Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2007

Cerebral Palsy

General

Cerebral palsy refers to a group of disorders that affect a person's ability to move and to maintain balance and posture. It is due to a nonprogressive brain abnormality, which means that it does not get worse over time, though the exact symptoms can change over a person's lifetime.
People with cerebral palsy have damage to the part of the brain that controls muscle tone. Muscle tone is the amount of resistance to movement in a muscle. It is what lets you keep your body in a certain posture or position. For example, it lets you sit up straight and keep your head up. Changes in muscle tone let you move. For example, to bring your hand to your face, the tone in your biceps muscle at the front of your arm must increase while the tone in the triceps muscle at the back of your arm must decrease. The tone in different muscle groups must be balanced for you to move smoothly.

There are four main types of cerebral palsy - spastic, athetoid, ataxic, and mixed.
Spastic: People with s…

GG saya....

Saya ambil GG dua bulan yang lalu..kesian sebab ibunya meninggal. Lagipun saya tidak biasa hidup tanpa kucing. Lagipun GG sangat bijak...lansung tidak menyusahkan saya yang al maklum tersangat sibuk. Dia tahu menggunakan tandas..mungkin ada yang tidak percaya - tapi dia memang bijak...cuma dia tidak tahu "flush" saja. Waktu saya ke Osaka,saya pesan dengan suami jaga kucing saya baik-baik. Malangnya suami saya ni tidak pegang amanah. Bila balik ke rumah mertua saya,dia bawa GG bersama. Adik ipar saya pun jenis yang sayangkan kucing. Jadi dialah yang menjaga GG selama ketiadaan saya. Bila saya balik, suami saya minta balik GG. Jangan haraplah Ennie(adik ipar saya) nak pulangkan balik. Siap dia tukar nama lain dah..KIKI..bukan GG saya lagi...saya dah tak ada kucing hu...hu..hu.....

GERAMNYA......

Selama setahun lebih berkerja, hari inilah merupakan hari pertama ditegur kerana kononnya saya tidak buat kerja dengan betul. Bukan tegur, tapi kena marah oleh orang yang tidak sepatutnya memarahi saya. Begitulah adatnya di tempat kerja. Ada orang "perasan" dia "boss" walaupun hakikatnya pangkatnya belum naik pun. Hari ini cuma ada 3 orang budak sahaja yang masuk ke makmal komputer. Kebetulan pula rakan saya Chin Kit tiada dan saya berkerja sendirian. Budak-budak tu pulak ada cikgu kelasnya, sibuk membuat report tahunan. Ada la seorang cikgu ni - masuk ke makmal computer nak buat kerja dia agaknya.

Saya tidak tahu apa masalah saya dengan "minah" sorang ni. Sejak saya mula bekerja lagi,saya perasan dia macam tidak sukakan saya. Hari ini nak dijadikan cerita sewaktu dia masuk ke makmal computer dan nampak saya sedang check website company- yang saya rasa boleh saya dapatkan sponsor untuk projek teater saya. Dia kata saya asyik buat kerja sendiri; tak tolong …

AIDILFITRI 2004 - TERIMA KASIH ABAH

Lembaran ini saya catatkan ketika saya selesai bersolat, sesudah saya berdoa dan menghadiahkan al-Fatihah kepada seorang lelaki yang paling istimewa dalam hidup saya. Setiap saat saya tidak pernah berhenti merinduinya dan sering saya titiskan airmata mengenangkan kesilapan yang pernah saya lakukan terhadapnya.

Abah,papa,ayah atau apa ja gelaran yang ada pastinya akan merujuk insan yang sama. Seorang lelaki yang begitu besar jasanya, cinta dan kasih sayangnya telah meletakkan kita ke dalam rahim ibu – kemudian dilahirkan ke dunia…. Untuk kita mengenal bulan, bintang dan matahari. Seterusnya untuk kita mengenal Pencipta dan diri sendiri.

Tanggal 12 November 2004, saya telah kehilangannya. Abah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Mana mungkin saya melupakan hari itu. Segala-galanya seperti baru semalam terjadi. Segala penderitaan yang kami sekeluarga harungi dalam masa setahun itu terlalu sukar mahu dilupakan.

November 2003, abah disahkan mengidap kanser perut dan perlu menjalani …

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG....

“Hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri;lebih baik di negeri sendiri.” Sudah lama saya tidak mendengar perpatah Melayu ini diungkapkan. Lagipun ramai orang Melayu(termasuk saya) sudah terlupa akan keindahan Bahasa Melayu – kerana mengejar kemajuan. Hidup sebagai perantau( walaupun sebulan) amat menyiksakan bagi saya. Setiap hari saya rindukan negara saya,keluarga,kawan-kawan dan kucing saya. Jadi saya tabik kepada mereka yang menjadi perantau selama bertahun-tahun samada bekerja atau mengejar ilmu. Mungkin bak kata perpatah ‘alah bisa tegal biasa’. Mungkin mereka juga seperti saya – ingin mencari sesuiatu yang lebih baik untuk masa depan.
Saya rasa sukar bila terpaksa pulang sendirian ketika malam hari hanya bertemankan touch light dan lakaran peta yang dilakar oleh Aya Kawakita. Pada mnggu pertama, dua kali saya tersalah lorong. Minggu ke empat saya harap saya tidak tersalah lorong lagi untuk ke studio latihan persembahan. Aya berikan saya lakaran peta baru untuk ke s…