Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Huh!

Saya cuma mahu tersenyum sahaja, apabila terbaca akhbar NST hari ini. Malas, mahu komen panjang lebar. Sekadar mahu bertanya “Dato’-datin, Tan Sri-puan sri (atau mana-mana pak menteri atau pegawai-pegawai berkenaan) apakah kerana kami kurang upaya, kami tidak berhak menikmati hidup?” Apakah perlu, kami borosi hidup kami yang singkat dan terbatas ini dengan tangisan untuk seumur hidup? Dan ustaz-ustazah, apakah kami sahaja yang perlu berzikir dan berada di tikar solat dua puluh empat jam? Apakah kami sangat buta agama, jika berkeinganan seperti manusia lain selayaknya? Baca sini . Dan puak-juak suratkhbar tulisan/berbahasa Melayu serta tivi, sudikah kalian ketengahkan isu-isu begini? Dan sepekara lagi, buletin-buletin dari parti pembangkang juga.(Jangan lupa, undi kami juga anda tagih). NGO-NGO, kenapa senyap sepi tidak bersuara?

Sebuah cerita ketidakprihatinan.

Ini cuma dua kisah yang terkumpul menjadi satu. (sebuah cerita ketidakprihatinan) Satu. Satu pagi, May terbangun lambat. Terlewat ke tempat kerja, sudah pasti bos perempuan itu memcemik muka. Sebagai manusia biasa, May sensitif okay. May perlukan pekerjaan dan dia berusaha sedaya mungkin untuk datang awal. Malangnya, bos perempuan yang selalu dihantar suami ke pejabat dengan kereta besar itu tidak pernah peduli akan kepayahannya terkejar-kejar menaiki kenderaan awam. Cemikan muka yang terpaksa ditelan setiap kali dia terlewat, cukup menjengkelkan. Luka yang berulang-ulang, apakah bisa sembuh dengan satu petikan jari. Pagi itu May mencari-cari teksi. Malangnya, tiada seorang pemandu pun yang mahu mengambilnya sebagai penumpang. Semua menggeleng kepala dan menarik cermin tingkap ke atas. May tahu, dia berbeza. Tapi apakah kerana perbezaan itu,dia dilayan sedemikian rupa. “Malaslah aku,nak ambil orang tak cerdik macam tu. Nanti,tambang siapa mahu bayar tambang dia.”Ucap salah seorang dari

Kadang waktu,terasa mahu berhenti

Kadang kala, saya terasa kecil dan segan. Menulis tanpa disiplin dan ilmu-ilmu tertentu. Hasilnya, kadang kala macam sampah. Melihat teman-teman mengikuti bengkel itu dan ini, terdetik di dalam hati sedikit rasa cemburu. Cemburu yang mulia; ingin sama-sama berilmu seperti mereka. Sedang saya, terlalu ingin; tetapi tidak berkemampuan. Bengkel-bengkel penulisan, jarang ketemu yang percuma. Harga, mencecah ratus-ratusan (mungkin ribu-riban ) dan saya sudah tiada sumber pendapatan. Mungkin daripada terus-terusan menghasilkan sampah, saya patut berhenti untuk seketika. Saya yang menulis, tetapi tidak tahu mana satu yang saya suka, atau mana satu yang bermakna. Sungguh! Saya menulis dari sekeping hati, berdasarkan pemerhatian dan penilaian saya. Manusia yang tidak pernah lekang dari kelemahan dan kealpaan. Tiada disiplin atau ilmu-ilmu tertentu. Terima kasih, jika kalian berjaya menikmatinya.

Laut,terlerai separuh rindu padamu

Laut, ia menyimpan seribu rahsia. Mencium aromanya, tergetar rasa cinta bercambah membunga. Kalau saya pandai melukis, akan saya lukis betapa indah ayu wajahnya laut. Merenung menatap wajah laut dalam pelbagai posisi, terasa hati mahu pergi ke kaki langit. Namun semakin didekati terasa,semakin jauh destinasi dan saya rasa tidak akan pernah sampai-sampai ke penghujung sana. Sang pujangga berkata kepada gadisnya “Oh kekasih! cintaku padamu tidak pernah bertepi,bagai lautan” Saya kata itu pembohongan semata. Cinta sesama manusia pasti ada limitasi. Kalau cinta punya pasang surut bagai air laut, itu boleh diterima pakai. Saya merenung seorang anak muda yang sedang leka bermain pasir sendirian. Dia tersenyum memandang saya. Mungkin benar, dalam diri seorang lelaki, terperangkap jiwa keanak-anakan di dalamnya. Entah! Mungkin lelaki sahaja yang ada jawapannya. Dan, saya melihat lelaki yang menikahi saya; beria-ria dia mau mengajak saya bermain jet ski. Setelah puas berkompromi, akhirnya saya

Percubaan menulis dalam bahasa PSMI :D

I just finished watching this Japanese movie, “ 10 Promises to My Dog ” on Astro Box-office channel. And I realized how cute the dog was, and how awesome the boy was at playing the guitar (*smile*). I got curious, when I saw the promo on TV, so I asked my hubby to pay more for that Japanese movie ha! ha! Pay more for the movie that made me cry. Well, almost all movies make me cry (heck, even “Enchanted” made me cry, and it’s supposed to be a happy movie huhu...). But this had me crying for 15 minutes or so. Damn. My head hurts from crying so much. And it didn’t help that I watched this past midnight, so I had to stifle my sobs or else risk waking everyone else up here at home. (Right now, it’s 1:48 am.) Here’s the synopsis: Akari is a 14-year-old schoolgirl living in Japan’s Northern island of Hokkaido. One day, a puppy wanders into her yard, looking lost and frightened. She is a Golden Retriever with white paw markings. Akari named her Socks. Akari’s mother consents to her keeping th

Entah apa aku mahu tajukkan entri ini. Nanti-nantilah!

Terkedang di katil dalam kesakitan dan kau pasti tidak tahu mahu buat apa-apa. Dan di waktu-waktu kau dalam kesakitan, kau pasti akan lebih teringat signal Tuhan tentang kematian. Bibir kau akan tdak terhenti-henti menyebut namaNya. Dan apabila kau terasa bibir kau sudah letih dan kejang, kau akan berzikir dan beristighfar dalam hati pula. Pada waktu itu, kau akan minta doa supaya cepat-cepat sembuh dan engkau pun berjanji dengan Tuhan, dengan diri sendiri akan akan sedaya upaya mencuba untuk menjadi hambaNya yang paling baik dan taat. Terkedang di katil dalam kesakitan dan kau pasti tidak tahu mahu buat apa-apa. Jarum jam terasa merangkak-rangkak berputaran dan hari-hari terasa sangat panjang. Kemudian, ingatan kau akan merangkak-rangkak ke zaman silam. Mengenang kesilapan, kealpaan atau kesengajaan (barangkali kesengalan) kejahatan yang pernah kau buat bukan? Perasaan berdosa pun datang bertimpa-timpa dan kau mula teringat tentang neraka dan siksa kubur yang pernah kau dengar mela

Hari-hari yang dalam kesakitan yang teramat sangat, aku terpaksa berhenti menulis untuk beberapa ketika dan aku tiba-tiba teringat menulis juga adalah

Hari-hari yang dalam kesakitan yang teramat sangat, aku terpaksa berhenti menulis untuk beberapa ketika dan aku tiba-tiba teringat menulis juga adalah terapi kepada kesakitan. Ya. Hari itu tanggal dua puluh empat March, kami ke HKL. Dan misi-misi comel, tidak menarik perhatian aku okay!(Mungkin menarik perhatian lelaki yang sudi membawa aku dalam hujan yang begitu lebat menggila) Ah! Sukahatinya, aku tiada kuasa melarang matanya daripada memandang misi-misi cantik lagi ayu itu. Dan doktor berkata ubat-ubatan secara oral tidak lagi memberi menafaat padaku. Dia mula mengurangkan dos segala mak nenek ubat-ubatan yang diberikan sebelumnya. (Dan dia tidak tahu, aku terlebih dahulu mengurangkan dos tesebut berdasarkan kepakaran dan pengalaman aku sebagai pesakit Spasmodic Tortillis. Jangan ditanya aku tentang penyakit itu dan nama saintifiknya yang entah betul entah salah ejaannya. Aku pasti ia lebih menyakitkan dari sakit gigi, sakit kepala atau cirit-birit. Hingga mahu sujud mengadap Tuhan