Langkau ke kandungan utama

Jangan ambil mudah dengan aku!

Sungguh wang dan kekayaan itu sorga. Kau mampu beli bangunan dan hati serta kemunusiaan atau barangkali sifat-sifat kebinatangan yang wujud di dalamnya.

Harus aku ucap terima kasih kepada engkau!

Dan tahniah!

Apa kau fikir dengan wang kau derma di sini-sini, di sana, di sinun; kau beli karpet surau atau sambungkan air buat anak-anak di asrama berwuduk bisa memotong dosa kau.

Yang tidak pernah surut-surut guna taktik kotor menginaya orang seperti aku.

Aku sesak nafas si kaya. Hanya beberapa detik sahaja lagi. Berikan aku sedikit ruang untuk sama-sama kita bernafas.

Hey, jangan kau harap aku akan pergi mati. Selepas aku kesat airmata ini, aku akan bangkit berjuang dan bermula lagi.

Jangan kau fikir, kalau kau sepak kaki tempangku ini aku akan terus jatuh.

Aku akan bangun dan melawan!

Sekian.






Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
berapa lama kederat kita boleh bertahan untuk melawan yang si kaya seperti Tuan Sinister itu?

Aku kuat dalam hati juga dalam mulut... tangan aku tak mampu.

Maaf...
Lily Abdullah berkata…
Aku kembalikan kepada Dia Yang Maha Mendengar doa orang terinaya.

Dan rasa marah pun reda

Supaya aku boleh tersenyum dan kembali menyempurnakan tugasan dan amanah.

Mudah itu saja caranya :)
aza ni berkata…
takutilah doa orang yang dizalimi....
Lily Abdullah berkata…
Saya ok je. Biarlah..saya maafkan. mudah2an dia insaf, :)
sepa berkata…
kak, ni criter ttg sape...? apa2 hal, i like...

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...