Langkau ke kandungan utama

Perlu Istirehat Sebentar

Pagi ini yang indah ini bakal beransur pergi dan saya tiada cerita indah untuk dikongsi.

Saya sebenarnya kepingin memasukkan trailer filem Music Within ke dalam entri saya. Filem ini dekat di hati dan buat saya rasa teruja. Sayang.....berkali saya cuba, ia gagal menjadi. Saya tidak pandai IT.

Walaupun saya bekerja di makmal komputer, pekerjaan saya itu lebih menjurus kepada seorang tukang cuci. Ya. Benar. Saya tidak menipu. Dan tidak malu-malu untuk mengaku.

Oh...semalam saya berperang dengan kertas dan soalan-soalan peperiksaan yang mencabar daya ingatan saya. Payah sungguh. Ditambah lagi dengan kondisi ketidakupayaan saya; saya terpaksa berhenti menulis beberapa kali.

Pagi ini.

Jerjak pintu rumah saya terbuka lebar dan tanpa saya sedar Coco menyelinap keluar. Hampir satu jam, baru saya tersedar. Lelaki saya mencarinya dari tingkat bawah hingga ke tingkat empat. Selalu juga Coco menghilang. Tapi dia cuma tersesat di tingkat dua. Rumah Abang Azam dan isterinya Noor, pasangan bahagia beranak empat itu. Di situlah, tempat lepaknya, kerana dia gagal mengecam di tingkat berapa duduk kediaman kami. Sangka si Coco, itulah kedudukan rumah kami. Memang betul. Itulah kedudukan rumah kami. Dia cuma tersalah tingkat. Hari ini, nasib baik saya ketemu ia. Jika tidak, entah di mana lagi saya mau mencarinya.

Maaf. Saya tiada cerita menarik untuk dikongsi. Hanya inilah.



Saya letih. Sungguh! Saya perlu istirehat.


Tapi esok dan lusa saya perlu berperang dengan kertas-kertas itu lagi.

Letih amat.

Sungguh!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Kena download dulu video tu, kak. Tak boleh embed code je. Then upload macam upload picture, ikon dia kat sebelah ikon untuk upload picture. Harap dapat membantu! ;-)
Amalina berkata…
Kak Mar, apa khabar? Dah mula xm lah ye? Mmg letih memerah otak, lebih letih dari kejar bola satu padang. Rehatla bila perlu. Selamat berperang lagi hingga 14. InsyaAllah yg terbaik buat kak Mar.
Sri Diah berkata…
Salam utk WL:
Sabar itu iman... jangan paksa diri, kena rilek slow and steady. Semoga tabah dan cekal hati menghadapi exam. Kita ingat kita payah, ada orang lain yang lebih susah... si Coco tu cantik. Jantan? Betina? Lawatlah anak-anak kucing Kak Sri jugak ya...
cakapaje berkata…
Salam WL,

Jika perlu berehat, maka berehatlah dahulu. Dalam berehat itu, lakukan perkara yang tak pernah dilakukan sebelum ini, atau perkara yang lama ingin dilakukan tetapi belum kesempatan, insyAllah, selepas itu WL akan merasa segar semula untuk menempuh hari hari mendatang.
Floyd berkata…
Good Luck Kak Lily!
A t i Q a h berkata…
Aiyak! Coco sungguh comel. Geramnya tengok. Uhuhuhu

Kak Lily,
GanBaTte Ne! =)
Pa'chik berkata…
hati-hati berperang tu.. kang koyak abis semua kertas tu.. hehe..

selamat berjaya ya! semuga Allah memudahkan segala urusan kakliliair... :)
Ungku Nor berkata…
pesan kat Coco, lenkali nak kuar sila bawak map..hehehe
Mommy Aisy berkata…
Wacha!!!
kak Lily, akak da kene tag.
baca dan bls k?
haha..kongsi la jgk tau.
Lily Abdullah berkata…
Salam.

Arsaili.
OUM punya exam la. Pelajar tua baru buat dip. hehehe..penat woo. :)

Fana,
Waaa...akan dijawab kemudian. Sekarang mau rehat :)

Kak Ungku,
Coco dan tuannya tak pandai baca map ahaks!

Chik,
Selamat dah. Kak Liliair riso dok pk nak mengulang plak. Ada surat chenta dari dekan huhuhu...

Tiqah,
Terima kasih. Merdeka woo.. Untuk sementara waktu ahaaa...:) Nak jawab surat chenta dekan nih huhuhu...

Flyod,
Mudah-mudahan "luck". Tak de surat chenta dekan kali kedua :)

Shah,
Terima kasih di atas nasihat yang bermakna lagi berguna. Memang ada niat nak buat sesuatu yang asyik tertangguh. Nak melawat Muha yang sedang berperang dengan penyakit kansernya.

Kak Sri,
Terima kasih di atas nasihat yang berguna. Tak berjumpa juga kita.Mungkin lain waktu dan ketika. Hari tu lepas exam, ingin nak ke pesta lagi. Tapi cik abg saya mengheret saya ke pesta lain pulak -pesta PC :).

ps; Coco tu jantan. Kak Sri pun minat dan sayang kucing jugak ye?

Amal,
Sudah merdeka buat seketika. Ada banyak lagi urusan yang belum selesai.

Adik Ying,
Terima kasih atas infomasi. Patut lah tidak menjadi kerana selama ini kakak ini asyik dok embed code aje huhuhu...kabaur-kabur IT. :)

Terima kasih juga untuk mengunjung diam( kat peti pun tidak menjerit. :D)
marhaen vintaj berkata…
mulanya mau mengunjungi diam saja.
tapi,
tak dapat tahan.
*mau senyum lebarlebar.
*tabah hati.

kak lily, jom pergi event 31 may itu bersama, kat central saja kan?
mau pergi sangat sangat...
Tanpa Nama berkata…
Yah be yourself no matter who you are, kerna kejujuran dengan sedikit daya imaginasi akan bawa kamu terbang tinggi. Insya Allah.


Mungkin bukan sekarang, tapi pada masa hadapan. Ramai manusia jujur hidup susah dan merempat, tetapi hasil kejujurannya dinikmati oleh anak-anaknya pada kemudian hari. Contoh terdekat ialah JRR Tolkien. P Ramlee itu silapnya sikap orang kita sendiri yang mudah mengalah, kurang ambil pusing tentang hak dan undang-undang.


Apa yang aku merapik ni. Ok berbalik pasal kejujuran. Kemelut yang melanda umat pasca-modern tak kira apa bangsa dan warna kulit ialah mereka tak "feel good about themselves" dan mau jadi orang lain. Take care dan ingat allah dan nabi selalu. Selalu senyum and the world will smile back at you :)
13may berkata…
dulu saya pun penah bela kucing jantan...tapi hilang tanpa dikesan...

agaknya lari ikut kucing betina kot...hmmm
Hidup memang meletihkan. Tapi perlu diteruskan.....! Itu janji kita pada Tuhan.
Lily Abdullah berkata…
Purp,
Janji pada Tuhan harus ditepati,tidak kira dalam apa situasi.

May,
Lain kali bela virtual pet. Senang :)

Mardee,
Telah cuba menjadi diri sendiri, namun tuntutan orang lain menjadikan kita ikut tamak.

Mencari jujur dalam diri juga meletihkan. :)

Nota,
Insayallah,jika punya kelapangan. Kakak ini subuk memanjang. Event apa itu? Belum gugel infonya lagi. Nanti mau tengok link Central Market.

Terima kasih
Tanpa Nama berkata…
slm...lily..
comel la kucing awk
selalu sy nmpk belang itam
ni belang2 coklat lak...
Lily Abdullah berkata…
Salam Ecah,
Terima kasih sebab singgah. Si Coco memang lain sikit belangnya.
Dulu waktu saya pungut dia cuma kucing berkurap.

Minat kucing jugak ke?

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...