Langkau ke kandungan utama

Menelanjangkan isi sekeping hati(yang berparut)

Dalam banyak perkara saya masih bisa tersenyum.

Walau saya tidak secantik Sufiah, sekurang-kurangnya saya tidak perlu melalui ujian seperti si pohon manusia Dede. Meminjam ayat si kachak, walaupun saya tidak comel saya masih disenangi ramai. Kerana saya begitu disenangi dan disayangi ramai, maka ini merupakan kali ketiga saya ditag.

Kata lelaki yang mengingini tangan Midas itu, tag adalah permainan bodoh. Oh...saya juga kepingin tangan Midas, tetapi biar yang terkawal. Jika segala disentuh bertukar emas, mati saya jadi sia-sia kerana emas tidak boleh dibuat kari kegemaran lelaki yang saya sayangi.

See! See!

Bagi saya tag adalah amat menyeronokkan(jangan terlalu percaya). Ia umpama tugasan yang diberikan oleh pihak universiti, lebih-lebih lagi yang ada date line dan pra syarat tertentu. Ia juga bisa jadi bahan penulisan, terutama ketika kontang idea. Bahan dan perencah yang terbaik belum tentu menjadikan sesuatu masakan itu enak, jika tukang masaknya memasak separa hati.

Melayani tag Cik Fana ini, bererti saya bakal menelanjangkan isi sekeping hati(yang berparut). Tidak mengapa. Sedari awal tadi sudah saya jelaskan. Walaupun saya perempuan hampir empat puluhan dan tidak comel, saya masih disenangi. Buktinya, ada Sepohon Melayu yang sanggup menitipkan saya daun semambu, buat penawar parut-parut itu. Nah! Lihat betapa saya disenangi. Lelaki psiko language killer ini telah dua kali meletakkan komentarnya di dalam entri saya. Huh! Bagaimanalah saya tidak perasan dan teruja.

See! See!


Berbalik kepada tag Cik Fana, beliau sekadar ingin tahu apakah lima perkara pertama dalam hidup saya. Tapi salah satu syarat tag ini agak sonsang. Bagaimana ini?


“Cerita benar dan tulus sahaja dan tiada kaitan dengan sesiapapun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.”


Bagaimana saya mahu menelanjangkan isi sekeping hati (yang berparut), jika sedemikian syaratnya. Walaupun demikian, saya masih sudi menjawapnya. Anggap saja kesilapan teknikal. Tidak mengapa. Undang-undang bisa dipinda dan diketepikan.

PERTAMA (dari sekeping hati yang berparut).
Memulihkan parut-parut yang terpalit puluhan tahun agak mengambil waktu. Titipan daun semambu mungkin tidak memadai saudara. Ajarkan saya mentera penguat semangat. Doa agar saya berjaya merawat parut-parut ini. Jika dibiarkan, mungkin akan bernanah dan menjadi kudis yang menjijikkan. Kudis dendam tanpa sudah.

KEDUA
Keluarga (bonda saya, Khadijah dan lelaki saya yang dikasihi) Mereka adalah cermin yang sentiasa memperbetulkan kesilapan saya

KETIGA.
Studi saya yang semakin sarat dengan cabaran. Belajar di waktu muda,tidak sama situasinya. Tanggongjawab tidak begitu banyak. Ada waktunya, saya bosan dan terasa mau berhenti. Berhenti sama sahaja dengan melucutkan pakaian di depan khalayak.

KEEMPAT
Rakan-rakan blogger yang saya pernah temui atau tidak. Teman-teman yang saya kasihi. Terima kasih di atas sokongan anda. Anda dan saya tidak saling mengenali sebetulnya. Tapi saya percaya, anda mengenali cita-cita dan inspirasi saya. Malah, lebih mengenalinya dari jiran-jiran saya. Mungkin anda lebih mengenali saya dari teman-teman sekerja saya.

KELIMA
Coco dan buku-buku. Saya rela berlapar keranannya.

Sebenarnya banyak lagi keutamaan dalam hidup manusia. Tidak semua boleh dipaparkan dan ianya sering berubah mengikut iklim semasa.

Saya tidak mahu menge”tag” sesiapa. Kasihan sahabat-sahabat saya yang sibuk.

Terima kasih Cik Fana. Maaf kerana perempuan ini kadang kala suka melawan arus. Dia sentiasa melanggar peraturan.

Ulasan

A t i Q a h berkata…
Refer to no 4:
Itulah ajaibnya blog. Walau jauh di mata, tapi dekat di hati. =)
tasekM berkata…
kak lily,
berkenalan dgn hati, kita akan lebih menghargai daripada berkenalan dengan mata, banyak tipu daya..
boe~ berkata…
tag tu ape dia ye.... sori la saya ni buta blog
Yana Ismail berkata…
Yup..friendship never end!:)
shahril aley berkata…
tag kadang2 agak menyeronokkan tapi kadang2 agak membosankan/nyusahkan terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana nak menafsir. suke cara waterlily menjawab tag tersebut. kak ni sedang melanjutkan pelajaran atau mengajar?
Amalina berkata…
Itulah kak Mar, seblm start blogging, Amal selalu tertanya2 apa benefit blogging ni? Dpt jwpan bila mula jumpa blog akak dan mula mengenali akak.
Manusia ni mmg hidup kena saling bergantung, tak kira yg di title kurang upaya, atau yg kononnya berupaya.
Wassalam.
mOEha Aziz berkata…
Suka bahasanya....

menelanjangkan hati....

menangis pak samad kak :)
elmi berkata…
salam waterlily. membuat kunjungan balas. saya sudah pulang dan saya dah kembali berblogging. salam kenal.
malay-tree berkata…
jangan disebut-sebut patah 'menelanjang'. berubah air muka ku. aku warak. malunya aku adalah kerna aku insan. jika aku bukan insan pasti telanjang dan menelanjang tidak punya makna yang meributkan adrenalina.

tag aku hanya 2. 2 saja bukan lima.

dosa. pahala.
Mommy Aisy berkata…
yeah!! akhirnya kak lily membalas.
andai kata tag driku ini membuatkan mu menelanjangkan hatimu wahai kakak, maafkan daku. aku hnya mnjalankan tanggungjwbku sbg blogger. puitis sungguh bahasa yg kau gunakan, aku sgt teruja. sadis!
13may berkata…
biar hati berparut...
jgn hati busuk...

Salam kak lily :)
Mak Su berkata…
giler membaca? sama ler hobi kita
Hasrul Halid berkata…
Melawan arus andai betul 'cara-gayanya' adalah lebih mulia dari taksub 'membabi buta'...

Komen ini tak ada kena mengena ngan entri dan juga tag nih! Eheh!

Uoooppp! uuoooppp!
Lily Abdullah berkata…
Salam untuk semua,

Tiqah,
Ada kalanya lebih mudah untuk berceita dan meluahkan sesuatu kepada insan yang kita tidak kenal wajah :)

Tasik,
Ya. Dengan hati yang tulus...

eo,
Takpa buta blog. Boleh belajar. Tag ialah menjawab soalan yang entah apa-apa, sekadar suka-suka. :)

Puteri,
Ukhwah yang terjalin berlandaskan hati yang tulus tak akan padam.

Shahril,
Terima kasih kerana suka. Kakak ini sedang mengajar anak-anak istimewa dan menjadi pelajar di hujung minggu :)

Amal,
Jika tak ada blog, agak-agak bagaimana Allah mempertemukan kita ya? :)


Muha,
Kakak ini yang menangis sebab sangat terharu berjumpa Pak Samad hari itu.

Pohon,
Engkau pemalu rupanya. Tag yang dua itu, tidak mahu aku sebut. Aku suka langgar peraturan manusia. Dan ada kalanya aku langgar juga hukum Tuhan. Aku cuma manusia dan aku sungguh menyesal kemudiannya.

Cik Fana,
Biasa-biasa aje. Tak puitis mana pun. Belajar-belajar. Terima kasih kerana mengetag :)

May,
Hati siapa yang tidak pernah berparut dan siapalah yang tidak pernah busuk hati...kita kan cuma manusia dik.

Mak su,
Sama ek...boleh le kita berjiran dan tukar-tukar buku :)

Encik Surat Dalam Botol,
Takpa. Tak dak kena mengena pun heh. Kak Lily kadang kadang tanpa sengaja mengomen out of topic. :)
Tanpa Nama berkata…
salam perkenalan.... sy pun ada sikit pengalaman belajar selepas waktu 'muda' ni.. mcm serik pun ada jg :). apapun, semoga bertabah hati dan b'jaya mengharunginya.
Lily Abdullah berkata…
Salam perkenalan Najibah. Ya..betul rasa macam serik. Sebab itulah saya sering menasihati yang lebih muda agar belajar bersungguh-sungguh. Kita di waktu muda dahulu tiada peluang.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...