Langkau ke kandungan utama

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc.

Aku gugel Ethical issues in workplace. Kemudian Ethical Theories.

Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload. Melimpah.

Uhhhhhhhhhhhhhh!

Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut.

Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English. Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur.

Eternal Law?
Utilitarianism?
Universalism?
Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa
Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku.

Aduh!

Damn! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum.

Cis! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun.

Pada aku selagi, aku nyatakan sumbernya itu bukan menciplak.

Tugasan...oh...aku belum siapkan. Ada lebih kurang tiga semester lagi untuk dihabiskan program ini. Termasuk peperiksaan untuk memperbaiki gred.

Dan

Aku rasa macam nak menyalin dan menampal sahaja untuk tugasan kali ini,
Erkk!. Tak boleh. Unethical namanya.

Erkkk!!

Patutnya aku siapkan tugasan. Apasal aku tulis entri pulak.

Tidak beretika.

Heh!

Nota kaki:
Mungkin nanti universiti ini akan tawarkan subjek “Etika Menulis Blog”.
Hahaha!

Ulasan

Pa'chik berkata…
minah tu... heheh... bang ang kot... hahahah....

dulik hapa.. tak letak sumber pun... dulik hapa... bukan kita wat carik makan pun.. bukan mengejar kemasyhuran pun...

setakat berporem mengabeskan masa, membuang tenaga, menambah kawan, mencari lawan... membina pengaruh, mencipta musuh... hehehe...

ke hang berporem ni untuk jadik kaya? melobi jadik perdana menteri, mengendeng tender dan kontrak?

agaknya tang dia, letak semua hasil dari buah fikir dia je kot... hahaha... bijok beno dia...
Amalina berkata…
Kak, selamat menulis tugasan. Amal pun ada lbh kurang 3 semester. Moh kita usaha.
saudagar gaRAM.. berkata…
alamak..

menulis dalam forum pon kena ada etika?


pasni payah dah gua nak quote2 ayat p ramlee ke atausape2 dah..



depa kata takde etika..

..jadahnya etika tu?
gua lemah arrr...
kad0k. berkata…
alamak..kalau menulis blog kena ada etika juga ka WL? susah la mcm tu...ni quite dr pa'chik.."dulik hapa"..hahahha
sampai camtu skali tuduhan minah tu... apa salahnya berkongsi ilmu... suka hati dia jekk bagi tuduhan camtu...
Buwau98 berkata…
Forgive me for writing in english, not that i am non patriotic.
I was here by pure chance and the word Kajang rings many bells...and i was wondering, how much a stick of "Satay Kajang" cost now.
May i have your permission to add your blog to my list of bloggers that i adore......please.
Atiey MN berkata…
uiks...jgn give up kak...truskan mncari ilmu...
copy paste tp letak reference/ sumber rasenya x leh msuk dlm "kod" x beretika...
Pi Bani berkata…
Aik? Pensyarah-pensyarah pun ambil maklumat dari sumber-sumber lain - unethical kah mereka? Rasanya selagi sumbernya dinyatakan tak jadi masalah.

Lainlah kalau kita ciluk bulat-bulat dan mengaku tu kita yang tulis.

Si Minah tu ada masalah kot...
tasekM berkata…
etika menulis blog... ha ha... mencabar subjek tu kak... aku suka..

kak, kamu sedang amik master ke kak?
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Tasik master hapenya..akak umur 35 baru ada peluang nak buat diploma dik. Faham aja la dulu, kluarga tak mampu. Pergi mohon biasiswa, orang gomen kata tak layak. Alasan adik beradik sikit aja-dua orang. Depa tak tau pendapatan abah pun sikit juga.

Entah akak Bani. Saya pun tak faham. Dia baru masuk study online kut...yg lawak tu ada orang lain pulak bela saya. Katanya Minah tu tak sopan (rude). Saya tak balas. Diam ja hahaha!

Atiey,
Itulah bukan senang blajar online ni. Macam2 ada. Salam kenal ya. :)

Buwau,
Oh..ni kes tersesat ke blog saya ya:p.

Takpe. T/kasih kerana menyapa. Salam kenal. Ada masa nanti saya pergi tgk space awak okay.

Oda,
Biasa la dik. Adat la tu. Dalam sepuluh pasti ada satu yang tak senang dengan kita.

Garam,
Kalau betul ada etika, abih la lu hahaha!

En Kaduk,
Dulik hapa hahaha...yang penting kita suka. Kita bukan wartawan nak beretika-etika hahaha!

Amal,
Semoga kita sama-sama berusaha dik.

Pa'chik,
Kak Liliair rasa nak nulis ikut ko punya etika untuk entri ni. Aku geram. Tak kenal, tiba2 dok condem aku. Ingat aku baru baru bab2 forum ni. Tu bukan sebarang forum cik. Kalau tak forum hilang 5% dari markah kursus tau.

Dulu aku ada masuk satu forum. Yang U punya juga. Aku bagi pendapat, apa2 penambahbaikan/yang aku tak puas ati pasal U et cetera etcetera. Pastu ada si mamat admin kata aku memekak. Pastu aku sumpah tak masuk lagi forum tuh heh!

Terima kasih semua
tajudin berkata…
waterlily,

a. ya saya suka cadangan - Etika Menulis Blog.

b. highlight blog yang tinggi Etikanya dan yang teruk Etikanya.

tq
SATIRA + KACAU berkata…
Sdri Waterlily: Kalau sudah diberitahu sumbernya masih juga dicop "tidak berertika", hendak diletak apa lagi selepas ini?

Pedulikan apa cakap dan tuduh sedemikian.

Satira + Kacau
Pa'chik berkata…
hehe.. lima markah ke? sikit je tu.. .hahaha...

ingat dulu masa prektikel... masa tu, pasal ketua kursus bangang... jadik ada kesilapan dari susunan jadual buat kerja kerja kursus... tetiba keluar pekeliling kena antar lam masa seminggu, jadinya, tak sempat nak abes kan prektikel tu ikut jadual.. mintak berenti awal seminggu.. sekali supervisor tu seloroh nak bagi kosong...

pas tu cakap kat dia... "pedulik hapa aku ngan sepuluh markah tu.. ni nak kena wat semilan puluh markah lagi... hahaha..."

"Cheh.. patut la berlagak..." kata dia... hahaha... {dia ingat macam budak politek yang banyak wak prektikel kat situ...]
Pa'chik berkata…
hehe.. pasal letek referen ni.. teringat sorang lekcherer nih.. nanti la citer kat blog...
alamak. siannya akak. nanti saya tengok nota etika profesional saya tu eh. huhu.
Rajuna berkata…
kalau ada subjek etika menulis blog, tak lain tak bukan memang Rajunalah pensyarah yang paling terbaik.


tak gitu?
Lily Abdullah berkata…
Rajuna,

Tak sesuai. Lu ajar bahagian gezek baru okay hahaha!

Tiqah,
Huhuhu..tu la pasal. Orang 'lama' nak belajar hahaha!

Pa'chik
Ko sesuai ajar bab-bab etika berblog hehehe..:p

Satira,
Itulah pasal. Entah apa kena. Anggap je le dia salah taip hahaha!

Encik Tajudin,
Etika bukan undang-undang.

Berbeza cara orang mentafsir etika. Apa yang seorang percaya samada sesuatu itu benar/salah.

Ada orang percaya menokok cerita itu tak salah dan demikian juga sebaliknya.

"Ethics refers to an individual's personal belief about right and wrong behaviours"

Payah juga kalau betul2 wujud subjek ni. :)

T/kasih.
Akak berkata…
WaterLily...

Akak takmaou lerr komen pasal etika tu semua sebab tak berapa pandai lerr bab2 tu...

Buat entri tu ok kan boleh hilang2kan boring & release tension...
Ah! Atau Minah itu yang tidak beretika kerana suka-suka sahaja menuduh orang lain tidak beretika.

Hmmm...Saya mahu jadi pengulas blog yang beretika.
Lily Abdullah berkata…
Akak dah komen pun:p

Purp,
Kamu memang pengomen dan penulis blog yang beretika.

Layak ni jadi pensyarah "Etika Menulis Blog":)

Terima kasih pembaca diam dan para komentar.
chinta berkata…
salam kenal,

kalau copy and paste and letak reference, tidak dikira plagiat or tak beretika....sajek jek minah tuh....

apsal nak diberatkan sgt forum nak quote...bukan buat research paper ke..buku ke..tapikan blog mcm kena quote la plak ekk..

etika blog - a good idea!
Tanpa Nama berkata…
Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Catatan popular daripada blog ini

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...