Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Susan Boyle, ♪ ♫ ♪ ♫

Dia membuktikan, perpatah “don’t judge the book by its cover” bertepatan sekali. Pada pandangan saya, dia tidak mempunyai faktor x; cuma wanita biasa-biasa dan telah berusia. Kini, dia adalah fenomena rancangan hiburan realiti seluruh dunia. Inilah transformasi tulen. Bukan seperti yang dicanang-canang di Malaysia. Bukan hanya orang cantik sempurna yang dicanang taja dan dipuja-puja. (Bukan maksud saya mencemburui orang cantik). Bersyukurlah, jika kita dilahirkan cantik sempurna fizikal. Saya berharap, benar-benar berlaku transfomasi dalam industri hiburan tanahair. (dunia politik juga eheem !) Dan Susan Boyle, membuktikan paras rupa bukan segalanya untuk berjaya. ------------------------ Satu cerita lain yang berkaitan. Di dalam dunia pekerjaan misalnya, para majikan meletakkan pra-syarat berpewatakan menarik (sebagai contoh) bagi calon untuk sesuatu jawatan; bagi saya ini adalah diskriminasi yang cukup melampau. Namun, begitulah realiti dunia hari ini. Perlu diterima dengan berlapan

Selamat Ulangtahun Muhammad

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke tujuh Muhammad. Mudah-mudahan kau benar-benar menjadi yang terpuji Jika kau sehelai kain putih, belum separuh kami corak warnakan hidupmu. Kau istimewa, kerana satu-satunya zuriat lelaki dalam keluarga. Dewasa nanti kau, bonda doakan menjadi pendinding kedua kakak dan adik perempuan Besar menggunung, setinggi awan; bonda sandarkan seribu harapan Mudah-mudahan, engkau berakhlak seindah Nabi Junjungan SAW. Selamat ulangtahun yang ke tujuh Muhammad. Mudah-mudahan kau benar-benar menjadi yang terpuji ~ bonda menulis, bagi pihak bondamu Khadijah~ Ps: Selamat hari guru untuk guru-guru yang dikasihi dan teman-teman blogger yang bergelar guru (secara rasmi ataupun sebaliknya)

Award?Layankan sahaja.:D

Saya ingin menulis. Sirna ilham. Sudah berhari rasanya tidak kemaskinikan halaman ini. Apa kata, saya pergi ambil award sajalah. Award yang satu ini dari halaman Aie Akaike. dan yang ini dari laman Cikgu Alya ,silent reader blog saya dan saya juga adalah silent reader blog dia. Bagi mendapat award ini, perlu menjawab sesuatu macam taglah juga. Okay, layankan sahaja 1. Nama panjang : Teratai binti Abdullah (dia cakap nama panjang kan, bukan nama ikut kad pengenalan haha!) 2. Nama sederhana panjang: Water Lily. 3. Nama pendek: Lily (ikut terjemahan pakcik, Liliair, Water - Encik Naga panggil) 4. Berzodiak Pisces, 16 Mac 1970. (Ala, makcik bukan artis nak berahsia pasal umur haha!) 5. Rumah: Yang ni kena rahsiakan. 6. Sukakan gadis yang berwajah, woo akak bukan lesberianlah! 7. Peminat tegar CSI 8. Kerja: melepak layan TV, blog, pokok ros dan kucing 9. Minat yang mendalam pada kesenian menjaga kucing. 10. Pernah bercita-cita untuk menjadi doktor, pakar bedah atau doktor haiwan haha! Pra

Hormatilah sesama kita

Kotak/peti jerit ( shout box ) itu saya letakkan untuk kemudahan untuk mereka yang tidak berapa rajin meninggalkan komentar di entri-entri saya. Saya memahami, jika ada blogger-blogger baru yang mahu dan ingin memperkenalkan laman-laman mereka, boleh juga menjerit di kotak itu. Jika ada yang mau berbisnes , silakan beritahu laman mereka di situ. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ruang saya, yang tidaklah sepopular mana ini dapat membantu perniagaan sedang yang mereka usahakan. Seperkara lagi, saudara Zulkifli Mohamed ; mencadangkan saya meletakkan kotak jerit di laman terang saya. Kadang kala, tidak dinafikan saya agak cemerkap dalam ejaan. Biar pun berkali diulang semak. Mempunyai sahabat blogger, sepertinya membuatkan saya merasa bertuah. Dia selalu datang, menegur kesilapan ejaan saya. Kadang berulang kali dalam seminggu. Namun, ada juga segelintir hamba Allah yang tidak tahu (mungkin sengaja atau alpa atau sekadar suka-suka) meletakkan mesej yang bukan-bukan di peti jerit saya. Cubal

Hidupku kini sangat perlukan marshmallow

Minggu itu, untuk kali keduanya aku terkedang semula di pembaringan. Tangan di sebelah kanan rasa seakan mahu lumpuh. Aku mencapai pen dan sekeping kertas; cuba-cuba menulis menggunakan tangan kiri. Di atas katil, aku cuba menulis sesuatu. Satu demi satu abjad; adalah amat tersiksa cuba-cuba membiasakan diri menjadi kidal. Hidupku kini sangat perlukan marshmallow Untuk memaniskan hari-hari yang slow Sambil-sambil aku teringatkan Lorna, yang selalu membawakan kami marshmallow yang manis berkrim semanis wajah kacukan “Chinese Japanese”nya. Hidupku kini sangat perlukan marshmallow Untuk memaniskan hari-hari yang slow ~THE END~ Buat julung kalinya, aku terasa puisiku umpama kempen mendekati penyakit kencing manis pula. Heh !