Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc

Pabila bersedih,harus saya ucapkan terima kasih.

Al Qur'an dan payung kertas hadiah dari Kay. Tapi Kay meminta saya tidak paparkan wajahnya. Pabila bersedih-sedih atau bersusah hati, kebiasaanya saya tidak bercakap dengan siapa-siapa. Saya pergi ke hamparan sejadah, tapi ada waktu duka itu tidak mahu nyah pergi. Degil sungguh ia! Saya bermonolog “Oh! Tidak boleh berputus asa”. Nanti hati boleh binasa kerana selalu mengikut rasa. Saya pujuk-pujuk diri, lantaran tiada siapa mau memujuk saya. “Oh! Saya kuat dan tabah” Sambil mengelap air mata (dan air hingus juga hahaha !) Lalu, saya buka almari melihat mug-mug yang saya kumpul dan hadiah dari teman-teman yang sentiasa saya hargai. Sekarang, keadaan ekonomi gawat. Saya sudah tidak mampu mengumpul apa-apa termasuk buku-buku atau mug kerana tidak bekerja. Jika ada pun,ia pasti hadiah dari teman-teman. Di Masakra lalu, saya mendapat hadiah dari Taf Teh dan Alina. Minggu lalu, saya bertemu dengan seorang teman blogger dan dia menghadiahkan saya sesuatu kerana entri ini . Terima kasih

Carutan serba ringkas saya.

Saya memang suka bercerita. Maksud saya dalam blog sahajalah. Kalau di luar saya agak pendiam. Lebih-lebih lagi kalau Abdul Razak ada. Dia suka memotong ayat-ayat saya. Kadang kala memang saya radang. Oh ya! Tadi saya menghadiri satu seisi temuduga. Saja! Test market konon! Walau saya sudah maklum jawabannya. Kecewa? Bila berpuluh kali saya diberitahu kebanyakan jawatan yang dipohon tidak sesuai untuk saya, apa patut saya merasa kecewa. Kesimpulan saya tentang majikan-majikan yang mendaftar untuk mencari pekerja secara online – Kamu semua (termasuk yang swasta, agensi pekerjaan dan SPA) memang bangang! Bodoh tahap dewa! Kalau kamu tidak mahu menggaji pekerja kurang upaya, mengapa panggil kami datang temuduga. Bukankah sudah tercatat dalam talian/ resume , kami adalah kurang upaya, siap dengan jenis kecacatan dan nombor pendaftaran sekali. Apa kamu buta? Kamu hari itu, menganjurkan ekspo pekerjaan untuk orang kurang upaya konon! Gah! Dengan makan-makan tempah catering lagi. Konon-kon

Selamat Ulangtahun Khadijah.

Selamat hari lahir Khadijah. Moga kau bahagia adikku! Kau sahabat, kau saudara dan kau cerminku!. Secebis puisi buat kita berdua. DALAM MIMPI Dalam mimpi Kau tabur kelopak-kelopak mawar dan tulip Dengan ghairah aku kutip Sambil berlari wajah sesekali mendongak ke langit Melihat bintang-bintang berkelip Kita sama-sama cari cinta Di dalam dan bukan luar sana Kita sama-sama mahu sempurna Genggam erat tangan kita bersama Jangan lepas walau taufan datang Istana pasir pun tidak bisa runtuh goyang Ada kala Aku bosan bermimpi indah Bila terjaga hati tiba-tiba patah hiba gundah Aku benci merasa hampa Setiap kali tercelik mata. .........................

Maskara dan teman-teman yang 'hip'

Dewi yang selamatkan kami semasa sesat dekat Muzium Negara( sorry akak lupa namanya lagi) Cikgooden Atiqah dan Cik Anon(sapa ni..mulanya saya ingatkan Cik Azie hahaha!) Alina dan Nida Aie Akaike - sape nama penuh ko dik? Tiada apa-apa yang ingin saya tulis tentang Maskara kecuali cerita tentang teman-teman yang ‘hip’. Acara-acaranya bagus termasuk makan-makan dan sebenarnya badan saya kurang enak malam itu. Hampir-hampir saya tertumpahkan air di atas kamera mahal Aie . Namun dek kerana janji, dengan Cikgooden dan kepingin berkenal muka dengan Tasik, Atiqah, Aie dan Alina saya gagahkan juga. Seronok bertemu kembali dengan Cik Puan Daun dan Encik Awaknya. Terima kasih untuk Nida kerana membawakan buku-buku dari Taf Teh untuk saya. Terima kasih untuk “ Dendang Cinta “ hadiah dari si manis Alina. Terima kasih untuk Jenderal dan para soljah. Saya kepingin sungguh berjumpa Tok R. Malangnya beliau sibuk menjaga parking. Oh! Kesian. Sungguh tidak ‘hip’ Tok R ditugaskan menjaga parking.

Selamat malam Ayako!

Ayako yang baik budi! Di malam-malam kedinginan begini aku sentiasa akan mengenang kamu. Oh! Pokok ros yang aku tanam telah berkembang kuntumnya. Agak besar dan aku tidak begitu suka melihat warnanya yang merah kehitaman; seakan darah. Aku lebih sukakan yang ada di balkoni sempitmu; yang kuntumnya lebat dan kecil-kecil. Berwarna merah terang dan kuning Sekuntum cuma! Cuma sekuntum! Ros itu cuma sekuntum kembangnya. “ You should gardening !” Pada suatu malam kau sarankan padaku sambil tersenyum manis. Bertambah manis dengan lesung pipitmu. Sambil-sambil mulutmu mengunyah Oshizushi dan aku hanya menjadi pemerhati. “Aku tiada masa.” Alasan tipikal yang selalu aku beri padamu. Engaku memang baik budi dan memahami. Engkau keluarkan semua pinggan cawan baru dan belikan aku sepasang kuali baru semata-mata menghormati agamaku. Memahami aku sebagai Muslim, aku tidak boleh menggunakannya kecuali barangan tersebut kecuali disamak. “ The dirties one ?” Engkau ingin tahu tentang khinzir lebih lanj

Orang seni memang....

Disclaimer : Tulisan ini untuk Encik Abdullah Jones. “Orang seni memang gila atau gila-gila atau betul-betul gila.” Ucap seorang teman pada saya secara bergurau. “Kau pun sama.” Dia tiba-tiba menujah kepala saya. “ Ohhh ! Dah lebih ni ”. Bila masa aku mengaku aku orang seni. Aku cuma peminat dan pemuja seni” Saya berhujah. Hujah bela diri yang tidak berapa menjadi. Teman saya itu lalu pergi sesudah meminum secawan Nescafe. Sesudah hujan teduh. Dia juga penagih caffeine . Kata-katanya masih melekat dalam kepala. Terpahat melekat bagai digam dengan gam cap gajah. Saya renung diri saya. Saya jarang keluar rumah kecuali atas urusan penting. Saya jarang bertandang ke rumah jiran kecuali ada kematian, sakit pening dan kenduri kendara. Sejak dari dahulu, dari kampung memang begitulah saya. Pendek cerita, saya tidak pandai bersosial. Berpindah ke pinggir kota ini, menjadikan saya semakin pemencil diri. Dunia saya hanya internet dan blog. Kadang-kala, saya bercakap dengan kucing dan pokok

Maskara yang aku suka

Maskara untuk siapa-siapa sahaja. Maskara untuk kawan-kawan yang kita suka (dan kita kadang kala tidak kenal muka) Aku ingin pergi ke Planet Pena. Insyallah! Jika aku sihat. Dan jika tidak hujan! Jika mood Abdul Razak baik Tapi dia selalu baik. Aku yang selalu berangin semacam. Adik Botak sudah kembali menulis. Moh kita pergi deting kat sana dik! Tasik , kalau kau lupa janji aku sumpah kau jadi donat,kuih keria dan yang sewaktu dengannya. Oh ya!Aku pun pemalu juga. Jika kamu nampak motosikal lain macam itu. Tegurlah! Itu aku dan Abdul Razak! Maskara untuk siapa-siapa sahaja. Maskara untuk kawan-kawan yang kita suka (dan kita kadang kala tidak kenal muka) Ahaks ! Ps: ini bukan entri.