Langkau ke kandungan utama

Al Fatihah Untuk Abah

Dulu-dulu.

Aku dan Khadijah. Suka tengok rumah besar. Sebab rumah kami kecil. Atap zink, tapi bocor tiris sana sani. Dinding kayu berlubang sana sini dimamah anai-anai. Apabila hujan turun, aduh siksa amat.

Kami cuma tengok Combat atau Drama Minggu Ini dari tivi rumah jiran. Pakai seterika karan ketika umur sudah belasan.

Rumah kami kecil. Hingga suatu hari mak secara tidak sengaja mengeluh pada abah.

“Abah, rumah kita ni, reban ayam orang lagi elok. Anak-anak makin besar”

Abah diam. Kunyah dalam pahit. Telan dalam pedih.

Abah, lelaki yang tabah. Kudratnya kuat. Sekolah tidak pernah. Belajar membaca sendiri-sendiri. Cuma pandai baca tulisan jawi.


Bila kami masuk sekolah, abah suruh kami ajar dia baca huruf rumi.

Abah. Kudratnya kuat. Semangat tidak pernah luntur. Setiap hari keluar rumah; memikul guni padi, garam dan gula atau tepung. Jika guni baja urea, maka pecah-pecah bahunya untuk berminggu-minggu.

Abah. Semoga Allah swt. Merahmatimu di sana. Negeri kekal abadi.

Ampun bah!

Kami anak-anak perempuanmu. Puteri-puteri yang kau tatang bagai minyak penuh ini. Tidak jua mampu. Membina rumah besar untuk emak. Kami jua menumpang teduh kasih. Dari lelaki bernama suami.

Alhamdulillah!

Tuhan itu sangat Maha Adil. Sesuatu yang tidak lengkap, akan sentiasa disempurnakan.

Setiap kesusahan, selalu berganti dengan kemudahan.

Menantu-menantu abah, semua mirip abah. Rajin mencari rezeki . Menyuap nasi ke perut anak isteri. Walau mereka tidak pernah ke sekolah tinggi.

Semoga abah tenang dan aman di sana. Amin.

Al Fatihah!

Ulasan

kak ja berkata…
Salam Waterlily,
Kja sentiasa yakin bahawa dlm hidup ini, pasti ada pasang surutnya.. Pasti ada masa kita dpt lebih dan ada masanya kita dpt kurang.. Dan dlm nak memberi yg banyak dan lebih istimewa, kekdg Allah taala ambil balik dulu yg kurang... Yakin dgn perancanganNya, redha dgn ketentuanNya!!
Kaktiny berkata…
Salam waterlily,

Al-Fatihah untuk ayah anda.. dan utk semua yang telah terlebih dahulu meninggalkan kita..
kad0k. berkata…
alfatihah utk ayah WL..tentu meninggalkan banyak kenangan buat kamu bukan..begitulah hidup...diatas sana penentu segala2nya..
Akak berkata…
Salam WL...

ALFatihah buat Abah WL & semua abah2 juga ibu2 yg telah pergi meninggalkan kita, ketiadaan mereka amat dirasakan..
AL-BIMA SAKTI berkata…
salam WL

al-fatihah buat ayahanda anda.

terasa senduku di kalbu
lewat menatap coretanmu
setiap kesusahan & kesenangan
adalah anugerah & rahmat Tuhan.

setiap yang bernama abah
dia pasti memiliki jiwa nan tabah
cekalnya tak pernah kalah.

setiap yang bergelar ibu
kasih sayangnya mekar di kalbu
demi anak2 nyawanya sanggup dipalu.
Qaseh Bidadari berkata…
salam kak lily...
lama dah mama x ke sini..
semoga arwah abah kak lily ditempatkan di kalangan org2 yg terpilih!
tasekM berkata…
alfatihah utk abah kakak.. juga utk abah saya... juga utk abah2 yang lain2 nya....

kak, aku umo 10 tahun dah tak ada abah... dan adik bongsu aku langsung tak pernah jumpa abah...
Pa'chik berkata…
oitoit... apa da suap nasik ke perut... suap ke mulut je... hehehe... :)
ckLah @xiiinam berkata…
Al-Fatehah,semoga rohnya dicucuri rahmat.Bertuah abah Lily,punya puteri2 solehah.
Untuk yang masih punya abah,tidak perlu menjadi seperti tenggang untuk digelar anak derhaka...3 hari kamu tidak berdoa untuk ibu dan bapa,sudah cukup untuk menggelarmu anak derhaka(ingatan untuk saya juga)
Brader Black berkata…
Pa'chik sentiasa memberi komen yg laen dr yg laen.

ha ha.

Sowi kak, sy tumpang gelak je.
Lily Abdullah berkata…
Salam,

Adik kachak,
Takpe, sesekali ketawa. Pa'chik memang. Saja dia nak hiburkan hati kita yang lara :)

Cik Lah,
Sama-samalah kita mendoakan. Untuk yang masih punya abah, belajarlah menghormati.

Chik,
Suap ke perut cepat kenyang sikit. Terus je, tak sangkut mana-mana dah weh. Tambah2 lagi makan kerabu dedak ayam hahaha!

Tasik,
Tuhan lebih sayangkan abah kita. Akak sempat juga merasa lama hidup dan berbakti di waktu sakitnya.
Cuma yg. sedih dia tidak dapat mewalikan pernikahan.

MR,
Terima kasih.

Ilham al Bima,
Itulah kasih seorang abah. Anda juga seorang ayah, tentu lebih maklum.

Itulah sebahagian kisah hidup saya. Sesekali menoleh ke belakang, agar tidak lupa diri.

Akak,
Al fatihah untuk abah dan ayah yg telah pergi. Selamat hari bapa untuk bapa-bapa yang masih ada.

Tak mudah menjadi bapa kan?

Kadok dan Tiny,
Terima kasih. Hidup ini berputaran.
Teringat kata abah " Tanduk lembu takkan ke belakang".

Putaran hidup, asal tanah pulang ke tanah.

Kja dan Amal
Terima kasih kerana selalu singgah dan saya sekadar berkongsi rasa.

Terima kasih semua.
de_kerinchi berkata…
salam kak waterlily,

al-fatihah,


kenangan lalu itu amat indah,sukar untuk digantikan dengan wang....

bagi yang masih mengecapi kenangan sebegini,gunakanlah sepenuhnya peluang ini untuk mengambarkan kasih sayang kita..kerana bila semuanya telah tiada pasti kita akan menyesal..
Anonymous berkata…
al-Fatihah.

Tuhan maha adil
dan kita hanyalah hambanya yang kerdil

kadang-kadang, kekayaan itu datang dari pengalaman menghadapi kesusahan.

..dan semestinya kenangan.Orang yang kaya dengan kenangan adalah orang senang yang mudah menghadapi cabaran.
A t i Q a h berkata…
Sesuai untuk hari bapa entri ni. Sayu saya baca. InsyaAllah, doa anak yang soleh untuk bapanya akan makbul. =)


Psst..kak, cik lah saya tu, 2-3 tahun lagi tua dari akak. he.
Tanpa Nama berkata…
salam ziarah dan kenal, terima kasih sudi melawat blog saya. Abah, memang insan istimewa buat semua insan..
salam kak....al-fatihah untuk arwah ayah akak semoga dicucuri rahmat dan Alhamdulillah akak dikurniakan suami yg baik...semoga akak menjadi isteri dan anak yg solehah (^_^)
Rajuna berkata…
setiap kejadian ada hikmahnya.
sementara kita yang masih ada, cuba lah menghargai kasih sesama hidupan.
saudagar gaRAM.. berkata…
aminnnn.....


doa anak yang soleh dan solehah..
insyaAllah
13may berkata…
al-Fatihah...
Semoga roh almarhum abah kak Mar sentiasa terus dirahmati dan diberkati ALLAH. Ameen.
Lily Abdullah berkata…
Terima kasih di atas segala doa dan kata-kata indah untuk mengembirakan hati saya.

Terima kasih semua.
Atiey MN berkata…
salam kak lily...

al-fatihah utk arwah ayah

entry akak sgt2 mnyentuh hati.
Lily Abdullah berkata…
Atiey,

Terima kasih dan salam kenal :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...