Jun 2008, Kuala Lumpur.
Kadang kala. Ada waktu, bernostalgia sebentar atau berimiginasi sejenak. Mungkin mampu menghilangkan kepenatan dan tekanan hidup yang dilalui.
Bukan maksud, mau melarikan diri dari kerumitan. Yang rumit, tetaplah rumit. Cuma kita, ada ketikanya, perlu melihatnya dari sudut yang lebih positif.
Hari ini dan semalam. Satu Malaya kecoh pasal kenaikan harga petrol. Sewaktu pulang kemari dari kampung, saya melihat deretan kereta di setiap stesyen petrol dari Bandar Tasik Selatan ke Bangi.
“Kerajaan Malaya memberikan petrol percuma untuk malam ini sahaja” Gurauan bersahaja abang yang membawa teksi.
Saya tersengih.
“Huh! Nasib baik belum pakai kereta”.
Tapi, saya tidak bisa tersengih lama-lama. Kenaikan petrol, bermakna tangki motosikal suami tidak lagi penuh jika diisi dengan ringgit Malaysia tiga. Kini, kami memerlukan tambahan dua ringgit lagi untuk memenuhi tangki kenderaan beroda empat yang bukan kereta itu.

********************************************
Nishiawaji, Osaka 2007.
Basikal kelihatan di mana-mana. Mulanya, saya terkujat melihat. Tomoko Innoue berbasikal roda tiga. Walau basikal tersebut saiznya tidak semini basikal kanak-kanak berumur tiga tahun, ia kelihatan lucu amat.
Saya tersengih-sengih setiap kali melihat Tomoko Innoue menunggangnya.
Innoue san, tidak mahir berbahasa Inggeris. Tiap patah perkataan yang ingin dibicarakan dengan saya, pasti akan diucap dalam bahasa ibundanya dulu. Kemudian dia akan fikir-fikir dahulu, kemudian membelek-belek kamus.
Ayat-ayat yang dia agak fasih ialah “I’m sorry atau can I smoke?”
Itu saja. Dia perokok tegar. Umur hampir lima puluhan. Pernah berkasih di usia remaja dan tidak pernah berkahwin.
Suatu hari. Dia bertanya saya. Berapa lama saya bertemu suami sebelum kami bernikah. Saya beritahu, hanya beberapa bulan. Innoue san seakan tidak percaya. Mulutnya ternganga.
“How’s long did you leave together before get marry?”
Dan dia bertambah terkejut apabila saya memberitahu kami tidak pernah tinggal bersama. Malah keluar bersama juga jarang-jarang.
“Why?” Dia kepingin tahu.
Aduh! Kacau saya mau terangkan padanya tentang dosa pahala dan zina. Berbezanya budaya kami. Jalan mudah, saya beritahunya ianya tidak baik dalam agama dan budaya saya. Saya umpamakan macam rokok yang sedang disedutnya. Enak, tapi memberi kesan buruk di hari-hari berikutnya.
“Smoking is bad habit for everyone”. Innoue san angguk-angguk faham.
***************************************

Suatu hari, dua minggu sebelum Ramadhan. Tiba-tiba Innoue san berkata dia memasak kari untuk saya. Kari ikan katanya. Saya sedang bayangkan keenakannya. Tapi agak cuak mau menjamahnya. Katanya, bekas yang digunakan untuk memasak adalah baru dan peralatan memasak juga baru dibeli. Dia faham saya tidak boleh makan babi dan minum arak.
Hati saya tetap cuak. Macam ada yang tidak kena. Tapi melihatnya bersungguh memasak untuk saya. Tidak sampai hati saya tidak menjamah. Rasanya kari itu tak ubah macam masak sardin di dalam tin.
“Yachhh!”. Rasa mau muntah.
Tekak saya rasa loya. Kepala pusing-pusing. Mengantuk bukan main selepas makan. Saya tertidur macam orang mabuk. Hingga kelas saya pada hari tersebut terpaksa dibatalkan.
Rupanya Innoue san mencampurkan sake dalam masakannya.
“Uhhhhhhhhhh!”
Terkena juga saya. Dan Tomoko Innoue berkali meminta maaf dari saya.
Katanya dia tidak tahu, sake juga arak. Berkali dia memohon maaf. Wajahnya nampak sungguh kesal dan bersalah.
“It’s okay”. Kata saya. Sudah termakan, apa lagi yang patut saya kata.
Alahai!
Nota kaki:
Dua hari selepas saya mabuk secara tidak sengaja, Innoue san kata dia mau belanja saya udon. Sejenis mee, jika tak salah. Saya tolak baik-baik. Saya lebih rela makan roti dan minuman 100 plus dari Lawson.
Uhhhhhhhhhhhh!
Mahal gila.
Ulasan
Kja sdiri pernah mangalami situasi yg lbhkurang sama.. Penah termkn home made pork pie yg dihidangkan my host mom.. mujur tak sempat telan.. Dia beli benda tu tanpa menyedari ada pork dlmnya..(itu yg dia kata, bersangka baik je lah...)
Begitulah kita di negara non muslim. Dalam dok berhati-hati pun terkena lagi
Dah namanya arak memang mabuk dan mengantuk hahaha!. Petang itu akak tertidur di studio Kim san macam orang mati.