Langkau ke kandungan utama

Sebagaimana yang kita mahu

Dia sememangnya seperti saya. Perempuan yang selalu menutup galau dan resah menerusi tawa dan senyuman. Dia menulis tentang dirinya, tentang dunianya. Dan untuk perkara-perkara lain dia tidak pernah ambil pusing. Selalunya.

Teruja dengan diri, Kutuk rakan-rakan.

Dia sememangnya seperti saya. Apabila menulis, dia akan menulis tentang hujan dan puisi. Setiap kali bercerita tentang kucing-kucing peliharaannya, dia akan ketawa riang. Apabila salah seekor kucing kesayangannya mati, dia akan sedih berhari-hari.

Dia hanya meluahkan rasa melalui fiksi-fiksi dan puisi di blog. Kata seorang kawan, apa guna meluah rasa pada blog,twet dan fesbook.  Ada baiknya kau hamparkan sejadah, mengadu pada Tuhan.  Dia seperti dia. Dia kata "Oh! haruskah dicanang satu dunia maya, aku hampar sejadah dan bersujud dengan doa yang berpita-pita"

Dia sememangnya seperti saya. Perempuan yang kadang keliru dengan pendirian sendiri. Selalu tidak sampai hati untuk berkata 'tidak' untuk perkara yang memang tidak ingin dilakukan.  Suatu hari dia diminta menulis puisi.  Puisi itu pula ada unsur-unsur 'mengipas'. Dia lantas bertanya pandangan saya.

Maka saya saya tulis sebuah puisi bagi menyatakan pandangan saya.

Di dalam ribut ini
menyanyilah bersamaku
Kita nikmati rintik hujan
sebagaimana kita mahu.
Sumber Foto : http://copperandvinedotcom.files.wordpress.com/2012/05/rainy-day.jpg


Ya..sebagaimana yang kita mahu.

Ulasan

sepa berkata…
Salam Aidilfitri, kak.
akirasuri berkata…
semoga dirahmati Allah sentiasa, kedua-duanya. :)

selamat meraya si manis, Allah rahmati kamu sentiasa.
makissa berkata…
salam aidilfitri akak.... best entri :)
Nizam.Ariff berkata…
ampun dan maaf dimohon...

selamat hari raya
Lily Abdullah berkata…
Selamat hari raya untuk kawan2 yang tak sempat nak ucapkan via sms :)
puding roti berkata…
kakak..ada lg kuih raya? hee

org pulak selalu 'tak apa tak apa' kan sy. bt sy spt tidak kisah dgn semua perkara yg mgkn blh lukakan hati sy tanpa peduli yg sy juga ada hati perasaan yang reti untuk berasa pedih.
Lily Abdullah berkata…
Ada lagi hihihi..nak datang rumah ke?
puding roti berkata…
nak! tp kena tanya anney dulu. hehehe...nanti kita sms kakak ye ;p

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...