Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Saya, Khadijah dan nostalgia seekor katak

Sebulan Ramadhan dan 5 bulan menyewa di rumah Wak yang baik hati, percayakah anda saya cuma ditemani sebuah laptop yang sudah rongak askaranya. Sebuah tilam bujang, totoo, sehelai tikar buluh, dapur gas yang kadang (selalu) kehilangan fungsinya, senaskah Al Quran pemberian Kay dan saya berkongsi rumah dengan seekor katak puru. Ya! Seekor katak puru. Mulanya, saya jengkel dengan kehadirannya. Selalulah saya menghalaunya dengan menggunakan penyapu. Lama-kelamaan, saya biasa dengan kehadirannya. Selalu-selalu,saya mengadu dengan Khadijah betapa jengkelnya saya terhadap katak itu kerana kadang kala ia berada di bawah tilam saya. Dan Khadijah seperti selalu-selalu akan melawak dengan saya "Bela sajalah kak!". Dikuti dengan kekeh tawanya. Khadijah kata saya sudah lupa. Ya! Barangkali juga. Saya sudah lupa, saya pernah tinggal di rumah bawah beralas tanah. Asal kejadian saya. Abah (allahyarham) dan emak membina pangkin kayu supaya kami bereempat dapat duduk bersila menjamah makanan