Kotak/peti jerit ( shout box ) itu saya letakkan untuk kemudahan untuk mereka yang tidak berapa rajin meninggalkan komentar di entri-entri saya. Saya memahami, jika ada blogger-blogger baru yang mahu dan ingin memperkenalkan laman-laman mereka, boleh juga menjerit di kotak itu. Jika ada yang mau berbisnes , silakan beritahu laman mereka di situ. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ruang saya, yang tidaklah sepopular mana ini dapat membantu perniagaan sedang yang mereka usahakan. Seperkara lagi, saudara Zulkifli Mohamed ; mencadangkan saya meletakkan kotak jerit di laman terang saya. Kadang kala, tidak dinafikan saya agak cemerkap dalam ejaan. Biar pun berkali diulang semak. Mempunyai sahabat blogger, sepertinya membuatkan saya merasa bertuah. Dia selalu datang, menegur kesilapan ejaan saya. Kadang berulang kali dalam seminggu. Namun, ada juga segelintir hamba Allah yang tidak tahu (mungkin sengaja atau alpa atau sekadar suka-suka) meletakkan mesej yang bukan-bukan di peti jerit saya. Cubal...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi