Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekadar suka suka

Tiba-tiba...

Tiba-tiba gua juga rasa nak nengaku bini angkat Maher Zain. Tasek lu, jangan marah. Kita nak bermadu dengan awak tau! Entri berkaitan di sini dan komen berkaitan di sini

"Thanks you for the tragedy. I need it for my art" Kurt Cobain

Salah satu imej dari pakcik Gugel Kurt Cobain. Kata Kurt Cobain “Thanks you for the tragedy. I need it for my art” Jika dia seorang Muslim, sanggupkah dia bermadah begitu dan penghujung hayatnya juga adalah tragedi. Mengambil nyawa sendiri. ...................................................................... Hari itu, saya temui sebuah diari lama. Mungkin milik salah seorang teman serumah suami. Saya tahu tidaklah beretika membaca diari orang, tapi saya kepingin sangat untuk tahu apa yang ditulis oleh seorang lelaki. Hasilnya, wah ! Tiada apa-apa yang istimewa sangat selain dari cerita berkencan dengan awek-awek, lirik-lirik lagu zaman rock kapak dan betapa obsesnya dia dengan muzik Kurt Cobain. Ditampalkan foto-foto dan keratan akhbar mengenai Kurt Cobain. Dia pertikaikan apakah benar mendiang Mr.Cobain itu bunuh diri. “ Suicide or homicide ? Katanya. Obsess gila! Ha! Ha ! Dan saya kagum, dia menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik sekali. Saya tanya suami, milik siapakah? Kata ...

Menelanjangkan isi sekeping hati(yang berparut)

Dalam banyak perkara saya masih bisa tersenyum. Walau saya tidak secantik Sufiah, sekurang-kurangnya saya tidak perlu melalui ujian seperti si pohon manusia Dede . Meminjam ayat si kachak , walaupun saya tidak comel saya masih disenangi ramai. Kerana saya begitu disenangi dan disayangi ramai, maka ini merupakan kali ketiga saya di tag . Kata lelaki yang mengingini tangan Midas itu, tag adalah permainan bodoh. Oh...saya juga kepingin tangan Midas, tetapi biar yang terkawal. Jika segala disentuh bertukar emas, mati saya jadi sia-sia kerana emas tidak boleh dibuat kari kegemaran lelaki yang saya sayangi. See! See! Bagi saya tag adalah amat menyeronokkan(jangan terlalu percaya). Ia umpama tugasan yang diberikan oleh pihak universiti, lebih-lebih lagi yang ada date line dan pra syarat tertentu. Ia juga bisa jadi bahan penulisan, terutama ketika kontang idea. Bahan dan perencah yang terbaik belum tentu menjadikan sesuatu masakan itu enak, jika tukang masaknya memasak separa hati. Melayani t...