
Surat ‘kool’ untuk emak.
(Khadijah, sila bacakan untuk emak ya!)
Emak yang dikasihi,
Sebelum saya berkahwin, tiada sesiapa membertahu saya bahawa setiap perkahwinan ada risiko untuk bermadukan mana-mana yang berikut
- mertua (oh! itu masih ‘kool’)
- ipar duai yang asyik menyibuk konon-konon mau menjaga kepentingan saudara mereka. (memang puaka)
- calon menantu atau ipar mereka yang sebelum saya.(oh! jika membunuh bukan dosa, pertama yang saya buat adalah mengecaikan otaknya)
- mana-mana perempuan yang mungkin berminat dengan encik suami saya.(ada?)
Emak yang dikasihi,
Saya kadang kala rasa terpelanting jauh di planet asing setiap kali pulang ke rumah keluarganya. Tiada tempat hendak mengadu. Jangan emak fikir saya tidak mengadu sama Tuhan. Setiap hari, jam, minit dan saat hati saya berbicara denganNya.
Dan saya kira, saya juga perlu bercakap dengan manusia.
Maka, saya memilih untuk bercakap menggunakan papan kekunci. Bersama manusia yang tidak saya kenali. Emak mesti anggap anak emak ini sudah tidak betul.
Dan, kalau saya tidak bercakap lagi, itu benar-benar sudah tidak betul.(atau hati saya sudah mereka koyak-koyak hancurkan)
Dalam situasi lain pula, saya akan bercakap tanpa henti dengan sesiapa sahaja yang saya temui.
Emak, peluklah saya!
Nota hati: Tadi saya telefon. Dan emak kata” Dunia ini hanya pinjaman...!”
Ah! Saya teralpa seketika. Emak memang ‘kool’ walaupun tidak pernah pergi universiti macam ipar-ipar saya.
Nota: Buat Dee, bersabarlah kawan! Aku juga berada dalam situasimu.
Ulasan
sifor ke...
tak pun... upah betina siam goda laki derang... kikiki...
Benar,perkahwinan sekadar pinjaman. Pasangan juga pinjaman. Tiada yang perlu dikesalkan.
Kak Jie,
Sesak nafas dibuatnya kak.
Nizam,
Bersyukur,akak ada 'dia' yang baik. :)
Pakcik,
c4? hahaha...aku yang sedang meletup cik. Aku nak maki hamun pun tak berapa berani cik!
Addy,
T/kasih kerana memahami.
Entri ini cuma mahu berkongsi perasaan marah yang meluap-luap yang sudah 4 tahun disimpan. Nak deletelah bila reda nanti :)
.
Yup dugaan.
Tasik,
kita serupa saja Tasik.