Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Remy, namaku Anne Lily!

Remy ,aku memahami maksud nukilan di telapak tanganmu itu. Maksud nukilan yang kau hembus dan engkau berharap ia diterbangkan angin. Mungkin angin itu berpusar dan tersasar arah. Mungkin angin puting beliung. Maka, maksud coretanmu itu tidak sampai ke tangan strangers yang kau harapkan. Barangkali dia yang kau puja sesuku gila. Barangkali! Oh! Lupa, namaku Anne Lily. Kau boleh panggil aku apa-apa saja. Mungkin Anne, Lily atau strangers. Benar secara literalnya kita adalah orang asing. Mari aku kisahkan engkau sesuatu Remy. Tentang aku dan tentang bagaimana aku temui maksud nukilan di telapak tanganmu itu. Kau berharap ia didebukan dan diterbangkan angin. Tetapi ia berlaku pada hari, jam, waktu dan strangers yang salah. Ini barangkali takdir Remy. Kau tahu, takdir adalah hikmah. Oh, sekali lagi. Namaku Anne Lily. Sudah dipunyai Adam. Walau kami sebumbung, semakin lama cinta kami dihakis waktu. Dan kami seperti maksud di dalam nukilanmu. Kami adalah dua orang asing yang berkongsi sebua

Jangan ambil mudah dengan aku!

Sungguh wang dan kekayaan itu sorga. Kau mampu beli bangunan dan hati serta kemunusiaan atau barangkali sifat-sifat kebinatangan yang wujud di dalamnya. Harus aku ucap terima kasih kepada engkau! Dan tahniah! Apa kau fikir dengan wang kau derma di sini-sini, di sana, di sinun; kau beli karpet surau atau sambungkan air buat anak-anak di asrama berwuduk bisa memotong dosa kau. Yang tidak pernah surut-surut guna taktik kotor menginaya orang seperti aku. Aku sesak nafas si kaya. Hanya beberapa detik sahaja lagi. Berikan aku sedikit ruang untuk sama-sama kita bernafas. Hey, jangan kau harap aku akan pergi mati. Selepas aku kesat airmata ini, aku akan bangkit berjuang dan bermula lagi. Jangan kau fikir, kalau kau sepak kaki tempangku ini aku akan terus jatuh. Aku akan bangun dan melawan! Sekian.

Lagu untuk diri

Selamat Pagi (Secebis catatan untuk diri) Selamat pagi diri Esok kau perlu bangun di awal pagi perlu mencari sesuap rezeki Mengapa mata enggan pejam lagi Dan hanya engkau yang perlu mecari dan mengerti jawapan lulur ada dalam diri Hanya sepertiga dikongsi Bakinya terkepung terkurung dalam hati

Pelik, saya menghadam racun dan saya masih hidup.

Dia bukan kekasih gelap saya. Cuma seorang teman blogger yang entah bila mula mendatangi (mendatangi?) halaman saya, Kadang saya tertanya-tanya bagaimana dia mula mengetahui dan membaca halaman saya. Cerita-cerita yang saya kongsi dan apa yang menarik tentang cerita-cerita tersebut. Dan tulisan saya, semakin lama, semakin mengarut-ngarut. Dia mengirimkan saya "Racun". Katanya " Ini cerita aku" Racun Bab 1 - Warna-warna kota gampang dan apa-apa yang terbuai-buai di antaranya. Sebagai seorang yang pernah menulis cerita fiksyen saya tertarik cara dia menggambarkan kegampangan sebuah kota dan kegampangan penghuninya. Barangkali gejala sosial yamg sedang melanda Bani Melayu yang mengaku dirinya Islam. Kota Gampang itu lidahnya terlalu panjang. Jauh jelirannya sahaja mampu menjangkau bidai langsir yang berbau hanyir di keda-kedai usang di pekan Rawang. Juga,ia mampu meludah jauh sehingga ke celah-celah pokok buluh hijau di taman yang suram di selatan Bangi,ketika jari-j

Di hari dia terasa mahu memilih untuk menghadam racun

Hari Sabtu hujan turun rintik-rintik. Hari Sabtu bagi dia sama sahaja seperti hari berkerja yang lain. Apatah lagi semalam magis yang dinantikan tidak muncul. Sakit gigi adalah satu penyiksaan yang amat-amat tidak terkata. Memang, kesakitan walau dalam bentuk apa pun adalah gambaran yang tidak mampu diayatkan dengan sebarang kata puitis bentuk baru. Kalau yang klise itu sudah selalu-selalu kamu baca dalam novel dan cerpen. Membawa kerja pejabat ke rumah adalah habit yang tidak baik. Demikian nasihat seeorang teman sepejabat. Namun, dia tidak pernah mahu dengar. Bagi seorang boss yang tahu undang-undang tetapi tidak tahu makna bertimbang rasa, di hari dia bercuti sakit pun diperintahkan membuat panggilan itu dan ini. ps: Terima kasih untuk "Racun". Hari ini saya mahu mengadamnya. Terima kasih untuk kawan yang tidak saya tidak pernah ketemu tiba-tiba amengirimkan saya "Racun". Saya tidak pandai rebiu buku. apatah lagi untuk naskah yang bagi saya agak abstrak sepe

Magis

Jam 7.52. Saya belum ke tempat kerja, Sangat letih dan dan sakit. Tapi semalam saya sudah diarahkan menyiapkan surat itu ini. Hendak bercuti? Jangan haraplah! Saya doakan moga hari ini, saya punya magis. Kekuatan dan kesabaran. Magis! Ah! Sungguh tertekan.

Cerita saya dan kamar pelik itu.

Petang tadi, hujan turun dengan lebat. Siap angin ribut kilat sambung menyabung lagi. Makanya, saya menjadi suka hati melihat hujan turun. Saya berlenggang-lenggang pulang ke rumah jam 6 petang. Dalam hujan yang sudah reda lebatnya. Tiba di rumah, seperti selalu. Saya capai romote Astro hendak menonton CSI. "Pagi ,petang, siang malam,hujung minggu, malam minggu, asyik CSI,CSI" Bebel Encik Suami buat-buat muka menyampah. Kemudian dia tumpang tengok sekaki. Tapi. petang ini tiba-tiba bekalan elektrik ke semua soket tiada. Saya tidak dapat memasak air. Hatta merebus mee segera sekali pun, Gas memasak pula, waktu-waktu sesak beginilah, tongnya mintak isi semula. Tidak dapat menonton TV. Beteri laptop pula sudah tinggal separuh. Maka, bertemanlah saya malam ini bersama kecerahan lampu dan bunyi kipas berpusing. Dan derap-derap tapak kaki entah siapa di luar bilik hujung sekali. Saudara-mara yang datang haram tidak mahu tidur di bilik itu. Tiada siapa bercerita apa-apa kenapa mer

Esok

Esok untuk saya tiada punya apa-apa maksud kecuali mengucapkan selamat hari guru kepada rakan-rakan. Juga saya selalu ingati tarikh lahir anakanda Muhammad. Setiap kali saya pulang ke kampung dia pasti akan berkata" Chaq, tak payah balik KL la. Dok saja dengan Mamat. Kita tengok Spongebob" Saya ketawa mengekek-ngekek. Khadijah dan emak tersenyum Engkau Muhammad, anak yang masih lurus. Dunia ini masih cantik dan indah dari lensa matamu yang suci dosa. Kalaulah hidup semudah menonton Spongebob, tidak perlulah saya bersusah payah membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah. Satu habit yang tidak baik. Kadang saya terpaksa gigih untuk berdiri sama tinggi dengan orang lain. Ah! Kadang hari cuti saya pun diganggu dengan panggilan dan aduan kerosakan. Kadang, saya tidak tahan dan ejen-ejen syaitan pun menyusup masuk. Hati saya yang radang akan berbisik-bisik. "Kenapalah bangunan ni tidak runtuh sahaja? Senang sikit kerja gua..."

Coret corat tentang rakan lama di Facebook

Di halaman sosial tersebut saya temui beberapa orang rakan lama. Rakan sekelas, satu dorm dan satu asrama. Rakan-rakan yang boleh dikatakan agak karib sewaktu bersekolah dulu. Salah seorangnya anak mami yang cun sekarang sudah beranak lima pun masih lagi cun. "Awat sedih sangat bunyi email hang?" Dia bertanya saya via satu panggilan telefon. Saya hanya tertawa kecil. Barangkali, mereka tidak tahu apa yang saya lalui sesudah meninggalkan alam persekolahan. Cabaran dan getir kehidupan membuatkan saya hampir tumbang. Betapa pincangnya kehidupan saya.di kala itu. Pendek cerita, mereka tidak mengenali sisi pahit gelap hidup saya. Digelar cacat, tidak cerdik, mental dan andartu. Mereka tidak kenal Lily. Mereka mengenali Yani. Di antara anak gadis yang pandai di dalam kelas. Sering dipuji guru dan di antara pelajar yang dijadikan murid contoh. Mereka tidak kenal Lily yang kesunyian, terasing dan tersisih. Lily yang terlupa betapa luasnya dunia! Lily yang merasakan hidupnya akan k

Warkah terbuka untuk Mak

Mak, Saya tahu, mak dan Allahyarham ayahanda tidak pernah sesekali pun mengajar saya memaki apatah lagi menjadi seorang yang pemarah. Saya pun tidak pernah memaki sesiapa, kecuali tulisan maki-makian di dalam blog. Kadang memang benar, saya memaki-maki. Kadang saya cuma bergurau dengan kawan-kawan yang haram pun saya tidak pernah ketemu. Mak, Saya baru balik dari dewan makan asrama. Dan seperti selalu-selalu, setiap kali saya masuk ke situ pasti saya terasa mahu memaki seseorang. Tidak lain, tidak bukan perempuan lahanat yang saya rasa saya mau koyak-koyakkan jubah dan tarik tudung labuhnya itu. Mak, Saya sangat tertekan, kerana separuh daripada kerja tertunggak saya berpunca dari cara pengurusan dewan makan asrama tersebut. Mak, Saya tahu, mak tidak pernah mengajar saya menggunakan bahasa kesat dan kasar. Tidak sama sekali! Saya masih ingat pesan Allahyarham abah. Nabi Musa as itu mulia lagi tutur katanya takkala berhadapan dengan Fir'aun yang mengaku Tuhan. Mak, Maafkan saya. Say

Rupanya...

10 perkataan Speed test Ada kebenarannya tentang aplikasi ini. Inilah kelemahan fizikal akibat kekurangan dan penyakit saraf Cerebral Palsy yang ada pada diri saya. Yang membuatkan saya sering tidak dapat menyempurnakan tugasan di tempat kerja. Saya redha dalam sedikit kecewa. Namun apa yang terdaya saya lakukan kerana ini bukan pilihan. Jika kamu sebagai majikan, adakah kamu dapat menerima seadanya pekerja yang sebegini? Serajin,segigih mana pun saya, saya tetap dianggap pekerja yang menyusahkan majikan dan rakan-rakan sekerja.

Semoga selamat untuk pagi yang masih hijau.

Pagi masih hijau. Dia terasa mahu rebah dan kalah. Semuanya seperti tidak menjadi.Memang tidak menjadi. Dia terasa mahu menangis. Biar awan tahu, birunya tidak lagi menghiburkan hati. Tapi pagi masih hijau. PS: Ya! menulis entri ketika jiwa sangat tertekan dengan timbunan kerja. Saya perlu melakukannya. Blog adalah escapisme.