Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Nuffnang oh Nuffnang Ads.

Saya meletakkan widget itu untuk mengintai mana-mana rakan maya yang menziarahi laman saya. Terutama yang menjadi pembaca senyap. Minggu ini, saya membuka blog Fiksyen Cinta untuk tatapan umum. Tidak menarik sangat pun. Sekadar entri kitar semula dan cuma satu dua yang terbaru. Dan yang menarik tentang nuffnang (baca: meluat) saya baru dapat lebih kurang RM10.00 setahun. Mereka sudah “cilok” RM50.00. Berbaloi kan? Antara kata kunci yang membawa pengunjung ke laman-laman saya. ~ Cerebral Palsy ~ Akta OKU ~ kerusi roda ~ Cerita cinta ~ Blog waterlily ~ nota peperiksaan ~ OUM (haha!) ~ Salji ~ Muha Aziz(femes juga mamat botak ni) Dan hari ini ada kata kunci yang paling menarik iaitu “Adakah Joanna Bessy (pelakon tu la!) orang Islam?” Saya tergelak sendirian. Bila masa pula, saya menulis pasal pelakon itu. Dan saya perhatikan, ruang komentar semakin pudar!

Sajak spontan di pekan Frinjan 3.0

Bersama Alina dan Dila Raden Rahmat Haron(lu pakai syampoo apa bang hahaha!) Rahmat Haron lagi(gambar lain semua tak jadi, asyik gambar dia je. Gue syak ni pasal syampoo dia juga hehe..jangan mare bang!) Frinjan 3.0(poster ke banner ke hape entah,gue menggong sikit) Gambar ini pun masuk sekali daaa! Harap punya kesempatan suatu hari, berkongsi pentas berdiri seiring kalian melaungkan puisi dalam dingin campur pijar malam walau suara tidak selantang merdu seperti keinginan mahu kalis semua malu dan rasa rendah diri tanpa tentu rasa kerdil diri tanpa perlu yang masih kebal dalam diri doakan aku! 27/6/09 Dataran Shah Alam. Nota kaki: Terima kasih untuk Alina kerana memperkenalkan Christopher Merrill melalui pemberiannya. Gembira berkenalan dengan Dila Raden si profaniti karut aka salah seorang perempuan simpanan.(gue baca blog depa diam-diam beb!)

Dendang Cinta: sekadar mengulas rasa

Dendang Cinta Bertolt Brecht Ini saja koleksi antologi puisi yang saya miliki Sewaktu menghayati Dendang Cinta antologi puisi Bertolt Bercht (terjemahan Pauline Fan) pemberian Alina ; saya yang kurang ilmu agak keliru. Terbiasa dengan karya Pak Samad Said, Allahyarham Usman Awang, penyair Marsli N.O, Suhaimi Haji Muhammad (sekadar menzahirkan beberapa nama besar yang diingati), saya bergumam sendirian” Sajak apa ni?” Keselarasan Bidi di Peking Di Allgau, Bie Selamat, dia kata Dibalas, pagi ~ Bertolt Bercht~ Muka surat 9 (Dendang Cinta) Dan saya tidak begitu mesra(baca: tidak tahu lansung,sekadar mendengar nama) dengan karya penyair-penyair dari tanah seberang kecuali Chairil Anwar. Atau mana-mana penyair dari Timur Tengah. Keterbasan bahasa juga menghalang saya menghayati puisi Keats, Shakespeare mahupun Pablo Neruda. Ah ! Dangkalnya ilmu saya. Oleh itu, setiap kali melakar puisi, saya bimbang dan sangat berhati-hati. Saya takut lari makna dan segala macam ketidaksempuranaan. Paling

Entri flip flop dengan pelbagai emosi

Hari Jumaat nanti si pari-pari akan menghadiri satu temuduga. Katanya jawatan ditawarkan pegawai memasarkan sesuatu. Entah! mungkin lilin berbentuk hati berwarna hitam ,merah dan jingga. Hohoho...entah-entah jurujual. Misalnya jual organ-organ ogre yang sudah dicerai-ceraikan. Oh! Dia tidak boleh memilih, apa sahaja asal halal, asal ada peluang harus pergi mencuba. Pari-pari patah sayap, pilhannya cukup terhad. Si pari-pari sedang berkira-kira dengan bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya? Misalnya, siapakah nama perdana menteri negera Hibiscus? Dan si pari-pari pun sudah bersedia dengan dua jawapan! “Jika saya berjaya menjawab, adakah saya akan menggantikan tempat pm di dalam kabinet atau ada jawatan untuk saya dalam kabinet Hibiscus ?" Atau begini mungkin – Negara Hibiscus sekarang diperintah oleh seorang wanita beb! Hek’eleh itu pun tak tau ka?” Tasik, aku nak pinjam handbag boleh? Kalau ada bulu mata palsu sila pinjamkan sekali ya...oh! lagi satu,cermin mata Sarah Pailin * so

Warkah dari saya(yang tidak 'kool')

Surat ‘kool’ untuk emak. (Khadijah, sila bacakan untuk emak ya!) Emak yang dikasihi, Sebelum saya berkahwin, tiada sesiapa membertahu saya bahawa setiap perkahwinan ada risiko untuk bermadukan mana-mana yang berikut - mertua (oh! itu masih ‘kool’) - ipar duai yang asyik menyibuk konon-konon mau menjaga kepentingan saudara mereka. (memang puaka) - calon menantu atau ipar mereka yang sebelum saya.(oh! jika membunuh bukan dosa, pertama yang saya buat adalah mengecaikan otaknya) - mana-mana perempuan yang mungkin berminat dengan encik suami saya.(ada?) Emak yang dikasihi, Saya kadang kala rasa terpelanting jauh di planet asing setiap kali pulang ke rumah keluarganya. Tiada tempat hendak mengadu. Jangan emak fikir saya tidak mengadu sama Tuhan. Setiap hari, jam, minit dan saat hati saya berbicara denganNya. Dan saya kira, saya juga perlu bercakap dengan manusia. Maka, saya memilih untuk bercakap menggunakan papan kekunci. Bersama manusia yang tidak saya kenali. Emak mesti anggap anak emak i

Cerita orang kahwin

Cuti sekolah. Ramai kawan-kawan, saudara-mara naik pelamin. Cuti sekolah. Anak-anak kecil dan remaja di rumah. Yang tinggal di asrama balik ke rumah. Dan hari Ahad, sebaik sahaja mencecah jam sepuluh, jika engkau tinggal di flat murah DBKL atau kuarters kerajaan (untuk staff marhain), apa engkau dengar? Ya. Dialog-dialog begini adik-adik. Dialog mereka yang berkelamin. (dan beranak-pinak) “Along, tengokkan adik nangis tu. Mama nak masak ni” Si ibu, “Alaaa....maa.. Orang nak tengok tivi ni.” Si anak dara empat belas tahun. (Suara si adik, sekejap menangis, sekejap pause, sekejap tone tinggi, sekejap turun) Si ibu memujuk” Alaa..adik diamlah. Nanti abah bangun, mama kena marah tau!” (Makin kuat tangisan) “Diam dik!” “Mama kata diam, cepat diam!” suara si ibu semakin tinggi. “Macam mana awak jaga anak. Awak tau tak saya penat kerja?” suara jantan si bapa baru bangun tidur(jam sebelas). Macam guruh musim tengkujuh.(He'elah..macam lu sorang cari duit, bini lu pun kerja juga). Apasal,aku

Blouse berwarna oren

“Kak, kalau ada kelahiran semula kau mahu jadi apa? “Tanya Saerah. “Erra?” Aku memulangkan soalan itu kembali. Seperti selalu-selalu. “Aku mahu jadi bidadari kak.” (Pause!) “..tapi bukan di atas kerusi ini.” “Hello, engkau memang bidadari dik!” Aku kata. Dia tersenyum. Malam tadi, aku mimpikan dia. Mimpikan Saerah. Kemesraan kami yang dulu. Selepas mengemaskan pakaian lama, aku temui blouse berwarna oren pemberian Saerah. Sudah tidak muat lagi pada tubuh. Saerah, aku tidak pernah melupakan budi baikmu; adat persahabatan kadang kala terconteng luka tanpa sengaja. Aku rindu pada Saerah. Sama seperti aku rindu memakai blouse oren pemberiannya. Sama seperti aku merindui tubuh kurus empat puluh dua kilogram. Empat tahun yang lalu. Hari pertama, aku berjabat salam dan mengenali Saerah. Hari itu juga, aku mengenali Encik Suami.