Langkau ke kandungan utama

Esok

Esok untuk saya tiada punya apa-apa maksud kecuali mengucapkan selamat hari guru kepada rakan-rakan.

Juga saya selalu ingati tarikh lahir anakanda Muhammad.

Setiap kali saya pulang ke kampung dia pasti akan berkata" Chaq, tak payah balik KL la. Dok saja dengan Mamat. Kita tengok Spongebob"

Saya ketawa mengekek-ngekek. Khadijah dan emak tersenyum

Engkau Muhammad, anak yang masih lurus. Dunia ini masih cantik dan indah dari lensa matamu yang suci dosa.

Kalaulah hidup semudah menonton Spongebob, tidak perlulah saya bersusah payah membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah. Satu habit yang tidak baik. Kadang saya terpaksa gigih untuk berdiri sama tinggi dengan orang lain.

Ah! Kadang hari cuti saya pun diganggu dengan panggilan dan aduan kerosakan.

Kadang, saya tidak tahan dan ejen-ejen syaitan pun menyusup masuk.

Hati saya yang radang akan berbisik-bisik.

"Kenapalah bangunan ni tidak runtuh sahaja? Senang sikit kerja gua..."



Ulasan

SHIMI berkata…
sabar kak.
Demi sesuap nasi dan keikhlasan hati yang dibayar pada akhiran nanti
Nizam.Ariff berkata…
Wow.. runtuh bangunan.. itu dah terlebih setan tu.. hahaha
Lily Abdullah berkata…
Shimi,
W'pun telah diketahui akak cuti, hari ni ada 3 panggilan diterima.
1. air tak ada
2.PA sytem rosak
3. Bilik tetamu terkunci.

Harus sesiapa pun rasa nak mengamok.Selalunya akak pergi, tapi hari ni tidak terdaya sb demam.

Zam,
Aku rasa nnak bako je haha..ni pengaruuh ucop whilca ler gamaknya,

ok nak tdo. makin teruk demam gua nih.huhu..
Makbonda61 berkata…
Assalamualaikum mar,

Kamu tukar sahaja rasa radang tu dengan rasa bangga "hidup mereka tidak lengkap tanpa aku" nanti kamu akan bertukar menjadi perkasa.

radang+bangga=perkasa.
:))
Lily Abdullah berkata…
Hmm..betul jugak cakap kak. Mrngapalah saya tak terfikir pulak.

Mungkin mereka pun tak terfikir jugak. :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...