Langkau ke kandungan utama

Di hari dia terasa mahu memilih untuk menghadam racun



Hari Sabtu hujan turun rintik-rintik. Hari Sabtu bagi dia sama sahaja seperti hari berkerja yang lain. Apatah lagi semalam magis yang dinantikan tidak muncul.

Sakit gigi adalah satu penyiksaan yang amat-amat tidak terkata. Memang, kesakitan walau dalam bentuk apa pun adalah gambaran yang tidak mampu diayatkan dengan sebarang kata puitis bentuk baru. Kalau yang klise itu sudah selalu-selalu kamu baca dalam novel dan cerpen.


Membawa kerja pejabat ke rumah adalah habit yang tidak baik. Demikian nasihat seeorang teman sepejabat. Namun, dia tidak pernah mahu dengar.

Bagi seorang boss yang tahu undang-undang tetapi tidak tahu makna bertimbang rasa, di hari dia bercuti sakit pun diperintahkan membuat panggilan itu dan ini.


ps: Terima kasih untuk "Racun". Hari ini saya mahu mengadamnya. Terima kasih untuk kawan yang tidak saya tidak pernah ketemu tiba-tiba amengirimkan saya "Racun".


Saya tidak pandai rebiu buku. apatah lagi untuk naskah yang bagi saya agak abstrak seperti "Racun" .



Nizam Ariff,walau siapa pun nama kamu di dalam MyKad. Sekali lagi, terima kasih. Untuk makluman, "Racun" adalah kumpulan cerita-cerita terpilih dari daripada dua halaman blog beliau "Aku yang Akut" dan Hikayat Merung Mahawangsa"

Ulasan

aza ni berkata…
assalam lily

kalau racun ini...teruskan menghadamkannya...

terimakasih kerana selama ini saya ingat racun dalam erti sebenarnya...hi hi
Lily Abdullah berkata…
Dapat Racun yang sama juga? hehe..

kalau racun dalam ertikata sebenar,itu sudah hilang iman dan akal namanya. :)
tasekM berkata…
aku dh mati, kak.
minum racun.

ha ha.



.
Nizam.Ariff berkata…
Kak, aku cuma buat 4 salinan jer...
Satu untuk aku...

Yang tiga lagi ada kat kawan-kawan yang ...kawan-kawan yang... perlukan racun untuk terus hidup... hahaha.

Azani tak tau tu kak.... dia main teka je tu... ahaks!
Lily Abdullah berkata…
haha..satu lagi ko kasi sapa?

Untuk Sepa ke?

Tas,
Aku tengah nazak ni haha..
Nizam.Ariff berkata…
..satu lagi bukan Sepa... dia tak minta racun tu.

yang satu lagi biarkah rahsia...

tunggulah kalau ada yang isytiharkan mati minum racun dalam blog dia, dialah yang dapat yang no. 4.

hahaha....
sepa berkata…
kak,
Dino dah bagi saya racun duapuluh tahun yang lalu... dan masih aktif lagi, tak perlu booster dos...!
Lily Abdullah berkata…
Sepa,
hari akak rasa macam nak minum sesuatu yang dapat meringankan beban sakit hati

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...