Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Di antara langit dan bumi barangkali ada garis pertemuan

Saya ketemu blog milik salah seorang pentadbir pusat OKU di mana saya bermastautin sekarang via akaun Facebook. Saya membaca semua entri-entri beliau terutama tulisan beliau mengenai OKU. Dan saya kurang jelas (baca: tersinggung) dengan pandangan maklum balas beliau di entri ini. Saya juga kurang jelas apakah persepsi beliau tentang OKU fizikal dan OKU akal (mental disability). Apakah OKU fizikal boleh dilanyak sesuka hati, kerana kami jenis suka memberontak dan kaki kritik? Dari sudut pandangan saya, OKU fizikal lebih sensitif dan kami tidak bolehlah anda lanyak dan layan sesuka hati. Maksud saya, layanlah kami seadanya. Saya yakin, untuk OKU yang mempunyai ketidakpayaan dari segi mental, barangkali tiada siapa akan melenyak henyak mereka pun. Jika pun berlaku, perkara itu akan di’senyap’ kan . Mereka jenis ini,tidak tahu mereka sedang dilanyak. Bukanlah kami mohon dihamparkan permaidani merah untuk kami. Bukan itu! Cuma sedikit empati, Itu sahaja! Susah s

BENGKEL PENULISAN SCI-FI & FANTASI 13 JUN 2010(Ahad)

Saya kira majlis ilmu wajar disebar-sebarkan. Kepada yang berminat, sila emel nama penuh, nombor untuk dihubungi (apabila perlu) ke ejenmanuskrip@yahoo.com Pembimbing : Fadli Al-Akiti (sci-fi) dan Ahmad Patria Abdullah (fantasi) Tarikh : 13 Jun 2010 (Ahad) Tempat : IYC, Cheras. Sila klik peta ke IYC di sini . Masa : 9pagi - 4 petang Yuran : RM 150.00 - klik sini Ahli berdaftar dan sudah membayar yuran - diskaun 20% Early Bird Fees (3 hari dari tarikh iklan - sila baca peraturan membayar yuran bengkel di atas) Perserta : 15 - 20 Orang Sahaja Minum Pagi & Makan Tengahari disediakan Sila baca peraturan membayar yuran bengkel - sila klik sini KHAR 013-6963826 ASTAKA VILLA AKSARA (AVA) http://ejenmanuskrip.blogspot.com/

Maskara 19

Saya rasa jika saya ada kelapangan saya mahu pakai  pergi maskara. “Kita pergi ye darling bang!” Kalau jawapannya tidak kau tidurlah dengan kucing kesayangan kita tu. “Nanti-nantilah. Tengok jadual kerja dulu” “Okey” Hek’eleh macam dia pegawai. Datanglah beramai-ramai ke acara yang hip ini. Untung-untung foto anda akan diphotoshopkan oleh Sinaganaga. Maklumat lanjut Sindiket Soljah . Benar. Mereka berkarya untuk bergembira. Terima kasih cekgoooooooo ! Saya sudah pandai meloyar buruk hahaha!

Blog baru

Ya. Saya membuka blog baharu dengan identiti baharu. Saya berharap saya lebih bebas menulis(baca: mungkin memaki dan mencarut) di halaman itu. Malangnya, ia telah ditemui. Hari ini saya dapati tiga pembaca sedang berada di talian. Terkejut beruk saya. Dan mereka membaca diam-diam. Hampes !

Warkah ringkas untuk Lorna

Semalam, kita masih duduk semeja dan makan tengahari bersama. Ketika entah lembu-lembu bodoh mana membakar rumah ibadahmu. Kita masih mampu ketawa dan bercerita. Dalam suasana harmoni dan mesra. Aku berharap kita akan kekal begitu. Nota kaki: bacaan tambahan di halaman ini.

Dua acara berbeza.

Antara yang mereka gelar indie dan mainstream. Ya! Saya juga sudah mula melebel. Mungkin ada perkataan yang lebih sesuai - menjenamakan misalnya. Jangan lupa bahasa kita sangat kaya dan indah perbendaharaan kata. Keduanya merupakan acara kesenian. Anda beramai-ramai dijemput ke acara ini. Bebas dan tanpa protokol-protokol bodoh. Maklumat lanjut dan lengkap boleh dilayari di blog Hafiz Terompahkayu . * * * * * Saya amat mencintai puisi. Menikmati puisi sangat enak. Mungkin macam mengunyah kepingan kerepek kentang Saya pernah membacanya di khalayak sekali. Ternyata, dengan kekurangan fizikal dan pengalaman saya bukan pendeklamotor yang baik. Teringatkan kata-kata Encik Marsli N.O - asalkan ada suara,redah sajalah. Galakan juga datang dari teman-teman Frinjan. Maka, saya pun cuba membacanya. Dalam penulisan puisi, nasib saya di media mainstream juga kurang baik. Sehingga saya sanggup menghantar e-surat kepada Dato' Baha Zain untuk bertanyakan apa yang tidak kena dengan puisi -puisi sa