Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Obsesi terhadap langit

Netty si bidadari patah sayap sangat gemar mendongak. Melihat langit. Kadang cerah, kadang malap. Sekarang asyik malap kerana langit Disember asyik meruntuhkan hujan.  Dahulu, ketika kecil pertama kali diberitakan ada sorga; dia sangka sorga ada di atas sana.

Kini, dia tahu.
Sorga ada di dalam hati
Neraka pun sama
Ok! Ini metafora.
Sorga dan Neraka cuma ada dalam pengetahuanNya.
Dia takut dilebel sesat.  Netty takut masuk neraka
Apatah lagi, apabila petanda-petanda kiamat saban hari bisa dilihat. Ada pula ramalan kiamat sudah dekat

Realiti & Escapism

Penghujung Disember.  Ribut dek tangisan langit yang enggan berhenti.  Barangkali seperti mana Netty si bidadari patah sayap menangisi diam-diam takdir yang Tuhan ujikan untuknya. 
 Ayuh! Sedikit cuma. Sekelumit musibah buat kafarah dosa.  Ya Tuhan! Netty berdoa. Jangan sampai dia patah hati. Kufur nikmat. Ayuh, jadilah jentayu. Patah sayap bertongkatlah apa yang termampu.
*****

Hujan berhenti saat Netty merenung seekor merpati. Loceng-loceng kecil yang tergantung di pohon berusia ratusan tahun sedikit basah namun masih bergemerincingan.
"Aku akan pergi,"Ucap lelaki separuh abad itu kepada Netty. Lelaki asing separa beruban menyambung pengucapannya. Katanya dia bakal melewati lautan dan hutan-hutan.   Mungkin hinggap di kota-kota tanpa penunjuk arah.      
 "Apakah kau mau menitip pesan? " Dia masih mahu berbicara dengan Netty
"Katakan aku bermimpi, tidur di bahunya. Dalam keretapi yang meluncur laju" Netty menjawab. Perlahan. Seakan bergumam. Sungguh!
Mutakir…

Hujan dan engkau yang pergi

Hujan dan kita cuma perlu dua cangkir kopi panas untuk mabuk-mabuk cinta bersama.
Hujan dan kita sekadar perlukan sekaki payung kertas untuk bersiar-siar bersama.
Atau kita boleh meredah rintiknya dan kebasahan bersama.
Esok, kita akan bersama mencari paracetamol, antibiotik dan priton dari farmasi atau premis tujuh sebelas
Hujan, dan kita boleh pilih selimut tebal untuk baring-baring di bawahnya; dan kucing kesayangan kita menumpang di antaranya.


Tapi!

Kau pilih untuk merewang entah ke mana-mana dan meninggalkan aku dengan sebuah laptop yang maha bisu. Aku masih berharap, masih bermimpi tentang engkau.
Hiroshi 


ps : salin tampal dari blog konon2 rahsia tu. :p

Dunia Palsi Serebrum

Dunia kita adalah 
sunyi dalam riuh
yang enggan luruh

Beginilah dunia kita
diam, walau adasejutacerita
sejuta resah tidak terzahir
lesu menanti,jemu meminta
moga ada yang mahu mendengar

Dunia kita seharusnya
dunia ceria  dan berwana
dalam tari dan gerak
kadang perlahan,separa kaku
dan berjeda

Harus tahu
bagaimana dan bila
untuk tersenyum tertawa
kunci kepada bahaagia
di atas nikmat cinta
anugerah Tuhan paling berharga
bergelar nyawa

Dunia kia adalah
dunia jarang dimengertikan 
sebahagian dari mereka.






ps: Entri terlewat sempena Hari OKU  Sedunia 2012

Disember, aku datang - Netty

Masih dengan rasa rindu yang paling dalam. Di mana lagi harus dikongsi sebahagian rasa kecuali di halaman ini. Dan, di luar sana, suaranya seperti selalu.  Langsung tidak lagi diperdulikan. Netty mendongak.

Langit Disember masih serupa dua bulan terdahulu. Murung dan kelabu. Aspal basah melembabkan sepatu dan memperlahan langkah. Netty datang.  Fizikal masih sakit dan lesu.  Namun dia masih mampu untuk tersenyum.  Netty percaya teguh.  Satu musibah Tuhan ujikan, seribu kesenangan akan menyusul kemudian.


ps: taip patuh ayam guna tangan kiri.

Random

Apabila blog tidak lagi dibaca oleh ramai orang, maka bolehlah kita menulis secara 'runcit'. Pinjam istilah Hana Tajimakira. (Sila claim royalti ha ha )
Tulis yang ringan-ringan tanpa guna istilah-istilah yang bombastic. Melebih-lebihkan sudu dari kuah (senyum)
Mulakan dengan cerita azam yang tidak menjadi. September sudah sampai separuh hari. 
1. Simpanan saya sangat jauh dari istilah 'cukup' untuk beli tiket kapal selam terbang mau tengok salji. 2. Berat badan bertambah-tambah siap dengan kenaikan kadar cholesterol secara mendadak. 3. Tentang kerjaya, nampaknya tidak berjaya. Tapi saya patut bersyukur kerana ada kerja. 4. Novel, tersangkut di situ lah juga. 4. Cerpen, sudah 2 tahun tidak menghasilkan apa-apa. 5. Sajak, tulis kecil-kecil hanya di blog sebab tengok dan belek-belek sajak saya 'bukan jenis yang tersiar' di media perdana.   
Itu saja. Saya bersyukur. Tapi tidak menipu kadang saya rasa saya memang 'loser'.
Perkerjaan saya, menemukan saya …

Nota kecil untuk cinta

i/
 Walau engkau telah mekar
kami berdua hilang kesaktian
untuk memiliki harummu

ii/
Khabarkan jua pada hujan
Janji telah kami larutkan
dalam renyai rintiknya semalam

Ceritakan jua pada angin
Janji terbang seperti terbangnya
debu dandelion

iii/
Yang tersisa barangkali
Ikrar yang kami kotakan
disaksikan Tuhan. 

Banting
3.18 am



(Kawan,janji denganku kamu akan menari walau hatta dalam hujan sekali pun)





Dalam keterbukaan yang kita cipta, teks menjadi kaku. makna menjadi beku.

....atau barangkali sudah tiba waktu kita sama-sama mengucapkan selamat tinggal.  Tapi kau larang aku. 
" Jangan dulu..."
Tunggu sehingga hujan benar-benar teduh.  Tunggu sehingga hablur-hablur salji menjadi cair  Atau jejarimu benar-benar tidak mampu ketuk papan kekunci lagi.
Tunggu sehingga kau padamkan juzuk-juzuk memori tentang kita.


Rapuh & Larut

September, daun-daun pohon besar di tepi pohon bamboo mula luruh. Rantingnya separa polos, daun-daun yang masih tinggal berwarna kuning keperangan.  Daun-daun yang gugur berserakan memenuhi kiri dan kanan jalan ke tempat kerja. Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya masih dengan tabiat kesukaan saya. Setiap kali pergi dan balik kerja berminit-minit akan saya habiskan berhenti sebentar sambil memerhatikan pohon besar itu.
"Saya di sini bersama kamu. Bayangkan saja, pohon yang sedang kamu pandang itu adalah pohon Marple dan daun-daun keperangan yang gugur adalah kita." Entah dari mana-mana suaranya datang. Berbisik ke kuping telinga saya.
Saya berpaling. Suara itu terus hilang. Bersama pagi yang mulai ranum. Cahaya mentari terus bangkit. Kadang saya gagal bangun dari mimpi yang panjang.
Malam nanti suara itu akan larut dalam rintik hujan yang melebat. Hilang dalam pekatan malam yang panjang.
Oh! Saya menipu. Ia tidak pernah larut walau saya rendamkan dalam asid sulfuric pekat s…

Sekali lagi untuk hari kekurangan kata, sebuah lagu barangkali melukiskan rasa hati

Selamat hari Rabu teman-teman yang masih mengunjungi blog ini. Walau tuan punya blog sudah membisukan diri.

Sebagaimana yang kita mahu

Dia sememangnya seperti saya. Perempuan yang selalu menutup galau dan resah menerusi tawa dan senyuman. Dia menulis tentang dirinya, tentang dunianya. Dan untuk perkara-perkara lain dia tidak pernah ambil pusing. Selalunya.
Teruja dengan diri, Kutuk rakan-rakan.
Dia sememangnya seperti saya. Apabila menulis, dia akan menulis tentang hujan dan puisi. Setiap kali bercerita tentang kucing-kucing peliharaannya, dia akan ketawa riang. Apabila salah seekor kucing kesayangannya mati, dia akan sedih berhari-hari.
Dia hanya meluahkan rasa melalui fiksi-fiksi dan puisi di blog. Kata seorang kawan, apa guna meluah rasa pada blog,twet dan fesbook.  Ada baiknya kau hamparkan sejadah, mengadu pada Tuhan.  Dia seperti dia. Dia kata "Oh! haruskah dicanang satu dunia maya, aku hampar sejadah dan bersujud dengan doa yang berpita-pita"
Dia sememangnya seperti saya. Perempuan yang kadang keliru dengan pendirian sendiri. Selalu tidak sampai hati untuk berkata 'tidak' untuk perkara yang…

Pagi

Bangun dan menguis kembali sisa-sisa kenangan. Pahit dan manis. Segalanya masih melekat di di sudut hati.  Hati yang kadang bagai laut. Kadang selapang langit. Kadang ada badai dan petir.
Bangun dengan payah. Cuba melupuskan sisa-sisa kenangan. Rupanya ada sayang yang masih tertinggal.  Biar kelat, biar pahit. Apalah guna melupuskan kenangan yang enggan tanggal.
Simpan dan sembunyikan ke jurang paling dalam.
Tapi aku mahu kau tahu.
Pagi ini. Rindukan kamu. Rindukan tren. Rindukan hujan. Rindukan sawah menguning. Rindukan sushi. Rindukan sambal tumis bilis ibu.  Rindu bau jerami. Rindu juga aroma teh hijau. Rindukan air batu disalut habuk kayu. Rindukan gemercing loceng basikal ayahanda.
Aku juga mahu kau tahu. Pagi ini aku bangun dengan perasaan seorang yang 'loser' . Kosong. Tidak tahu bagaimana untuk bermula lagi.
Waima untuk bermain dengan ungkapan yang indah dan puitis.

Obsesi terhadap engkau,hujan

Dia pantas memaklumi aku. Hujan bermakna tunggu sekejap sebelum menyambung perjalanan.  Aku pasti lama sudah aku berteduh kawan. Aku sudah terlalu obses dengan rintik-rintik hujan. Terlalu asyik menikmatinya. Aku terlupa jalan pulang.
"Atau sememangnya kau tidak ingin pulang?'
Kami sama-sama tediam. Aku tahu dia masih menanti jawapan yang tulus. Ketulusan itu sangat menyakitkan kawan.

Hujan menjadikan kita kadang sepi dalam riuh rintiknya

Hujan gugur
langit bertranfomasi
alangkah indah jika
ada engkau
di sini 
Mutakir ini
telah aku tutup segala pintu mimpi
yang menghubungi  serpihan  rindu

Gundah resah menjentik rasa pasti barah dosa membunuh kita nanti
Walau kita tahu hujan menjadikan kita  kadang sepi  dalam riuh rintiknya
ps: Dicatat kala langit mendung (hujan belum turun) dan kebosanan asyik tulis laporan.


Mereka dan sepasang tangan ajaib

i. Sepasang tangan ajaib gred A akan merubah yang ada kepada tiada dan yang binasa kepada sempurna walau tidak secara total barangkali. Begitulah dia. Apabila diwar-warkan dia akan melawat kawasan tertentu, maka dalam masa kurang sebulan ada jalan berlopak akan berturap. Semak-samun bertukar menjadi hijau dan lapang. Surau usang disolek cat baru. 
Sepatah kata untuk dia. Datanglah ke lokasi saya. Semoga bangunan bocor sana,tembus sini akan segera dibaiki tanpa mengikut karenah 'beruk' krasi.  Tanpa alasan kekurangan peruntukan atau dana perlu mengikut prosuder yang ditetapkan.
ii.
Sepasang tangan ajaib milik saya tidak lagi bermakna, apabila saya gagal melunasi tanggungjawab dan impian. Sentuhan tidak lagi menjadi keajaiban.
Sungguh saya berhak untuk merasa kecewa. Entah bila saya mampu bangun dan meneruskan mimpi.

iii.
Dia punya sepasang tangan yang mampu menulis biasa-biasa sahaja. Tiada isu-isu besar seperti LGBT, murtad dan aurat atau isu-isu peribadi politikus yang beg…

Random

WWW
Mereka membida kegadisanku sehingga terlupa masih ada sekoloni semut sedang terbiar kelaparan. Labah-labah pula bertungkus lumus membaiki teratak yang pecah roboh dikerjakan ribut kehidupan.
Hoore-hoore
Mereka mengingati ulangtahun pemergiaanku dengan cara yang langsung tidak mendatangkan kebaikan di dunia yang aku duduki sekarang.
Pilihanraya
Adakah memilih untuk tidak memilih juga satu pilihan? Jika ya, aku mahu memangkah kotak yang berkenaan.
ps : Rindu.

Poppy dalam kenangan

Aku hampiri Poppy. 
Bertanya padanya dalam nada yang paling tinggi dan aneh."Bertahun sudah kita bersama. Mengapa mahu pergi?” Poppy tersenyum. 
“Ruang dalam hatiku ini sudah menjadi terlalu sempit untuk kuberi padamu, atau mana-mana lelaki pun.” Ucap Poppy separa berbisik. 

“Maaf, jika kau terluka. Jangan terlalu lara. Maaf, aku terpaksa!.”Poppy menyambung. Renungan kosongnya jatuh ke lantai kusam kamar tidur kami yang sempit.

“Kalau perlu dengan kejam!” Poppy tersenyum lagi. Senyuman yang tidak pernah menyahjauhkan dirinya dari lelaki selurus aku.

"Ada penggantimu dan suatu hari nanti akan ada penggantiku untukmu " Poppy bersuara lagi. jujur. Penuh keyakinan. Tiba-tiba dia menjadi tukang ramal yang sebegitu optimis.
Aku tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi penggantiku. Aku telah menemani Poppy dengan setia selama beberapa musim ini.  Tiba-tiba aku rasa tercabar kejantanan. Mahu aku memaki dia sepuas hati.

Aku, lelaki yang telah membersihkan mata Poppy. Saban mal…

Bukan sesiapa

Bukan kejora bukan neon jauh sekali permata sentiasa sirna walau
dalam remang sore dalam redup senja dalam rintik hujan
dalam kelam malam
dan kabus pagi

Malam ini 
berdoa langit terang 
dan ada baki bintang
untuk aku hitung


12.30 pm

Pada pukul 12.30 adalah waktu makan dan waktu rehat para kuli kerajaan. Namun untuk kuli seperti saya, kadang tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Saya harus berada di dewan makan. Memantau kalau-kalau ada perkerja yang menyendukkan lauk pelajar kadang 3 ketul daging dalam sup. Takut tidak mencukupi. Dakwa mereka.
Eh Adik Manis,  Kalau timbangan boss engaku tu mencukupi maka mustahillah makanan pelajar tidak mencukupi. Macam mana kau belajar hukum Metematik. Sedangkan saya yang tidak lulus SPM subjek Matematik pun mudah faham.
Ditampalkan hadis, segala mak nenek kata-kata motivasi tentang agama. Memang bagus. Tapi kenapa saya rasa sangat-sangat hendak termuntah setiap kali memandangnya.
Oh! Ada sesiapa boleh tolong carikan ayat-ayat Al Quran atau Hadis berkaitan hukum penipuan dalam timbangan atau memakan harta secara bathil.
Saya pun rasa mahu menampal jugalah. Manalah tahu, kalau-kalau di dalam harta tersebut ada sedikit hak untuk anak-anak yatim.

*****
Tika ini, saya sangat-…