Bangun dan menguis kembali sisa-sisa kenangan. Pahit dan manis. Segalanya masih melekat di di sudut hati. Hati yang kadang bagai laut. Kadang selapang langit. Kadang ada badai dan petir.
Bangun dengan payah. Cuba melupuskan sisa-sisa kenangan. Rupanya ada sayang yang masih tertinggal. Biar kelat, biar pahit. Apalah guna melupuskan kenangan yang enggan tanggal.
Simpan dan sembunyikan ke jurang paling dalam.
Tapi aku mahu kau tahu.
Pagi ini. Rindukan kamu. Rindukan tren. Rindukan hujan. Rindukan sawah menguning. Rindukan sushi. Rindukan sambal tumis bilis ibu. Rindu bau jerami. Rindu juga aroma teh hijau. Rindukan air batu disalut habuk kayu. Rindukan gemercing loceng basikal ayahanda.
Aku juga mahu kau tahu. Pagi ini aku bangun dengan perasaan seorang yang 'loser' . Kosong. Tidak tahu bagaimana untuk bermula lagi.
Waima untuk bermain dengan ungkapan yang indah dan puitis.
Ulasan
nak beraya dgn kamu...
.