Langkau ke kandungan utama

Nuffnang oh Nuffnang Ads.


Saya meletakkan widget itu untuk mengintai mana-mana rakan maya yang menziarahi laman saya. Terutama yang menjadi pembaca senyap.

Minggu ini, saya membuka blog Fiksyen Cinta untuk tatapan umum. Tidak menarik sangat pun. Sekadar entri kitar semula dan cuma satu dua yang terbaru.

Dan yang menarik tentang nuffnang (baca: meluat) saya baru dapat lebih kurang RM10.00 setahun. Mereka sudah “cilok” RM50.00. Berbaloi kan?

Antara kata kunci yang membawa pengunjung ke laman-laman saya.
~ Cerebral Palsy
~ Akta OKU
~ kerusi roda
~ Cerita cinta
~ Blog waterlily
~ nota peperiksaan
~ OUM (haha!)
~ Salji
~ Muha Aziz(femes juga mamat botak ni)

Dan hari ini ada kata kunci yang paling menarik iaitu “Adakah Joanna Bessy (pelakon tu la!) orang Islam?”

Saya tergelak sendirian. Bila masa pula, saya menulis pasal pelakon itu.

Dan saya perhatikan, ruang komentar semakin pudar!


Ulasan

tasekM berkata…
tapi aku tetap gedik nk mengomen kak. hahaha...




.
zaidharis berkata…
selalu je komen kat sini =)

nuffnang, oh, tempat kerja abang aku.
. berkata…
memang ada dalam kurungan (pelakon tu la!)??
addyaholix berkata…
mungkin dah ramai yang jadik silent reader kak!

ermm saya pernah tulis pasal ni. carian paling best kat blog saya 'hot sexy dibalik lensa'.. saya gelak guling-guling bila baca. haha!
achik berkata…
saya slalu jadi pembaca senyap. :)
Nizam.Ariff berkata…
Aku selalu gak baca kuat-kuat... cikgu suruh. dulu dulu
The Purple Cat berkata…
Salam, waterlily!!
haaa...ni pembaca senyap dah bersuara...hahaha...
Blog I pun ramai pembaca senyap gak. But I dont mind lah.. sebab ianya private dan yang senyap tu semua kekawan I jugak.
abuyusof berkata…
agar ruangan komentar semakin ceria
Kapten Luffy berkata…
patutlah nuffnang blh kaya
Pa'chik berkata…
pasal che'gu banyak ponteng... tu yang budak makin malas datang kelas... :P
kad0k. berkata…
nuffnang tu apa? sy juga pembaca senyap-senyapan kak..kadang2..:p
reverie berkata…
Taka apa pudar. janji silent reader ramai. *pinjam ayat. =D
Lily Abdullah berkata…
Rev,
silent reader ramai,kadang 7,8 orang di talian :)

Kadok,
Kak Lily juga weh! haha!Nufnag macam adsence la.blogging for money. Rasa money for blogging sebab asik bayar tenet dan bil letrik je :D

Pakcikkkkkkkk!
Apa pulak yang aku ajar kat blog neh..resepi lempeng pun tarak(kan Tasik kan muahaahaha)

spec,
Silakan. spec Sarah Palin ka ni hehe..salam kenal.

Kapten,
Memang kaya dia. Dia cilok aku rm50,ko 50 dah 100. Bayangkan ada 1000 blogger letak ads dia..jutawan beb!

Encik Abuyusuf,
Terima kasih le :)

Purple cat,
Long time no see. hahaha..lama tak lawat laman you. Blog Art of Body Expression saya dah tutup. :)

Nizam,
Hek'eleh,ko kalau tak meloyar buruk tak sah weh! haha!

Achik,
Akak tau, hehehe..kak yang jarang seklai pi bloh achik.

Addy,
kadang cara depa jumpa blog kita memang pelik. :)

Nizamsani,
Takde lah yang dalam kurangan tu. haha!

Zaid,
Kau komen yeye.. :)

Tasik,
Aku dengan gediks-nya sentiasa membalas komen ko.

Praakkkkkkkkk!
(ah, patang pulak pensil aku ni)

muahahaha :D

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...