Langkau ke kandungan utama

Hari Pekerja: Dari perspektif seorang kuli kurang upaya tanpa KWSP.

Hari ini barulah aku merasa gaji untuk bulan March. Sebetulnya. Sentiasa terlewat enam hari atau lebih. Kadang kala pernah terlambat hingga terlajak ke bulan hadapan.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!” Hati aku menjerit-jerit.

Seorang kuli tanpa KWSP selama tiga tahun kadang kala buat aku termakan hati dengan pihak pengurusan. Terasa sangat ada diskrimanasi. Sedangkan kakitangan lain, tiga bulan berkerja sudah diangkat menjadi staff tetap.

Hanya aku, Azman, Leman dan CK. Dan gaji kami di bawah aras ringgit Malaysia enam ratus. Satu perempat dari gaji para guru.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!” Hati aku menjerit-jerit.

Seolah-olah aku diambil berkerja atas dasar kebajikan. Bukan. Memang betul, aku diambil berkerja di atas dasar belas kasihan.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!” Hati aku menjerit-jerit lagi.

We had responsibility to employ them. If we can’t make it, who else.” Teringat ayat boss paling besar sewaktu diinterview wartawan. Puan guru besar aku lihat tersenyum sinis. Dia juga barangkali menyampah. Apakan daya, dia juga kuli. Cuma pangkatnya besar sikit, setelah tiga puluh tahun menghamba diri untuk anak-anak seperti kami.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!”

Boss-boss besar aku semua bergelar Dato’. Bisness dan contact di sana sini. Semua orang bergelar. Sponsor senang datang.

Buka mulut, masuk duit.

Buka mulut, duit masuk.

Buka mulut, masuk duit.


Sebenarnya aku gembira kerana tidak perlu menganggur.

Cuma aku benci dan meluat. Kerana hati aku sentiasa menjerit-jerit.

“Kebajikan dikomersialkan! Kebajikan dikomersialkan!”

SELAMAT HARI PEKERJA

Ulasan

mOEha Aziz berkata…
salam kak....

kebajikan telah lama, sedang dan akan terus dikomersilkan... mereka akan sentiasa mahu bermewah mewah di atas air mata dan keringat kita...

namun, langit itu tak selalu mendung... hati mereka satu hari akan menjerit lebih kuat dari akak; bila roda waktu berpusing dan berpusing

selamat hari pekerja.....
cakapaje berkata…
Salam WL,

Bukankah walaupun kerja mengikut kontrek perlu dibayar KWSP?
13may berkata…
eh! akak...
takkan takde EPF???

atau ada skim pencen???
Tanpa Nama berkata…
err.. sy pun musykil gak..
KunangKunangMalam berkata…
mereka-mereka tidak akan berkebajikan jika tiada kepentingan untuk mereka-mereka.
kebajikan menjadi baju agar tidak nampak hati mereka-mereka yang berkudis.
tapi kita selaku kita yang bukan mereka-mereka teruslah bersabar dan beredha kerana yang diatas tak sentiasa diatas..

saya tercuit dan beremosi dihari pekerja walaupun saya bukan pekerja..
Lily Abdullah berkata…
Salam untuk semua.

Muha,
Segalanya telah dikomersialkan. Itulah kecewa sungguh...

"Kuning Ledang bagai dikarang,
Riang-riang disambar warkab;
Hairan memandang dunia sekarang,
Bayang-bayang hendak ditangkap"

- Petikan Sulalatus Salatin ms.214

Shah,
Itulah situasinya. Saya juga hairan. Salah saya juga sewaktu sain kontrak tidak melihat betul-betul.

Yang pasti saya cuma dibayar gaji harian.

May dan 'Od,
Ya . Betul. Takdak apa. Ada kerja ada gaji. Hari ni takdak gaji :)

Kunang,
Mereka cuma berkebajikan bila ada kepentingan duniawi.

Itulah....realiti yang pahit. Sektor kerajaan juga. Kat tempat saya belajar dulu ada staff OKU sampai sekarang jadi pekerja kontrak. Tidak faham kenapa mereka tidak diserap jadi staff tetap. Di akhbar mereka mencanang-canang, hingga tidak sedar ada yang terlepas pandang(mungkin pura-pura tidak nampak)

Terima kasih.
Amiene Rev berkata…
Kebajikan dikomersialkan?

Kedua perkataan ini berkontradiksi antara satu sama lain?

Hmmmm? Sambil menggeleng-geleng dengan begitu pelik dan aneh dan ganjil dan unik dan... menarik nafas.

Selamat Hari Pekerja.
a'ah ekk...boleh ke xde epf...bukan pekerja sementara pun ada epf ke....geram sy dengan boss besar akak bila baca kisah ni...
Pa'chik berkata…
ish... :|
selamat hari pekerja lah kakliliair...
Lily Abdullah berkata…
Salam,
Jejaka hensem pengulas blog,

Sebenarnya ada sepekara lagi yang dijeritkan oleh hati ini.

"Kebajikan dipolitikkan! Kebajikan dipolitikkan".

Alhamdulillah sdra Muha telah menulisnya.

Oda,
Itulah yang menanggung ni lagi gerammm. Apakan daya, tindakan yang drastik kadang kala mengundang seuatu yang lebih payah. Kata CK - nak kerja,diam-diam sajalah,.huhuhu....

Chik,
Ko takpe kerja blogger. Hari-hari ko update blog.

Selamat hari pekerja dan hari-hari selamat :)
tasekM berkata…
kakakku ini selalu mengingatkan betapa aku perlu bersyukur yang amat sangat...

kakak.. betul ker tak der epf nih?.. iskk...
Lily Abdullah berkata…
Tasik,
Ya benar. Kak lily juga confused. Kenapa tidak ada epf.

Kalau tak dapat staff tetap tu, boleh agak sebabnya. Selalu berMC. Almaklum kurang upaya = orang tua. :)

Jumpa di Maskara ya..Insyallah!

ps: Naga suruh pakai baju warna terang hak!hak!hak!
achik berkata…
uish, takde epf??
masa saya jadi cikgu sandaran [3 minggu je pun] pun gajinya ditolak epf.. mmm..
violet berkata…
kak lily, nape 30.04.08 baru dpt gaji utk March?

dorg mmg byr lmbt ke sampai delay 1 bulan?

ni EPF tak de SOCSO jauh sekali la nih...haih...
Lily Abdullah berkata…
Achik,
Itu NGO la. Bukan sekolah kerajaan. Entah, nak kata NGO yang miskin tak juga.

Tapi itulah, hanya staff OKU saja yang dilayan begitu.

Vee,

Kalau EPF tiada, SOCSO jauh sekali. Huuu....kejam sungguh...tak siapa peduli. Rasanya kalau,sebut nak resign mesti diaorang lagi sukaaaaaaaaaaaaaaa.
violet berkata…
ni kalo pi report kt Jab. Buruh ni mesti kena depa ni...bawak sekali slip gaji sbg bukti.

geram lak rasa...
Lily Abdullah berkata…
Vee,
Kakak ini, slip gaji pun tidak ada dik. Dukacita sungguh jika difikirkan sangat. Tapi, hidup terpaksa diteruskan :)
A t i Q a h berkata…
Umm.. Saya masih belum faham benar dengan hal2 KWSP dan EPF ni. Aiyak!

Tapi kalau ikut yang saya faham, memang macam tak adil lah, apa yang jadi pada akak.

Mereka-mereka yang di depan wartawan itu, macam hampess. huh
de_kerinchi berkata…
salam kak waterlily,

Majikan sentiasa hendak merendahkan kos tanpa mengendahkan masalah pekerja...

Kes sama macam mengaji pekerja asing untuk kurangkan kos bayar kwsp.

Tak faham kenapa masih ada title kontrak bagi kakitangan yang dah lama bekerja, sedangkan peluang kerja masih banyak...kenapa tak diserapkan pekerja kontrak ke tetap..?

anjunglarik
Lily Abdullah berkata…
Salam
Tiqah,
KWSP dan EPF tu benda yang sama. Kakak ini berdiam-diam sahaja, demi mahu berkerja. Sekadar bersuara di sini sajalah.

de_kerinci,
Jawapannya mudah - demi menjimatkan kos, perkataan timbang rasa dan perikemanusiaan sudah tidak ada dalam kamus hidup mereka.

Mereka fikir dengan memberikan OKU peluang bekerja,maka selesailah tanggongjawab mereka.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...