Ella terpisat-pisat bangun sesudah kembali tertidur jam 07.00am tadi. Dia merasa letih bercampur sebal. Diselak selimut, dia bangun dalam keadaan seribu tahun mengembara di Sahara. Ella mengesat-ngesat matanya yang degil mahu celik. Dikesat bibirnya. Liur basi bertempekan sana sini. Ella pandang cermin solek. Semakin buruk rupanya. Kecantikan pudar sudah. Musim bunga berlalu dan kehidupan perlu diteruskan walau apa berlaku. Ella tidak bingkas lagi seperti dulu. Tiba-tiba dia rindu mengejar komuter UKM - KL C dan elarti KL C - Asia Jaya. Dia rindu terkejar-kejar selapas kerja ke Sentul dan KLPAC. Dia rindu berjalan-jalan dari Stesyen Awaji dan sesat-sesat sebelum sampai ke studio latihan Kim san atau apartmen Kawakita san. Dia rindu kepada anak-anak

Geram

Pagi tadi.  Kemaskini blog. Jam 7.00. Setengah jam aku menaip. Tiba-tiba pc sabotaj. Internet dan pakcik Gugel tumpang sekali.  Punya la susah payah aku menaip.  Tiba nak publish, hilang. Tengok dalam draf tak autosaved. Kalau kau, ada tak rasa nak mencarut? Eheh..entri ni berbunyi macam Puan TasekM. Bukan Puan Lily.

Warkah terbuka - semoga kamu ambil peringatan

Kau dan aku bukan siapa-siapa. Kita saling kenal kerana sebuah artikel di surat khabar. Selebihnya kita ber'sms' . Jadi kau jangan marah kalau aku tidak membalas. Aku kadang memerlukan ruang untuk diri.  Bukan aku tidak simpati atau memahami. Aku pun pernah melalui hari-hari yang sunyi. Garis masa yang tiada sesiapa pun mahu lalui. Okay, kau kata aku boleh berjalan. Tidak sepayah engkau hanya mengesot dan dunia engkau hanya dalam rumah.  Ya, barangkali benar. Tetapi jika kau benar-benar kenali aku, kau pasti tidak ucap begitu. Apa kau fikir aku tidak pernah menjadikan rumah itu duniaku. Aku pernah kawan. Jangan kau cuba beritahu aku kepedihan itu.  Aku nasihatkan engkau kawan. Belajar dan cari ilmu sebanyak mungkin. Tapi kau tidak pernah mahu dengar.  Asyik kirimkan aku puisi melancholia . Sekali lagi, aku ingatkan kawan. Puisi begitu tidak meredakan kelaparan. Sama sekali tidak menghilangkan kehausan.  Untuk basahkan tekak pun, kau perlu

Orang Kelainan Upaya: Antara imej di media dan realiti

Disclamair : Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, "Orang Kurang Upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.   Istilah cacat, kelainan upaya serta lain-lain istilah kadang menjelakkan digunapakai sekadar istilah mempelbagaikan perbendaraan kata kamus dewan. Hakikatnya, istillah-istilah ini tidaklah membawa golongan ini ke mana-mana tanpa empati dari masyarakat. Betolak kepada persoalan imej OKU di media-media arus perdana, di dalam sesetangah situasi memperlihatkan ada kecenderungan 'melupuskan' ketidakupayaan dan kepayahan yang dilalui oleh golongan ini.  Kesukaran-sukaran yang diharungi oleh mereka seolah mahu ditutup rapi. Karenah birokrasi untuk mendapatkan hak 'didiamkan'. Jika perlu 'disenya

Belajarlah memahami

Kamu, ambil sekeping kertas dan tulis 50 patah perkataan. Mudah?  Pusingkan badan kamu .Mudah ? Siapkan satu surat dalam masa tidak sampai 5 minit. Mudah bukan ?  Jika semua soalan  yang aku tanyakan di atas jawabannya 'ya'. usah banyak bunyi dengan aku. Foto dicuri dari FB Kak Ja. Terima kasih. ps : Jawapan kepada status seseorang di Facebook.

Rupanya tanduk juga berguna

Semalam. Saya jumpa bos. Minta cuti. Saya kata mahu ke pejabat kampus induk universiti. Saya sudah banyak tertinggal.  Saya ada enam jam kredit lagi  untuk dihabiskan. Bos salah faham. Dia fikir saya mahu ambil cuti tanpa gaji untuk menghabiskan pengajian saya. "Habis tu, siapa nak tengok dan pantau asrama ?" Dia tanya. Muka nampak macam riisau. Owch! Tanduk ini berguna juga rupanya  Saya senyum-senyum. Dalam hati berbunga-bunga. Macam orang jatuh cinta. Sebenarnya saya mahu pergi ke tempat lain. Bertanya tentang status saya dan proses pertukaran. Sekadar bertanya. Belum lagi membuat keputusan. Kalau dia tahu, tentu dia meroyan ha ha.

Masih rasa nak me'rebel'

Aku. Berjanji dengan diri. Tidak akan buat kerja hujung minggu lagi.  Tadi aku tiba-tiba tercakap ke kakak PAP (Pembantu Am Pejabat) "Kak Mie, hujung minggu ni free tak?" "Free " Jawab kak PAP.  "Nanti Kak Mie tolong.."Sambung kakak PAP yang memang sudah kenal maksud pertanyaan itu. "Tak pe lah. Tak jadilah kak" &&&&& Tadi dia tegur. "Kata tak nak bawak balik kerja ke rumah. Ni apa?" Sambil tunjuk-tunjuk gambar tandas tersumbat yang aku tengah sunting copy dan paste masuk ke MSWord. "Alaa..gambar je.." Bos kata esok laporan ni mesti sampai ke PPD.  Bos? Aku cepat-cepat ubahsuai halaman blog. Ucwh! Rasa nak menendang tong sampah masih ada.

Catatan Hari ke 8

Masuk hari 8  Sudah-sudahlah dalam catatan mood terluka.  Aku cerita benda lain pulak. Suatu hari adik warden merangkap jiran tingkat atas kediaman aku ternampak aku sedang menulis komen di blog Remy.  Dia kata di FB borak dengan Remy, di blog borak dengan Remy jugak. "Siapa Remy ni ? Kak kenal ke ? "Tanya adik warden. Serius. Sambil ketawa terkekeh-kekeh, aku kata kenalan maya saja. "Oh! Kekasih gelap ya..cakap dengan abang hihihi.." Aku ketawa sampai tak keluar suara. Remy, siapa kau? Lagu ini untuk kekasih-kekasih gelapku :p

Menukarkan tribulasi kepada nikmat siri 2

Life is like a book everyday has a new page with adventures to tell, lessons to learn, and tales of good deeds to remember have a good episode. ~Maman via email empat tahun lalu ~ Tebalnya buku kehidupan. Saya berkongsi sebahagian bersama. Sejujurnya, masih berusaha menukar tribulasi kepada kenikmatan. Sebagai pesakit saraf yang agak kronik, ubat-ubatan akan menjadi teman sepanjang hayat. Insiden tersalah suap ubat beberapa kali berlaku. Kadang, dalam situasi kelam kabut kesilapan boleh terjadi dan setakat ini syukur belum sampai tahap perlu muntah dan masuk hospital. Situasi 1 Saya pernah tertelan dua biji Diazepam. Akibatnya, saya khayal-khayal dan tertidur sepanjang hari. Situasi 2 Bulan lepas,ketika mengambil bekalan ubat di HKL saya bersua dengan seorang lelaki Cina yang mengamok sakan kerana petugas farmasi enggan membekalkan Diazepam kepadanya. Moralnya, situasi tersebut mungkin terjadi kepada saya kerana Diazepam merupakan ubatan

Rebel cara aku - Siri 2

Pergi kerja tepat lapan pagi. Balik tepat lima petang, Pasang azam aku tidak akan kerja hujung minggu lagi. Dem! Semalam kontraktor baiki PA Sistem datang jam lima petang.  Hu ha hu ha..aku kena balik jam enam Semalam bos minta buat sijil penghargaan untuk para penyumbang dan bekas ahli jawatan kuasa tahun 2011. Siap ! Tapi ada sesiapa ingat tukang buat sijil penghargaan yang dimarahi bos depan orang ramai dua hari lepas?  Ada sesiapa ingat masa dan tenaga yang aku telah sumbangkan ? Plop!  "Tuhan ingat " Entah dari mana tiba-tiba Khadijah muncul Benci la engkau adik. Kenapa cakap kau sentiasa  betul dan benar.

Cuba menjadi rasional

Sangat mengantuk. Pagi tadi pergi kerja dengan mata sembab dan bengkak. Bersama luka yang masih tersisa. Air mata puas diseka. Asyik mau mengalir saja. Adik warden tertanya-tanya dan saya pun bercerita sambil menyapu air mata. Saya kata gred dan nama jawatan pun sudah bertukar. Maknanya saya tidak perlu duduk sekolah lagi. Boleh minta pindah ke Kementerian atau Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tapi saya sayangkan tempat ini. Jiran-jiran berbudi dan kawan-kawan baik hati. Kakak cleaner baik. Kakak cleaner siap tanam bunga dan hadiahkan saya dua pasu pokok bunga. Saya selalu bercerita hobi saya menanam pokok. Saya suka bercakap dengan pokok. Saya beritahu mereka, saya nak korek tanah belakang bukit mahu tanam pokok. Mereka kata melarang saya. Malah usik-usik saya lagi.  "Nanti malam, kalau Mar mimpi minta dipulangkan tanah tu macam mana?" Usik Kak Rohaya. Kak Jah, Kak Intan dan Kak Misliah ketawa terkekeh-kekeh. Akhirnya Kak Aya bawakan saya dua pasu pokok dari ruma

Rebel cara aku

Sesudah banyak kerja yang kau buat tanpa banyak soal atau berkira tentang masa yang salah juga kelihatan  di mata dia kelemahan jua yang dijaja Sebagai manusia yang serba lemah  dan penuh sifat mazmummah dan nafsu amarah Jujurlah jawab dengan diri  ada tidak kau rasa mahu terajang tong sampah atau bakar kereta besar dia ? Kalau betul aku terajang tong sampah mesti ada yang kata ish..ish..tak padan dengan rupa Maka aku pilih untuk menangis sepuas hati malam ini. Sebuah lagu sebagai escapism

Azam Baru

Hari baru di tahun baru masih dengan sambungan azam yang lama dan sama. Ketika orang lain ber'hu ha' ber'hu ha' mengabiskan cuti tahunan, saya menghabiskan hujung minggu bersama Encik Warden, kakak dan adik warden serta abang jaga mengira berapa loker yang rosak, berapa harus ditagging semula dan berapa harus di duplicate kan smula. Itu sebenarnya tugasan saya. Entah bagaimana kepayahan tiba-tiba menjadi mudah dan dipermudahkan Tuhan. Sungguh! Dua hari lepas saya sangat tertekan. Sehingga terkeluar perkataan yang bukan-bukan. Berhenti kerja atau bertukar atau pura-pura jatuh sakit. Oh! Tidak itu bukan saya. Barangkali sebahagian sifat pengecut yang terkurung dan terperam lama dulu. Apa yang saya pelajari di dalam madrasah kehidupan 2011 ialah jika ada satu tangan yang cuba menolak kita ke bawah, barangkali juga melenyek dan memijak kita maka; Tuhan akan hantarkan seribu tangan untuk menyokong dan menarik kita ke atas semula.