Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Watashi no kuruma

Anak-anak hari ini bertuah amat. Dalam perut bonda, dalam buaian sudah naik kereta. Lulus 5A UPSR pun bapa sudah hadiahkan kereta. Sebagai intro. Bukan sebab saya 'jaki' dengan kamu. Bukan sebab itu. Saya bersyukur kamu tidak perlu bersusah seperti saya. Ini cerita pokok. Saya dan Encik Suami baru membeli kereta. Biasa-biasa. Buatan tempatan sahaja. Cukuplah sesekali ke tempat kerja. Hendak-hendak pulak musim hujan begini. Jika kucing sakit, senanglah sikit kami bawa ke klinik. Selepas 9 tahun berkahwin, baru kami berjaya mendapatkan kereta idaman.  Selepas sebulan memiliki kereta, baru kami faham akan 'kesusahan' Bertambah pula dengan segala 'mak nenek' kenaikan. Ditambah pula dengan kenaikan gaji kami penjawat awam gred rendah yang kenaikannya tentulah rendah juga. Kucing kami demam. Selsema. Ada kereta pun kami berfikir dua lapan kali untuk membawanya ke klinik vet. Tidak lagi seperti seperti dulu. Asal sakit, batuk sikit pun, ang

Catatan-catatan kepada (...diri juga...)

Pada akhirnya, saya menjadi begitu yakin. Blog saya sudah tidak lagi dikunjungi. Berdasarkan rating, trafik dan komentar.   Dan datang jua pada hari dan ketika-ketikanya saya seperti tidak kisah lagi pada perhatian manusia. Kadang terasa mahu marah, mengomel hatta mencarut sekali pun, kita ada medium baru iaitu Facebook. Sungguh saya memang pemarah. Tetapi yakin saya tidak pernah mencarut. Marah dalam diam. Pendam. Hilang. Kadang marah skala kecil di Facebook. Kemudian saya padam.  Adakah dosa mengaibkan orang boleh dipadam? Adakah dosa mengecilkan hati orang boleh terpadam ? Dan mereka yang menyakiti saya, enggan hormati saya itu adalah urusan mereka dengan Tuhan. Apalah daya saya. Meyakinkan manusia-manusia lain, agar telus mengikut peraturan adalah sama sekali tidak wajar.  Kita dibesarkan dan ditarbiahkan dengan corak pemikiran yang berbeza. Lahir kita pula dari genarasi berbeza. Masing-masing ada ego.  Jika saya merasa membuang sampah merata tempat itu ber