Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

Seorang perempuan di dalam hujan

Bukan dia Suatu hari ketika pulang dari sekolah. Gadis kecil itu kehujanan. Melalui lorong sempit celahan kebun getah. Dia letih dan kebasahan. Perut kelaparan dan tubuh kurus kerdil menggigil kedinginan. Seawal pagi belum menjamah makan. Tapi Dia suka berjalan di dalam hujan. Kerana tiada siapa perasan dia sedang menangis kelaparan. Puluhan tahun kemudian. Suatu hari ketika pulang dari pekan. Si gadis remaja baru mengenal cinta. Menemui seorang teman istimewa dalam hidupnya. Bagai bulan jatuh ke ribaannya. Malang sang kekasih dilihat memimpin wanita sarat. Tangan kanannya mendukung anak comel seusia dua tahun. Dan kebetulan hari itu hujan. Dia pun terus meredah. Tanpa peduli basah. Dia suka berjalan di dalam hujan. Kerana tiada siapa tahu dia sedang menangis kesedihan. Mangsa kemunafikan seorang lelaki. Atau mangsa kebodohan sendiri. Hari itu. Juga hujan. Dia di hospital. Menunggu lelaki tersayang dijemput Tuhan. Rasanya seakan mengiringi jenazah ke kuburan. Dia berdiri keseorangan

Supernatural

Imej hiasan Disclaimer : Sebuah kisah yang akan meremang bulu tengkuk anda. Dan entri ini aku coretkan di tengah malam buta istimewa untuk pa’cik El . Diberitakan dia sangat mengemari cerita hantu. Dakwanya “citer antu memang kopi dan teh aku lah... haha...” dalam bahasa Melayu paling standard . Ha! Ha! Ha! ***************************************************** Aku dan Dee pernah bersahabat baik. Dia baik orangnya. Aku pernah dengar dakwaan yang Dee mempunyai saka yang bakal diwarisinya. Kerana celik agama, dia telah menolak “benda” yang mau bersahabat dengannya itu. Tiga tahun yang dahulu. Aku dan Dee ditempatkan sekamar. Tapi kami bukan satu kursus. Dia memilih mesin jahit dan aku pula memilih komputer. Suatu malam. Dee didapati hilang dari tempat pembaringannya. Lalu, kami rakan-rakan sekamar keluar mencarinya. Tidak ketemu. Kami bimbang. Beberapa hari sebelumnya, Dee kelihatan murung, enggan makan dan dilihat bercakap-cakap sendirian. Aku teringat sebuah katil PO6 yang kosong. Kama

Musim gugur bermula.

Musim luruh bermula! Demikian beritahu Yuriko Nelson menerusi emailnya lewat berminggu nan lalu. “ It’s very beautiful, if you can see it ” beritahunya. Lantas, aku terbayang kenalanku, berwajah manis berusia tiga puluh dua tahun itu. Berambut sedikit curly , separa panjang ditocang kemas, berkaca mata dan sedikit tomboy. Bukan tipikal Japanese . Dan perkataan kesukaannya “ pardon ”. Lagi katanya mau melawat aku Ogos nanti. Mau melawatku ketika gawat ekonomi begini. Dia bakal tetamuku. Seharusnya dilayan sebaik mungkin. Aku tipikal Melayu. Ajaran agama kujunjung dan adat kukelek sebaik mungkin. Dan aku pernah berkisah tentangnya di sini . Musim luruh bermula! Tentu indah. Melihat ranting-ranting tanpa daun. Ajaibnya ciptaanMu. Ranting, pepohon bugar segar kehijauan dan berwarna-warni bunga-bungaan, tiba-tiba polos. Musim luruh bermula! Dan daun-daun kuning merah keemasan berserakan itu tambah indah ketika dihembus angin. Pepohon seakan tidur dan berehat sebentar. Dari memayung redu

Hanya kerana seekor kucing (2)

Jam dua belas setengah malam. Encik Kay mengetuk-ngetuk gril saya yang berkunci. “Kak Ani, kak Ani! Kucing kak Ani ada kat tingkat atas, dalam rumah kosong yang cikgu Ijan tinggal dulu tu” Encik Kay dalam loghat Kelantan. Encik Kay, baru balik dari merambu ramba dengan rakan-rakan bujangnya. Walaupun dia telah berkelamin. Disclaimer: Ini bukan pesepsi saya, okay . Ini dakwaan isterinya Puan Dee; yang pantang bersua muka dngan saya. Maka pot pet, pot pet lah dia. Bercerita perihal suaminya itu. Suami yang muda lebih kurang sepuluh tahun darinya. Saya cuma anguk-anguk macam belatuk kerana saya juga orangnyanya, yang berusaha menemukan jodoh mereka. Alhamdulillah! “ Aiseh ! Macam mana ni?.”. Saya mengomel sendirian. Encik Kay menanti di luar. Saya pergi mengejutkan lelaki saya. Haram mau dia bangun. Marah saya adalah. “Abang tak nak bangun la Kay”. Saya beritahunya. “Tak pa, kejap lagi akak naik ambil” Demi Coco, saya sanggup berani. “Tak pa, jom saya teman” Encik Kay. Mengikut saya, me

Hanya kerana seekor kucing.

Hari ini. Kucing kesayangan saya keluar dan tidak pulang-pulang sehingga entri ini saya tulis. Jam sudah sebelas dua puluh malam. Pintu rumah saya masih ternganga. Cuma gril saja berkunci. Saya menanti dan menjenguk-menjenguk keluar. Petang tadi, langit meruntuhkan hujan lebat sekali. Tentu dia kesejukan dan kelaparan di luar sana. Sudah empat lima kali saya meronda blok ini. Naik turun tangga. Saya bimbang. Dia tentu lapar. Kembung rebusnya belum berjamah. Tadi, kali terakhir saya menaiki tingkat empat yang tiada berpenghuni. Kalau ada jiran yang nampak, pasti mereka sangka saya dirasuk. Atau paling kurang sudah tidak betul. Lelaki saya tidur. Tahunya cuma marah-marah kerana melepaskan ‘anak’ kami itu keluar. Ahhhhh! Apalah sangat nilai seekor haiwan bernama kucing. Tapi yang pasti, malam ini saya tidak boleh tidur. Menanti kepulangannya. Perasaan saya kacau! Hanya kerana seekor kucing.

Lihat pada rumput

Lihat pada rumput. Cantik amat di kedinginan pagi. Ketika embun membasahinya. Atau ketika rintik mulus hujan menimpa. Lihat pada rumput. Kehijauannya menakjubkan. Ketika kuning keperangan juga mengasyik pandang. Lihat pada rumput. Dipijak lunyai Ia tetap kebal. Hari ini diracun mati. Esok yang mati menukar diri membajai yang bakal tumbuh. Tambah menghijau. Terus menyubur bugar. Sahabatku. Kamu dan aku tidak perlu selalu merenung bulan. Kita tidak perlu selalu-selalu memuja bintang. Atau marah-marah pada matahari yang menghangus kulit mulus Sesekali kita cuma perlu melihat rumput..... Nota kaki: Entri ketika “sifar idea” dan ditujukan untuk diri sendiri. Dan esok aku lupa lagi,walau saban hari memijak rumput. Mungkin lusa dikafankan dan tidur panjang di bawahnya Kredit imej untuk Ahmad Shafie (iLuvislam.com)

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Al Fatihah Untuk Abah

Dulu-dulu. Aku dan Khadijah. Suka tengok rumah besar. Sebab rumah kami kecil. Atap zink, tapi bocor tiris sana sani. Dinding kayu berlubang sana sini dimamah anai-anai. Apabila hujan turun, aduh siksa amat. Kami cuma tengok Combat atau Drama Minggu Ini dari tivi rumah jiran. Pakai seterika karan ketika umur sudah belasan. Rumah kami kecil. Hingga suatu hari mak secara tidak sengaja mengeluh pada abah. “Abah, rumah kita ni, reban ayam orang lagi elok. Anak-anak makin besar” Abah diam. Kunyah dalam pahit. Telan dalam pedih. Abah, lelaki yang tabah. Kudratnya kuat. Sekolah tidak pernah. Belajar membaca sendiri-sendiri. Cuma pandai baca tulisan jawi. Bila kami masuk sekolah, abah suruh kami ajar dia baca huruf rumi. Abah. Kudratnya kuat. Semangat tidak pernah luntur. Setiap hari keluar rumah; memikul guni padi, garam dan gula atau tepung. Jika guni baja urea, maka pecah-pecah bahunya untuk berminggu-minggu. Abah. Semoga Allah swt. Merahmatimu di sana. Negeri kekal abadi. Ampun bah! Kami

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un

Di tengah kegawatan ini, saya mahu bernostalgia sebentar.

Jun 2008, Kuala Lumpur. Kadang kala. Ada waktu, bernostalgia sebentar atau berimiginasi sejenak. Mungkin mampu menghilangkan kepenatan dan tekanan hidup yang dilalui. Bukan maksud, mau melarikan diri dari kerumitan. Yang rumit, tetaplah rumit. Cuma kita, ada ketikanya, perlu melihatnya dari sudut yang lebih positif. Hari ini dan semalam. Satu Malaya kecoh pasal kenaikan harga petrol. Sewaktu pulang kemari dari kampung, saya melihat deretan kereta di setiap stesyen petrol dari Bandar Tasik Selatan ke Bangi. “Kerajaan Malaya memberikan petrol percuma untuk malam ini sahaja” Gurauan bersahaja abang yang membawa teksi. Saya tersengih. “ Huh ! Nasib baik belum pakai kereta”. Tapi, saya tidak bisa tersengih lama-lama. Kenaikan petrol, bermakna tangki motosikal suami tidak lagi penuh jika diisi dengan ringgit Malaysia tiga. Kini, kami memerlukan tambahan dua ringgit lagi untuk memenuhi tangki kenderaan beroda empat yang bukan kereta itu. ******************************************** Nishiawaji

Tag salam perkenalan

Saya mula ke blognya setelah melihat link di Soljahs dan dia merebiu Gangguan Teksual. Membaca dalam diam dan saya terpikat. Saya kira tulisannya tak kurang menarik. Dia barangkali penggemar tulisan Encik Pinter. Tiba- tiba “Chop! Anda telah ditag.” Entri pertama saya selepas balik kampung, adalah menjawab tag Cik Fisha. Tag untuk berkenal-kenalan ha!ha!ha! Lapan fakta rambang tentang saya. Jangan berkisah tentang peraturan, kerana saya paling suka melanggar peraturan. Saya sentiasa melanggar peraturan yang manusia reka-reka untuk kepentingan pihak tertentu dan saya mengalami kerugian dalam banyak perkara .(Oh ya! Malam ini rasanya kita patut merompak mana-mana stesyen petrol atau kita patut rompak mana-mana rumah tuannya telah menaikkan harga petrol.) Saya adalah sorang yang berdikari. Buktinya saya telah berkelana ke Osaka bersendirian tanpa menguasai bahasa Jepun dan hanya tau speaking English sikit-sikit. Saya adalah seorang yang berani. Saya bangga kerana berhenti kerja ketika k