Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tentang menulis

Anda tidak perlukan apa-apa pil untuk berkhayal

Jadilah penulis, pengarang dan pencatat kecil-kecilan.  Ya. Saya baharu selesai menyiapkan satu lagi 'projek khayalan' saya.  Sebetulnya - saya malu mengaku saya menulis apatah lagi mengarang. Saya panggil diri saya penulis yang 'runcit-runcit' dan pencatat kecil. Macam menyediakan sinopsis cerita sahaja. Projek terbaharu saya yang bakal terbit masih lagi projek penerbitan berkonsepkan 'indie'. Masih kompilasi. Kolaborasi bersama beberapa rakan penulis dan pembaca yang pelbagai latar belakang dan karier. Macam Kapsul Nurani. Cuma kali ini, daya khayal saya lebih tinggi. Menitipkan warkah kepada seorang bayi yang tidak wujud. Bayi saya. Gadis kecil saya. Namanya Raihana. Daya khayal itu pasti datang bukan secara tiba-tiba atau sia-sia. Tentu ada hikmah. Sekurang-kurangnya buat pujuk hati sendiri untuk terus melangkah dan tersenyum. Biasanya lagu akan menjadi inspirasi saya. Kali ini, lagu dendangan Puan Fynn Jamal - Arjuna...

Pada saat ini pun aku masih terus belajar

Barangkali ada dua kemungkinan yang harus yakini. Pertama, Allah akan memilih sesuatu yang lebih baik untuk menggantikan yang sangat-sangat dingini.   Kedua Allah akan mengembalikan yang kita ingini kemudian.   Ketika ianya lebih baik untuk kita atau sebaliknya, kita yang jadi lebih baik untuk yang kita ingini. Semua itu ada dalam kekuasaan Allah. Manusia hanya berusaha. Seterusnya memohon yang terbaik, juga terus meyakini bahwa yang terbaik itulah yang akan jadi takdir kita seumur hidup nanti. Kita harus benar-benar belajar bagainama merelakan sepenuh hati.  Belajar bagaimana menerima.

Penulis Dunia Maya

Tiada trofi yang bersila t iada pengiktirafan, anugerah menanti karya dan idea kadang  diciplak petik, dimanipulasi sesuka hati tanpa belas dan simpati kerana mereka termasuk aku gila gila gila atau itu pilihan kami

Seorang pencinta akan terus menjadi pemuja

Tiupan bayu bulan Mac mampu menerbangkan debu-debu duka yang bersarang di celahan  batang jerami kering dan menunggu masa terbakar oleh peritnya bahang matahari yang memancar dari langit tinggi terus ke bumi yang sudah terlalu tua untuk mendengar cerita-cerita yang sama berulangkali tanpa noktahnya. Barangkali Seorang penulis, biarpun dirinya enggan mengaku tetaplah kerjanya akan terus menulis. Tanpa gelar, tanpa imbuhan. Tanpa apa-apa maksud atau tujuan pun. Di sudut terang dan gelap. Di medium perdana maupun tersorok.  Pengikitirafan atau sanjungan bukan matlamat. Dan aku ini pula hanya seorang pecinta dan pencandu kopi. Setiap hari cuba menjadikan bancuhannya enak. Sukatan gula dan susunya bertepatan.  Dan aku juga sedar, aku bukan tukang bancuh kopi yang berkemahiran tinggi. Aku bancuh sekadar memenuhi selera tekakku. Barangkali.

Mata pena dan kekunci askara

Kadang-kadang kita masih mahu datang dan mendengar ucapan yang pahit, terjal dan kelat kerana kita tahu dia berkata benar.  Memang orang jenis begini, menyakitkan hati. Tapi kebenaran ucapannya membuatkan kita tercabar untuk melakukan yang terbaik. Dalam diam, kita mengakui kebaculan diri dan mula bertindak membuktikan kita bukan seperti yang dia katakan. Nanti, aku tidak perlu membuktikan apa-apa untuk engkau. Tapi untuk aku. Diri sendiri. * * * Sewaktu ku mula menajamkan pena seorang guru menitipkan doa dan pesan paling bermakna Bersederhana saja agar kau tak merana mata pena dan kekunci askara tajam belatinya mengalahkan katana    

Dia dan secangkir kopi pahit

via carian Google.com Dia dan secangkir kopi pahit adalah khayalan paling sakit  adalah realiti walau sedikit Tak sesiapa mampu, kawan menghalang senja menenun renda menghadang hari bertukar kelam mencincang kepulan aroma kematian Biarkan sang langit, usah gundahkan ratapannya tak akan lebih kelam tanpa hadirnya malam Dia satu-satunya yang mendengar tangisku ketika ku mula berani menyajikan anggur termanis tanpa peduli betapa berat perjuangan saat kaku-kaku jemari kupaksa lurus cuba mengumpil pintu kehidupan Malam ini malam bersunyi-sunyian pulanglah gapai perjalanan terakhir kita pasti   bertemu di teluk yang sama saat ruang terakhir mulai kita susuri moga nyala yang indah terangi luar dalamnya dan aku masih berdoa di dalam kebisuan ini Dia dan secangkir kopi pahit adalah khayalan paling sakit  adalah realiti walau sedikit

Demi bebaris puisi yang selalu kau bilang puitis

Sumber Sebutir dua plum gugur dipetik lentik jari-jari angin dan aku pungut kupas dan kunyah masam dan kecut pada hari suara sepatumu kian menjauh dari daun pintu Dalam kesenyapan aku merangkai-rangkai cerita sendiri sebuah hutan tumbuh di halaman entah di mana diletakkan tepian aku tersesat sendirian Kuhirup kopi sebelum dingin kau tahu, kopi itu kuhirup sambil tersedu-sedu     alangkah sendu bunyi sudu dan cawan beradu Tunas hijau hujan mulai berdaun lebat aku melihat bayangmu sekelibat lalu lesat ke arah tak kuingat Sore itu jarum jam terus menjauh di beranda aku beku di manakah kau? Bukit Changgang, Banting  ps : Geram. Kemaskini web asrama susah sangat nak menjadi. Kemaskini blog senang pulak. Saya syak Encik Google sabotaj saya :p

Tanpa tajuk

Seorang aku masih lagi belum berganjak dari pelantar mimpi walau jasadku telah terbuat tugasan lain Aku sang pemimpi sedang melunasi amanah demi kelangsungan hidup mencuri seminit dua waktu melampirkan gian meneruskan larian di litar kehidupan ps: contoh kerja - laporan pematauan,laporan kerosakan, mengelidah dapur orang, analisa peperiksaan. penarafan itu ini.. Aduh! aku wajib  bersangka baik sama Tuhan Sila abaikan tulisan bodoh ini. Nanti aku padam dari entri.

Obsesi terhadap engkau,hujan

Dia pantas memaklumi aku. Hujan bermakna tunggu sekejap sebelum menyambung perjalanan.  Aku pasti lama sudah aku berteduh kawan. Aku sudah terlalu obses dengan rintik-rintik hujan. Terlalu asyik menikmatinya. Aku terlupa jalan pulang. "Atau sememangnya kau tidak ingin pulang?' Kami sama-sama tediam. Aku tahu dia masih menanti jawapan yang tulus. Ketulusan itu sangat menyakitkan kawan. Kredit : http://www.lurvely.com/photo/3817544476/Rainy_Days_and_Mondays/  

Tentang kekecewaan dan ekspektasi

Bumi mana yang anda fikir tidak pernah ditimpa hujan? Barangkali kadang taufan, tsunami dan ribut salji.  Siapa yang tidak pernah merasa kecewa?  Merasa kecewa tentunya lumrah kehidupan.  Kata mereka, orang yang sering putus asa dan merasa kecewa adalah individu yang lemah dan tidak tahu bersyukur. Barangkali separuhnya benar. Barangakali seperempatnya benar.  Barangkali juga totalnya benar Terpulang kepada pengalaman dan persepsi. Saya kira semua kita yang bukan dijadikan dari cahaya ini pernah merasainya. Bukan sekali dalam hidup. Bahkan beratus, beribu kali. Kekecewaan mungkin timbul dari pelbagai situasi bukan ?  Dari masalah birokrasi, kuliah, kerja, teman, pasangan atau apa pun, di mana kita menyimpan harapan yang menggunung.  Namun kenyataan sama sekali becanggah dengan harapan  “Teruslah berharap dan jangan pernah lelah untuk kecewa”. “Jangan pernah berharap jika tidak ingin kecewa” ~ Petikan kata...

Fiksi-fiksi sebaris ayat dan sebuah puisi yang tidak tersiar di media besar (di kala mata enggan pejam)

sumber foto Menanti Dia menantimu sehingga nyawa cair dan larut bersama empingan salju. Kesakitan Di hadapanku seorang perempuan muda berambut keperangan berwajah ala selebriti sedang diambil tekanan darahnya. Oh! Betapa kesakitan tidak memilih rupa dan usia Parut luka Telinga telah lama melepuh dengan hinaan dan cacian bergulung-gulung dalam jelmaan seekor ular. SALJU DAN RUMAH AGAM dari seberang aspal berdiri tegak rumah agam kepulan salju yang kedinginan jatuh cinta pada sepasang mata di mana matahari memancar ia, sang salju memutih itu, ingin sekali mati terbakar pada sepasang mata dari seberang lain, tegak rumah agam lebih indah dan sepasang mata perempuan jatuh cinta pada kepulan salju bersih putih di mana ais berkepalan, berhablur dan berakar sepasang mata itu ingin sekali ikut mencairi kepalan salju, mengalir lalu hanyut Rumah-rumah agam, tidak betah berbuat apa-apa kecuali basah dan dingin lamannya menangis. Sepasang mata pe...