Langkau ke kandungan utama

Seorang pencinta akan terus menjadi pemuja

Tiupan bayu bulan Mac mampu menerbangkan debu-debu duka yang bersarang di celahan  batang jerami kering dan menunggu masa terbakar oleh peritnya bahang matahari yang memancar dari langit tinggi terus ke bumi yang sudah terlalu tua untuk mendengar cerita-cerita yang sama berulangkali tanpa noktahnya.

Barangkali

Seorang penulis, biarpun dirinya enggan mengaku tetaplah kerjanya akan terus menulis. Tanpa gelar, tanpa imbuhan. Tanpa apa-apa maksud atau tujuan pun. Di sudut terang dan gelap. Di medium perdana maupun tersorok.  Pengikitirafan atau sanjungan bukan matlamat.

Dan aku ini pula hanya seorang pecinta dan pencandu kopi. Setiap hari cuba menjadikan bancuhannya enak. Sukatan gula dan susunya bertepatan. 

Dan aku juga sedar, aku bukan tukang bancuh kopi yang berkemahiran tinggi. Aku bancuh sekadar memenuhi selera tekakku.

Barangkali.

Ulasan

sepa berkata…
suka intro, kak.! :)
Lily Abdullah berkata…
Sepa,

Mengikut apa yang kak belajar dari sifu2, ayat macam tu tak kena. Mungkin patut dikerat-kerat. Cuba baca senafas, semput dik ha ha..

Wadah blog, silap boleh edit. Tak suka boleh padam terus.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.