Langkau ke kandungan utama

Semoga selamat untuk pagi yang masih hijau.


Pagi masih hijau.

Dia terasa mahu rebah dan kalah. Semuanya seperti tidak menjadi.Memang tidak menjadi. Dia terasa mahu menangis. Biar awan tahu, birunya tidak lagi menghiburkan hati.

Tapi pagi masih hijau.


PS: Ya! menulis entri ketika jiwa sangat tertekan dengan timbunan kerja. Saya perlu melakukannya. Blog adalah escapisme.

Ulasan

Aku berkata…
bakul sampahkan takboleh?


kerja mmg selamanya tak habis...
boleh jd tension kalau nak habiskan keje...

keja brkurang datang lagi yg lain...
Water Lily berkata…
Kalau kerja sendiri pun belum tentu boleh dibakulsampahkan haha!
Cikgooden berkata…
belasah ja kak...

hahahaha..yg penting hepii..
Water Lily berkata…
Aku tertekan la cikgu dengan kerja baru ni.

Sungguh!
Cikgooden berkata…
sabaq la kak.....pelan pelan jd senior sok..ok la..

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…