Langkau ke kandungan utama

Dua acara berbeza.


Antara yang mereka gelar indie dan mainstream. Ya! Saya juga sudah mula melebel. Mungkin ada perkataan yang lebih sesuai - menjenamakan misalnya. Jangan lupa bahasa kita sangat kaya dan indah perbendaharaan kata. Keduanya merupakan acara kesenian.

Anda beramai-ramai dijemput ke acara ini. Bebas dan tanpa protokol-protokol bodoh. Maklumat lanjut dan lengkap boleh dilayari di blog Hafiz Terompahkayu.


* * * * *
Saya amat mencintai puisi. Menikmati puisi sangat enak. Mungkin macam mengunyah kepingan kerepek kentang Saya pernah membacanya di khalayak sekali. Ternyata, dengan kekurangan fizikal dan pengalaman saya bukan pendeklamotor yang baik. Teringatkan kata-kata Encik Marsli N.O - asalkan ada suara,redah sajalah. Galakan juga datang dari teman-teman Frinjan. Maka, saya pun cuba membacanya.

Dalam penulisan puisi, nasib saya di media mainstream juga kurang baik. Sehingga saya sanggup menghantar e-surat kepada Dato' Baha Zain untuk bertanyakan apa yang tidak kena dengan puisi -puisi saya.

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat silalah mendaftarkan diri anda untuk ke majlis ilmu ini. Sambutan masih kurang. Majlis ilmu ini tidak akan berlansung jika pesertanya kurang daripada sepuluh orang.

Bengkel Penulisan Puisi 7 Febuari 2010 (Ahad)

Atas permintaan ramai AVA akan menganjurkan bengkel penulisan puisi. Perserta hanya dihadkan 15 orang sahaja. Jika perserta yang mendaftar kurang dari 10 orang, bengkel tidak akan dijalankan. Sila hantar nama, nama pena, no selfon dan sebuah sajak (yang diletakkan tajuk dan nama perserta) untuk dibengkelkan ke ejenmanuskrip@yahoo.com. Nama perserta dan sajak akan disiarkan di blog kelak.

Pembimbing : (Prof. Rahman Shaari / klik juga di sini)

Tarikh : 7 Febuari (Ahad)
Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras (ICY)
Masa : 9 pagi - 4 petang
Puisi : Menyertakan sebuah puisi / sajak (sila emel ejenmanuskrip@yahoo.com)
Yuran bengkel : RM 100.00

*Makluman: Bengkel ini akan diiklankan hingga 1 Febuari 2010, sekiranya tidak sampai 10 orang, maka ia akan dibatalkan.

Datanglah memeriahkan dua acara yang berbeza. Semuanya di atas satu tiket - memertabatkan seni. :)

Ulasan

Neddo berkata…
salam kak lily... tentang novel, insyaAllah saya sedia membantu =)
Putri Lily berkata…
Salam WL,

Lily juga minat nak menyertai bengkel puisi tu. Tapi tak boleh terlalu kerap bercuti. Haiz...

~Putri Lily~
Lily Abdullah berkata…
Neddo,
Nanti akak emal. Sekarang sedang cuba rombak kembali. Tengok apa komen sifu Azmah dan Puan Nisah.

Lily,
Rasanya macam tak jadi bengkel ni kan? Macam dingin aje sambutannya.
Khar berkata…
Kak WL, bagaimana bengkel puisi ni, tak ada sambutan pun ni?

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.